SUARA BEBAS TUARAN

Kakitangan Awam Bakal Dibuang Kerja Kiranya Pakatan Rakyat Memerentah?

Kakitangan awam di negara ini perlu bersedia dengan kemungkinan hilang pekerjaan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menewaskan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan datang.
Konon nya Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua Kiam Wee pernah menyatakan bahawa separuh daripada jumlah kakitangan sektor awam akan dikurangkan bagi membantu mengurangkan kos perbelanjaan membayar gaji kakitangan awam setiap tahun.
Tindakan itu kata beliau boleh menjimatkan perbelanjaan bajet tahunan kerajaan dan dianggarkan sekitar 42 peratus kakitangan awam perlu diberhentikan.
  • Menjelaskan lanjut mengenai perkara berkenaan, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, ‘Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam’ itu akan mengurangkan kakitangan awam secara berperingkat setiap tahun mengikut beberapa keutamaan yang ditetapkan.
  • Menurut kenyataan yang dibuat pada 1 November lalu di sebuah seminar anjuran DAP Johor itu, Tony menegaskan bahawa kakitangan awam yang sudah tua akan dinasihat dan dibiarkan berhenti kerja lebih awal dari sepatutnya.
  • Manakala bagi kakitangan awam lain yang dilihat sebagai tidak berprestasi tinggi akan diberhentikan dan hanya diberikan pampasan setengah bulan gaji. Tony berkata, dasar mengurangkan kakitangan awam tersebut ditiru dari amalan di negara China.
  • Ahli Parlimen DAP itu berkata demikian ketika mempersoalkan imbuhan dan kelebihan yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada kakitangan awam pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad menyifatkan rancangan dan kenyataan Tony itu sebagai bersifat rasis memandangkan majoriti kakitangan awam adalah dari kalangan orang Melayu.
“Apa yang saya dapat lihat kenyataan tersebut seolah-olah berasaskan ekonomi tetapi apa yang tersirat adalah mereka hanya mahu menaikkan sentimen rasis di kalangan rakyat. Sebab itulah kenyataan tersebut hanya diucapkan di akhbar berbahasa Cina dan bukan di hadapan Cuepacs ataupun kakitangan kerajaan sendiri.
  • “Saya tidak rasa rakan sekutu mereka Pas akan bersetuju dengan cadangan ini. Tapi seperti kita sedia maklum, Pas hanya akan mengikut segala telunjuk DAP dan tidak akan membantah walaupun tidak bersetuju.
  • “Motif mereka hanyalah mahu menaikkan sentiment rasis dan bukannya berasaskan ekonomi. Sekiranya mereka benar-benar mahu melaksanakan apa yang mereka katakan ini, laksanakanlah di negeri pemerintahan mereka dan kita lihat apa yang akan terjadi selepas itu”, ujarnya.
  • Mengulas mengenai kenyataan Tony itu, Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhimatan Awam (CUEPECS), Azih Muda meluahkan kebimbangannya mengenai masa depan kakitangan awam negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.
  • “Jika itulah penilaian pembangkang kepada kakitangan awam, ia memberi gambaran tidak baik kepada kita pada masa depan,” katanya kepada media.
  • Menurut Azih, pendirian yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat itu bakal menyaksikan ramai kakitangan awam kehilangan mata pencarian dan membebankan mereka ekoran kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi di negara ini.
Jumlah terkini kakitangan awam adalah berjumlah 1.3 juta orang yang menyaksikan profesion guru sebagai kakitangan awam paling ramai iaitu 400,000 orang, diikuti oleh tentera seramai 200,000 orang, dan polis pula berjumlah 150,000 orang.
Baki dari jumlah tersebut adalah mewakili kelompok jururawat, bomba, penguatkuasa, pegawai-pegawai dan kakitangan berjawatan rendah yang lain.

Epilog

Persoalan nya, Ada kah Tony Pua ini dibagi mandat penuh untuk mengubal undang-undang Pakatan Raykat masa kini dan masa akan datang (kalau PR menang). Atau pun kes ini hanya lah sekadar propaganda murah tetapi sengaja diperbesar-besarkan, pasti nya akan kita tunggu dan lihat sejauhmana kah impak nya kepada pengundi dari kalangan kakitangan awam nanti...Keputusan ditangan mereka.
Sumber: MyNewsHub

0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails