SUARA BEBAS TUARAN

KM Sabah Patut Campur Tangan Tangani 'Tragedi Sukau'


Sessi Pandangan Solymone
Sungguh membosankan bilamana kita mendengar, melihat dan merasa isu tanah-tanah adat dirampas, rumah-rumah penduduk kampung dirubuh seringkali diketengahkan oleh media massa alternatif tempatan.
Tragedi saperti ini seakan-akan tidak ada penghujungnya selagi Datuk Musa Aman atas kapasiti selaku Ketua Menteri Sabah tidak campur tangan menangani hal-hal yang rumit saperti ini.
Sebagai seorang ketua yang seringkali dilaung-laungkan namanya sebagai pemimpin terbaik zaman ini, ada lah amat mengeciwakan kerana selama ini beliau tidak pernah membela nasib malang rakyat akibat rampasan tanah adat yang berleluasa di negeri dibawah bayu ini .
Apa kah beliau tidak punya perasan simpati kepada umat yang kehausan keadilan sekadar untuk meneruskan hidup tenteram dibumi yang di sayangi ini?
  • Sehinggakan aktivist dari parti-parti pembangkang, NGO dan lain-lain agensi sibuk berusaha keras untuk membantu menenangkan situasi trauma rakyat Sabah yang dipaksa mengharungi tertekan sepanjang hari .
Dalam isu ini, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, bukan seorang wakil rakyat atau pun Menteri apa lagi memegang jawatan sebagai Ketua Menteri. Beliau hanya lah seorang aktivist sebuah badan NGO; ia itu UBF.
Namun kerana tiada wakil rakyat kerajaan memerentah berusaha membantu, Dr Jeffry terpanggil turun padang ke Sukau, daerah Kinabatangan semata-mata untuk mendengar serta meninjau sendiri permasaalahan yang dialami oleh penduduk disana.
  • Menurut sumber , Dr Jeffery baru sahaja pulang dari lawatan ke tapak kampung Km. 6, Jalan Sukau, Sandakan di mana beliau sendiri menyaksikan sampah sarap dan dua buah rumah yang telah diranapkan oleh Syarikat Campo Sdn. Bhd yang mendakwa telah menerima hak milik tanah, dan menganggap penduduk di sana sebagai penceroboh walaupun mereka telah berada di sana sejak tahun 1989.
  • Dr Jeffery difahamkan bahawa penduduk pribumi kampung Tombonuo telah memohon tanah itu sejak tahun tersebut namun permohonan mereka tidak pernah diproses.
  • Tetapi anehnya, syarikat tersebut yang dimiliki oleh Dato 'Yeo Naser, Naser Azlan, dan Kan Kan Mun, mendakwa telah menerima gelaran itu kepada tanah itu pada tahun 2008. Pada hakikatnya rekod menunjukkan bahawa RSP bagi tanah itu telah dikeluarkan hanya pada tahun lepas. Jelas sekali terdapat perbuatan tipu muslihat oleh pehak yang berkenaan.
  • Menurut Dr Jeffery, ketua kampung, Kattif Kussoi, telah memaklumkan kepada beliau bahawa dalam hal ini, penduduk kampung benar-benar keliru. Malangnya, tidak ada pihak yang berkuasa berminat membantu mempertahankan hak mereka.
  • Nasib malang saperti sudah jatuh ditimpa tangga, penduduk kampung tersebut melaporkan ketika pemandu jentolak meranapkan rumah dikawasan itu, wakil rakyat hanya sekadar memerhati di dalam kereta. Tambah teruk lagi, bila dilaporkan bahawa wakil rakyat itu sendiri yang menggesah pemandu yang jentolak itu, dengan kata-kata 'Tunggu apa lagi?'. Justeru kalau laporan ini benar, ia nya membuktikan bahawa ADUN kawasan itu sendiri bersekongkol dengan syarikat tersebut.
  • Dalam pada itu, Dr Jeffrey merasa kesal kerana sebelum mengeluarkan geran tanah kepada syarikat itu, Jabatan Tanah dan Ukur tidak pernah menyelidik atau pun memeriksa sama ada kawasan tanah itu mempunyai penghuni.
  • Kata Dr Jeffery selanjut nya, ada lah amat sukar untuk dipercayai bahawa Jabatan berkenaan tidak pekah terhadap situasi yang berlaku kerana selama ini sebanyak 29 pemohonan diajukan oleh pemilik asal tanah itu.
  • Sehingga hari ini 11 pemohon telah menarik balik permohonan mereka, manakala 18 orang maseh meneruskan permohonan mereka.
  • Beliau berkata bahawa jika Kerajaan Negeri benar-benar prihatin dengan berpandukan rakyat didehulukan, Ketua Menteri sepatutnya mengeluarkan perintah pemberhentian kerja-kerja yang tidak berperikemanusiaan' syarikat terhadap kaum pribumi miskin.
  • Sepatutnya kerajaan tubuhkan satu pasukan petugas khas bertanggungjawab melihat kes-kes yang melibatkan rampasan tanah adat penduduk asal di negeri ini.
Menurut Dr Jeffery, apa yang jelas kini, kes-kes rampasan tanah adat ini telah berleluasa di Sabah, Justeru sudah tiba masa nya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) melibatkan diri untuk melakukan pemantauan terhadap perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini. Apa yang berlaku, seolah-olah rakyat di sini hidup dalam rejim autoritarian kuku besi ala-ala rejim Israel.
Dr Jeffery menekankan bahawa rakyat sedar kebanyakan pemimpin dan pegawai-pegawai dari Jabatan yang terlibat, begitu korup sehinggakan mereka tidak lagi mempunyai apa-apa perasaan terhadap rakyat, tetapi disebaliknya bekerja dibawah telunjuk syarikat-syarikat besar demi untuk kepentingan peribadi mereka.
Sumber: SabahKini, Agensi
22 comments:

Memang tak guna, kesian mereka yang tinggal di sana rumah telah diceroboh tanpa mendapatkan penjelasan yang baik.


Knp Musa tak bantu mereka, tak mengambil berat ttg mereka...apalah ni.


Memang bosan dan mengecewakan. Cakap apa sekalipun hal yang sama tetap berulang.


Kesian sungguh para penduduk yang terlibat. Entah apa lagi yang boleh dilakukan untuk menanggani hal ini selain dari mengharapkan bantuan kerajaan.


Kerajaan haruslah beri perhatian terhadap hal ini. Lakukan sesuatu dan jangan biarkan para penduduk menderita.


Hal ini patut disiasat dan pastikan hal sebenar didedahkan kepada umum. Harap dapa leraikan kekeliruan yang timbul.


Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah:)


Rasanya sudah tiba masa KM Sabah campur tangan dalam kes rampasan tanah seperti ini. Harap beliau bersetuju untuk mengambil tindakan.


Sewajarnya perkara ini disiasat secara terperinci dahulu supaya boleh mengenal pasti cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.


Harap tindakan yang wajar daripada pihak berkuasa.


Jangan biarkan isu yang sama diulang-ulang tapi tidak mendapat menyelesaikan. tu MP yang bersubahat lebih baik jangan jadi MP.


isu berkaitan tanah perlulah diselesaikan dengan sebaiknya..hak dan kepentingan rakyat perlu sentiasa dijaga.


harap penyelesaian terbaik akan dapat dicari agar kepentingan dan keperluan penduduk terjaga dengan baik.


jika benar tanah itu adalah tanah adat penduduk kampung sukau, bawa sahaja bukti2 itu ke mahkamah tinggi..


Apa perkembangan Jawatankuasa ke atas hal ehwal tanah yang baru ditubuhkan pada September lepas?


Apa yang berlaku di Sukau ini perlulah diambil perhatian oleh kerajaan Negeri Sabah. Ini antara masalah rakyat yang perlu ditangani. Kerajaan negeri pasti akan dapat membantu menangani masalah Sukau.


Syarikat berkenaan perlu disiasat kenapa sanggup bertindak sedemikian.


kalau diteliti penduduk kampung secara teknikalnya tidak memiliki tanah tersebut namun telah mendiami tanah tersebut untuk sekian lama..apakah yang menyebabkan permohonan mereka setelah sekian lama hanya tergantung saja? adakah silap jabatan terbabit atau silap penduduk sendiri?


"Menurut Dr Jeffery, ketua kampung, Kattif Kussoi, telah memaklumkan kepada beliau bahawa dalam hal ini, penduduk kampung benar-benar keliru. Malangnya, tidak ada pihak yang berkuasa berminat membantu mempertahankan hak mereka."

penduduk kampung keliru dengan apa yang berlaku..seharusnya jabatan berkenaan menghantar wakil dan memberikan penjelasan yang munasabah kepada penduduk kampung...


wakil rakyat di kawasan berkenaan dikatakan bersengkongkol dengan syarikat yang merampas tanah tersebut..ini bermakna, badan2 berkenaan seperti MACC harus campur tangan dan menyiasat perkara ini..


"...Jabatan Tanah dan Ukur tidak pernah menyelidik atau pun memeriksa sama ada kawasan tanah itu mempunyai penghuni."

inilah kelemahan jabatan tanah dan ukur...hanya melihat pada kertas tetapi tidak menyelidik dan memeriksa kawasan tersebut...kelemahan ini sekaligus menjejaskan imej kerajaan di mata rakyat.


mungkin KM harus campur tangan dalam isu ini agar penyelesaian segera dapat dicapai..


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails