SUARA BEBAS TUARAN

Harga Ayam Naik Mendadak Disebabkan Harga Makanan Naik - Yahya

Labels:

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin berkata kenaikan harga ayam secara mendadak baru-baru ini disebabkan oleh kenaikan harga makanan ayam.
Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, sepanjang sepuluh bulan tahun ini harga makanan ayam pemula (starter) telah meningkat sebanyak RM7.60 atau 8.3 peratus di daerah-daerah pantai berat dan sebanyak RM15.60 atau 16.9 peratus di kawasan Pantai Timur Sabah.
Beliau berkata harga sekarung makanan ternakan seberat 50 kilogram meningkat daripada RM91.50 kepada RM99.10 di daerah-daerah pantai barat dan daripada RM92.50 kepada RM108.10 sekarung bagi daerah-daerah Pantai Timur Sabah.
  • “Pada masa yang sama, harga makanan jenis penggemuk juga telah meningkat sebanyak RM5.70 iaitu kenaikan 6.4 peratus daripada RM89.50 kepada RM95.20 di Pantai Barat dan sebanyak RM18.10 iaitu 20 peratus daripada RM90.50 kepada RM108.60 di pantai timur.
  • “Kenaikan ini disebabkan oleh kenaikan harga bahan-bahan mentah seperti jagung dan kacang soya yang diimport dari luar negara.
  • “Perbezaan harga makanan ternakan di daerah pantai barat dan pantai timur dipengaruhi oleh kenaikan kos pengangkutan yang telah meningkat. Ini disebabkan ketiga-tiga kilang makanan ternakan komersil terletak di Kota Kinabalu atau Labuan. Faktor penyebab lain termasuk harga anak ayam, yang juga meningkat daripada RM1.80 kepada RM2.60 seekor,” kata Yahya.
Yahya selanjutnya berkata, selain itu Sabah juga mengalami masalah pengimportan keratan ayam terutama sayap dan sukuan belakang kerana beberapa loji pengeksport di Eropah telah digantung ekoran terdapat ketidak pematuhan syarat-syarat import termasuk status halal.
Sumber: NST...Baca selanjutnya..
9 comments:

Hope that the government will work hard to control the inflation rates within the states and make sure that no businesses had raised the prices for their own gains.


Hope that the prices of goods will not continue to increase as this is will burden the people.


harga barangan keperluan kini semakin meningkat, kerajan kenalah ambil tindakan untuk mengawal harga barangan. jgn bairkan rakyat terus terbeban.


Pelbagai perkara menjadi faktor kepada peningkatan harga ayam, makanan..adakah cara untuk mengawal atau mengatasi masalah ini? Atau kita terpaksa 'just go with the flow'?


harap cara terbaik untuk membendung kenaikan harga ayam akan dapat dicari agar pengguna tidak terbeban.


maknanya kenaikkan harga ayam ini bukanlah disebabkan oleh sikap peniaga yang terdesak mahu mengaut keuntungan berlebihan.


inilah yang dikatakan kenaikan yang memberi kesan rantaian kepada barang keperluan lain. makanan ayam naik,


Sebaiknya penjelasan awal perlu bagi memastikan rakyat faham sebab perkara ini berlaku.


Masalah kenaikan harga ini wajar ditangani oleh kerajaan kerana ini akan menambah bebanan terhadap rakyat.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails