SUARA BEBAS TUARAN

Tanah Adat Di Rampas Syarikat, Norhaida Trauma Di Ancam Bunuh

Kes Tragedi rampasan tanah di Sukau belum lagi reda. Kini kita sekali lagi dikejutkan dengan kes rampasan tanah Adat yang lebih dahysat oleh sebuah syarikat yang tidak berperi kemanusian. Sehinggakan tergamak mengancam untuk membunuh penduduk tempatan yang mengusahakan tanah Adat sejak berkurun lama.
Apa yang menarik dalam kes ini, pehak Polis dituduh oleh pehak tempatan bersekongkol dengan pihak penjenayah memusnahkan tanah adat mereka. Dalam masa yang sama pehak syarikat mengupah kumpulan PATI bertindak ala-ala gangster dan mengancam membunuh semua penduduk tempatan kira nya mereka menentang tindakan ganas syarikat tersebut dalam kerja-kerja permusnahan tanam-tanam penduduk tempatan tersebut...Dahysat lagi ngeri kisah ini.
Saperti biasa juga Musa Aman selaku Ketua Menteri hanya mampu berdiam diri.
  • Nasib yang ditentukan malang kali ini ia lah seorang dari suku kaum Sungai bernama Norhaida Lampakas, 51, dari Kampung Malagata, Sandakan kerana pada bila-bila masa sahaja rumahnya akan diroboh atau dibakar Syarikat Corak Nakhoda Sdn.Bhd setelah rumah menantunya dan semua tanaman kelapa sawitnya dimusnahkan beberapa hari lalu.
  • Norhaidah mewarisi tanah adat seluas 60 ekar yang ditanami dengan kelapa sawit dan telah mengeluarkan hasil sejak empat tahun lalu kini ranap menyembah bumi. Tempat tumpah darahnya setelah nenek moyangnya berjuang berhempas pulas meneroka hutan rimba sejak Sabah masih dijajah British, kini hanya tinggal kenangan ngeri.
  • Menurut Norihaida, pada mulanya tanah tersebut ada lah seluas 120 ekar sebelum dibahagi diagih-agihkan kepada mereka adik-beradik.
  • Selama ini, tanah tersebut telah ditanami dengan buah-buahan, pisang, ubi dan getah sebelum ditanami dengan Kelapa sawit.
Menurut Norhaida (selaku generasi ke enam) sudah 12 Ketua Menteri, belum pernah ada kekacauan, hinggalah Musa Aman mengambil jawatan tersebut maka keadaan berubah dan dengan tiba-tiba ada pihak yang dapat geran atas tanah adat mereka
Tanah ini, kata Norhaidah adalah tanah adat warisan nenek moyang, oleh itu mereka tidak memegang sebarang geran. Justeru, Norhaida merasakan Jabatan Tanah tidak mempunyai kuasa di atas tanah adat.
Pada pandangan Norhaida kemungkinan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur sudah gila kerana mendesak ibu bapa dan nenek moyang mereka memohon PT bagi Tanah Adat.
  • “Sedangkan mengikut Undang-Undang, hanya PPHT mempunyai kuasa untuk menentukan hak kami, tanpa terlalu banyak birokrasi,” kata Norhaidah sambil menjelaskan bahawa geran yang dikeluarkan di atas tanah adat adalah batal tidak sah.
  • Norhaidah adalah salah seorang daripada 482 Anak Negeri Sabah yang mendapat perintah pengusiran daripada Mahkamah Tinggi Sandakan bagi membolehkan Corak Nakhoda Sdn.Bhd yang dimiliki oleh tiga entiti iaitu Dewan Perniagaan Tiong Hua, Dewan Perniagaan Bumiputera dan Dewan Perniagaan Kadazandusun mengambil alih tanah yang telah dikeluarkan geran atas nama Corak Nakhoda Sdn.Bhd tanpa mengeluarkan hak tanah adat.
  • “Kami bukan sahaja kehilangan pendapatan RM3,000 sebulan, malah kehilangan tempat tinggal seperti burung layang-layang yang terpaksa tinggal di atas wayar telefon,” kata Norhaidah kesal.
  • Menurut Norhaidah, sebelum beliau menerima surat pengusiran daripada Corak Nakhoda Sdn Bhd tiga bulan lalu, syarikat tersebut telah menggaji pekerja asing tanpa izin Indonesia dan Filipina untuk menceroboh dan menebang lebih 200 pokok durian yang sudah berbuah, pokok pisang dan beberapa tanaman lain.
  • “Bila kami jumpa pengurus syarikat tersebut, mereka memberitahu ini adalah arahan kerajaan negeri yang mahu mengambil sebahagian tanah kami untuk penanaman baru kelapa sawit, malahan dia cakap lagi sekiranya kami menentang tindakan syarikat tersebut pihaknya akan mengarahkan orang-orang Bugis membunuh semua orang Sungai yang ada di Kampung kami,” kata Norhaidah dengan nada yang agak tersekat kerana terbayangkan kengerian.
  • Kata Norhaidah, ketika operasi penebangan tanaman dilakukan, PATI berkenaan diawasi pihak polis yang diupah sebagai pengawal keselamatan kerana bimbang penduduk kampung bertindak balas ketika dua buah traktor memusnahkan tanaman mereka.
  • “Di situlah kami nampak jelas kejahilan polis dan nyata polis selama ini kita sanjungi, kononnya untuk menjaga keselamatan masyarakat, tetapi mereka dengan jelas bersubahat dan bersekongkol dengan pihak penjenayah yang memusnahkan semua tanaman kami. Saya teramat sedih kerana daripada 10 orang polis itu, tiada seorang pun yang menunjukkan rasa simpati,” kata Norhaidah, malah memberi amaran akan melepaskan tembakan jika mereka berganjak walau seinci daripada tempat mereka berdiri.
Dalam pada itu, Norhaidah turut kesal kerana tidak ada pemimpin Parti Pembangkang yang tampil membela mereka di mahkamah atau ketika polis mengugut Anak Negeri Sabah sehingga lidah mereka kelu untuk merayu.
“Inilah peluang pembangkang untuk merampas kerusi DUN atau Parlimen di Sabah kerana Anak Negeri Sabah sanggup bergolok bergadai untuk mempertahankan tanah adat mereka. Tidak payah kempen. Bantu kami dapatkan kembali tanah adat ini, kami akan sokong apa juga parti,” kata Norhaidah yang kesal kerana ketiga Dewan Perniagaan yang mewakili tiga etnik di Sabah telah menzalimi Anak Negeri Sabah.
Rasa-rasa nya, tidak lagi menjadi satu keheranan kira nya kita mendengar lagi berita saperti ini dimasa terdekat ini. Kerana kes-kes saperti ini sudah menjadi budaya yang berterusan di Sabah selagi Musa Aman kekal sebagai Ketua Menteri Sabah.
Sumber: SabahKini, Agensi
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails