
Berbeza dengan aktiviti perampasan tanah Adat oleh syarikat-syarikat peladangan, baru-baru ini Kerajaan negeri dilapurkan telah memutuskan untuk mewartakan kawasan hutan simpan Gunung Gomantong-Geluang-Gesusu sebanyak 600 hektar untuk tujuan tadahan air. Selalu nya usaha mewartakan satu-satu kawasan sebagai tadahan air dengan berklasifikasi rejab klass satu ada lah satu inisiatif yang perlu dialu-alukan, demi untuk melindungi bekalan air agar berkekalan disetiap kawasan yang difikir perlu di negeri Sabah ini. Selain dari itu, hutan yang terjaga akan mengimbang bekalan oxygen disamping mengurangkan pencemaran alam yang sedang melanda rantau sejangat ini.
Namun pewartaan dikawasan yang dimaksudkan menimbul kontroversi kerana sebelum ini, kawasan tersebut telah didiami dan diusahakan oleh penduduk kampung sejak berkurun lama nya. Malang nya, dalam jangka masa yang begitu lama, hanya akhir-akhir ini penduduk kampung tahu apa bila permohonan tanah ( LA) mereka dikawasan tersebut dibatalkan.- Selaku Wakil
Parlimen kawasan tersebut (Kota Marudu), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili merasakan keputusan kerajaan tersebut ada lah tidak bertimbang rasa, tidak muasabah dan seterusnya tidak adil kepada penduduk disitu. - Ongkili mendakwa pewartaan itu menjejaskan 528 permohonan tanah, 73 geran tanah dan 54 pelan kaji ukur berdaftar; termasuk ikon pelancongan di Matunggong iaitu rumah panjang Rungus di Kg Bavanggazo.
Ongkili berkata, walaupun terdapat keperluan untuk mewartakan kawasan tadahan air untuk memastikan bekalan air mencukupi ke kampung-kampung, cara sempadan itu ditetapkan adalah ‘tidak bertimbang rasa’ kerana ia bertindih dengan tanah warisan yang diterokai nenek moyang penduduk kampung disamping kawasan tempat mereka mencari makan."Ia dilakukan secara tidak munasabah dan tidak rasional dan menjejaskan kehidupan orang ramai," kata Ongkili.
Justeru Datuk Seri Dr Maximus Ongkili selaku wakil parlimen di kawasan tersebut mengesah kerajaan negeri menyemak semula keputusannya untuk mewartakan sebagai Hutan Simpan Kelas Satu (kawasan tadahan air) bagi tanah melibatkan 19 buah kampung di Matunggong, Sabah.- Beliau berkata keputusan itu dibuat ‘tanpa pengetahuan penduduk’ dan tanpa pertimbangan yang telah menjejaskan ribuan penduduk kampung yang telah tinggal dan mengusahakan tanah itu selama beberapa generasi.
- "Keputusan bagi sempadan kawasan tadahan air,
yang meliputi tanah penduduk dan tuntutan tanah adat, adalah tidak munasabah dan tidak adil. Penduduk tidak diberitahu mengenai pewartaan itu yang dibuat pada 2007. Mereka terkejut apabila diberitahu permohonan tanah mereka tidak dapat diproses dan diberikan alasan itu," katanya di Kota Marudu baru-baru ini. - Ongkili berkata walaupun terdapat keperluan untuk mewartakan kawasan tadahan air untuk memastikan bekalan air mencukupi ke kampung-kampung, cara sempadan itu ditetapkan adalah ‘tidak bertimbang rasa’ kerana ia bertindih dengan tanah warisan nenek moyang penduduk kampung dan kawasan tempat mereka mencari makan.
Ongkili seterusnya mengesa kerajaan menyemak semula perkara itu demi kepentingan rakyat yang konsisten dengan prinsip 'Rakyat Didahulukan', 0ngkili berkata jika pihak berkuasa tetap berkeras mengenai keputusan pewartaan itu, dengan itu pampasan patut diberikan kepada mereka yang terjejas.Ini akan melibatkan jumlah yang besar iaitu ratusan juta ringgit. Tetapi dalam isu yang begini sensitif kerajaan perlu bersikap adil kepada rakyat,katanya.



November 24, 2011 10:33 AM
Hope that this issue will be given serious attention and consideration from the government.
November 24, 2011 10:33 AM
Make sure that the people's land rights will not be neglected in this proposal.
November 24, 2011 11:06 AM
jika nak buat pewartaaan, kerajaan sepatutnya pertimbangkan keadaan penduduk yang telah lama mendiami kawasan tersebut.
November 24, 2011 11:38 AM
harap penyelesaian akan dapat dicari berhubung dengan pekara ini. mungkin perbincangan boleh dilakukan.
November 24, 2011 3:36 PM
susah juga mahu buat keputusan ketika kerajaan bersungguh2 mahu mewartakan satu2 kawasan sebagai tadahan air tetapi dalam masa yang sama timbul pula bantahan orang kampung kerana menjejaskan kepentingan mereka.
November 24, 2011 3:37 PM
sebaik2nya kerajaan perlu berbincang terlebih dahulu dengan pihak yang terjejas sebelum membuat keputusan. cari penyelesaian yang boleh memuaskan hati kedua belah pihak..
November 24, 2011 3:48 PM
rasanya kerajaan perlu turun padang dan bersemuka dengan penduduk Kota Marudu berhubung perkara ini. 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.
November 25, 2011 2:51 PM
Semakan perlu dibuat lagi mengenai pewartaan Tanah adat ini. Harap kerajaan akan mengkaji semula cadangan ini.
November 26, 2011 8:59 AM
Harap satu situasi menang-menang dapat dicapai untuk kebaikan semua.
Post a Comment