Datuk Seri Idris Jala hari ini menegaskan semula bahawa Malaysia masih berhadapan dengan risiko menjadi negara bangkrap dalam satu dekad lagi jika ia membelanjakan wang yang dipinjam untuk perbelanjaan-perbelanjaan operasi seperti subsidi berbanding menggunakannya bagi tujuan pelaburan. Beliau mencetuskan kebimbangan yang sama tahun lalu ketika ramai membicarakan mengenai isu subsidi, yang kemudiannya menjadi kontroversi.
“Jika ekonomi kita mengalami pertumbuhan kurang empat peratus dan jika kita tidak memotong perbelanjaan operasi kita, jika kita pinjam pada kadar 12.5 peratus, jika hutang tahunan kita meningkat 12.5 peratus dan pulangan kita pula tidak berkembang, maka negara kita akan bankrap,” kata Jala hari ini selepas mengumumkan perkembangan terkini mengenai pelaburan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP).
- Hutang kebangsaan Malaysia meningkat 12.3 peratus untuk mencecah RM407 bilion tahun lalu, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang
dikeluarkan minggu lalu.
- Meskipun ekonomi mengalami pertumbuhan 7.2 peratus tahun lalu, defisit fiskal tahun lalu mengekalkan hutang awam lebih 50 peratus berbanding kadar KDNK bagi tahun kedua berturut-turut.
- Pakar ekonomi juga berkara bahawa pertumbuhan ekonomi negara boleh perlahan ke paras 3.6 peratus tahun depan daripada kadar 4.3 peratus yang dijangkakan tahun ini ekoran risiko kemelesetan berganda global.
Bagaimanapun kata beliau, Malaysia tidak akan melalui kemelesetan tetapi akan melalui perkembangan ekonomi yang perlahan ekoran merebaknya krisis kewangan di Eropah.Katanya, jangkaan beliau tidak bermakna Putrajaya akan berhenti daripada membuat pinjaman. Negara harus membuat pinjaman dengan syarat wang itu digunakan untuk pelaburan berbanding untuk perbelanjaan operasi dan harus memastikan pinjaman negara sepadan dengan pelaburan.



November 4, 2011 9:39 AM
Subsidi mungkin bukan punca bankrap untuk negara kita, kerajaan perlulah pandai mengurus kewangan rakyat supaya boleh mengurangkan pembaziran.
November 4, 2011 9:40 AM
Tapi ada kebaikan juga mengurangkan subsidi, biarlah rakyat mengikuti harga pasaran antarabangsa untuk harga minyak.
November 4, 2011 1:21 PM
semoga kewangan negara akan sentiasa diuruskan dengan cekap dan ekonomi negara sentiasa berada dalam keadaan stabil.
November 4, 2011 1:49 PM
rakyat perlukan subsidi, kerajaan kena cari jalan lain untuk tingkatkan ekonomi negara, urus kewangan negara dgn baik.
November 4, 2011 1:57 PM
situasi yang dihadapi oleh rakyat di negara ini memerlukan dana untuk subsidi dikekalkan atau ditambah, bukan dimansuhkan atau dikurangkan. bukankah sudah ada dana khas untuk tujuan pelaburan? jika dana itu digunakan sebaik2nya, tidak mustahil pulangan negara boleh berkembang tanpa perlu membelanjakan dana yang dikhaskan untuk subsidi..
November 4, 2011 2:00 PM
kerajaan perlu berhati2 dalam setiap perbelanjaan bagi mengelakkan pembaziran seperti yang dilaporkan oleh ketua audit negara. faktor inilah yang perlu dilihat oleh Idris Jala sebelum mencadangkan pengurangan subsidi.
November 4, 2011 4:04 PM
tapi jika subsidi dihapuskan pula pastinya rakyat akan sangat terbeban memandangkan selama ini bergantung pada bantuan subsidi. rasanya tidak boleh juga subsidi dihapuskan serta merta.
November 4, 2011 4:08 PM
rasanya apa yang patut, mekanisme baru subsidi diwujudkan bagi menentukan had kemampuan kerajaan memberi subsidi dan menentukan sektor yang akan mendapat subsidi mengikut kepentingan masyarakat ramai.
November 8, 2011 10:10 AM
Jika pengurusan kewangan dilakukan dengan baik itu sungguh mustahil subsidi menyebabkan bangkrap. Kerajaan perlulah mencari bagaimana untuk meningkatkan pendapatan negara.
Post a Comment