
Taraf kemewahan yang semakin meningkat telah mendorong lebih ramai warga Malaysia mendapatkan khidmat pengawal peribadi bagi anak mereka.Langkah ini dialu-alukan oleh pihak polis kerana ia melengkapi langkah mereka bagi melindungi keselamatan kanak-kanak di negara itu.
Menurut syarikat-syarikat keselamatan profesional, mereka yang mendapatkan khidmat pengawal peribadi itu terdiri daripada para keluarga golongan pendapatan pertengahan hingga mereka yang mewah - biasanya kalangan peniaga bersedia membayar purata RM3,500 ($1,434) sebulan bagi perkhidmatan itu, lapor akhbar New Sunday Times (NST), baru-baru ini.
- Tidak lagi menjadi sesuatu yang ganjil melihat kanak-kanak di pusat-pusat beli-belah dan taman permainan ditemani lelaki tegap yang diupah bagi memastikan keselamatan mereka daripada diculik, ancaman daripada bekas suami atau isteri dalam kes pertikaian mendapatkan hak menjaga anak dan para pesaing perniagaan.
Pengarah Urusan Axis Consulting and Protection Asia Pacific Sdn Bhd, S. Dave, berkata membuka perniagaannya lima tahun lalu, beliau telah membekalkan 50 pengawal peribadi kepada keluarga mewah di Malaysia menjaga anak mereka.- Kini, perangkaannya bertambah seganda kerana lebih ramai keluarga berpendapatan pertengahan mengupah pengawal peribadi menjaga anak mereka.
- Sedang pihak polis telah berbuat yang terbaik bagi memastikan kadar penculikan kanak-kanak kekal pada paras yang rendah, adalah lebih baik untuk memastikan keselamatan mereka daripada menyesal di belakang hari, kata S. Dave.
- 'Kehadiran kami sudah cukup mencegahnya,' ujar beliau.
Dave berkata pelanggannya membayar antara RM3,500 dengan RM4,500 sebulan bagi mendapatkan khidmat pengawal peribadi tanpa senjata, dan antara RM7,000 dengan RM8,000 sebulan bagi pengawal peribadi bersenjata.'Ibu bapa mendapatkan khidmat kami demi keselamatan anak-anak mereka. Mereka bimbang apabila membaca laporan akhbar mengenai kanak-kanak yang hilang,' tegasnya.



November 24, 2011 10:28 AM
I think not everyone can afford to pay RM3,500 just to hire a bodyguard. It is also important if the parents or older family members will accompany their kids whenever they go out if it is possible.
November 24, 2011 10:29 AM
Hope that the police will also ensure that the safety of the country will be increased so that the people have less to worry about.
November 24, 2011 11:01 AM
bagi mereka yang mampu mmg boleh mengupah pengawal peribadi. tapi langkah ini mmg amat baik bagi menjaga keselamatan anak2. tapi jgn pula ibu -bapa terlalu harapkan pengawal peribadi sehingga mengabaikan anak2 mereka. jalinan antara ibu-bapa dan anak2 kena juga diperkukuhkan.
November 24, 2011 11:14 AM
Ini serba sedikit menunjukkan bahawa kadar jenayah juga meningkat di negara ini. Tahap keselamtan orang awam kena ditingkatkan.
November 24, 2011 11:17 AM
Bila kaya pun susah juga sebab jadi target kidnapper. Tapi bagaimana dengan mereka yang tidak berkemampuan? Nampaknya anak2 mereka lebih terdedah kepada bahaya seperti ini. Teringat kepada kes Nurin Jaslina yang menggemparkan negara suatu ketika dulu.
November 24, 2011 11:32 AM
bagi mereka yang berkemampuan ini dapat meningkatkan tahap keselamatan anak-anak mereka.
November 24, 2011 11:32 AM
bagi mereka yang berkemampuan ini dapat meningkatkan tahap keselamatan anak-anak mereka.
November 24, 2011 1:56 PM
memang betul juga la.. dapat juga mengurangkan sekaligus menghalang dari berlakunya kes2 seperti penculikan dan sebagainya.
November 24, 2011 3:32 PM
lumayan juga kerja jadi pengawal peribadi ni:)
November 24, 2011 3:33 PM
ini menunjukkan ibubapa sangat amengambil berat terhadap keselamatan anak2 mereka. lagipun sekarang ini banyak sudah kes2 penculikan berlaku.
November 25, 2011 2:48 PM
Ini bagi mereka yang mampu sajalan yang mengajikan bodyguard.
November 26, 2011 8:57 AM
Anak-anak yang masih kecil perlulah sentiasa ditemani ke mana-mana, keselamatan kini sudah tidak seperti dulu.
Post a Comment