
Selain kediaman, kenderaan mangsa turut musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Aru Baru, Kota Kinabalu, pagi semalam.1,011 tinggal sehelai sepinggang.
Lebih 1,011 penduduk di Kampung Tanjung Aru Baru dekat sini hilang tempat tinggal apabila 129 buah rumah di perkampungan atas air itu musnah dalam kebakaran awal pagi kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 pagi itu, kebakaran dipercayai bermula daripada sebuah rumah sebelum ianya merebak dan membakar rumah-rumah lain.
- Kejadian itu menyebabkan penduduk di kampung berkenaan terpaksa keluar daripada rumah untuk menyelamatkan diri berikutan keadaan api yang merebak dengan cepat.
- Ketua Polis Bandaraya, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria ketika dihubungi kelmarin berkata lebih 1,000 penduduk di kampung berkenaan terlibat dalam kejadian itu.
- Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang kecederaan teruk atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
- Menurut Ahmad Sofi, siasatan awal juga mendapati api berpunca daripada litar pintas salah sebuah rumah di kampung itu, bagaimanapun siasatan terperinci akan dibuat bagi mengetahui punca sebenar kejadian terbabit.
- Difahamkan, hanya seorang wanita mengalami kecederaan pada bahagian pinggangnya selepas dia terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan diri.
- Beberapa kenderaan milik penduduk kampung termasuk lapan buah kereta, sebuah van dan tiga buah motosikal turut musnah dalam kebakaran terbabit.
- Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba negeri ketika dihubungi berkata bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.25 pagi.
Kebakaran berjaya dikawal pada jam 5.15 pagi dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira jam 6.30 pagi, kata jurucakap PGO bomba Sabah kelmarin.Menurutnya, punca kebakaran kini masih lagi dalam siasatan manakala jumlah sebenar penduduk yang terlibat dan kerugian yang dialami juga masih lagi disiasat.



November 26, 2011 8:41 AM
Malang tidak berbau, harap mereka yang kehilangan rumah dan harta akan tabah menghadapi dugaan. Harap kerajaan akan memberi bantuan kepada mangsa-mangsa kebakaran ini.
November 26, 2011 8:42 AM
Pihak polis perlulah mencari punca kebakaran sebenar.
November 26, 2011 12:02 PM
harap semua mangsa akan terus tabah menghadapi ujian ini. harap semua mangsa akan mendapat bantuan untuk membantu mereka menghadapi semua ini.
November 29, 2011 9:42 AM
tidak boleh ka kalau buka satu penempatan baru yang lebih selamat terutamanya berkenaan dengan jarak bagi setiap rumah serta dilengkapi dengan sistem pendawaian yang lebih selamat?
November 29, 2011 9:45 AM
syukur la tidak ada kemalangan jiwa.. saya harap selepas ini ada penambahbaikkan bagi mengelakkan kejadian sama berulang seperti yang berlaku di kampung titingan tawau..
November 29, 2011 12:06 PM
banyak juga rumah yang musnah ni. mungkin sebab keadaan rumah yang sangat rapat dan tidak berjarak maka mudah api merebak dengan cepat. nasib baiklah tiada juga nyawa terkorban walaupun kebakaran ini berlaku pada waktu subuh di mana penduduk sedang lena tidur.
November 30, 2011 9:15 AM
Malang tidak berbau..Inilah apa yang berlaku di Tanjung aru Sabah.
November 30, 2011 9:16 AM
Harap bantuan akan diberikan kepada mangsa dalam kebakaran ini.
Post a Comment