Sessi Pandangan Solymone
Selaku seorang Jurutera yang mula berjinak-jinak dengan dunia politik, agak susah juga bagi saya memahami sepenuhnya mengapa pemimpin UBN Sabah atau pun dari semenanjug gemar sangat kategorikan Sabah sebagai ‘Fixed Deposit’.
Ada kah kerana rakyat dan hasil mashul di sini merupakan ‘asset’ yang boleh di guna pakai sebagai bahan perniagaan(Banking)...Hak milik boleh di tukar ganti bila perlu. Atau pun dalam istilah politik, negeri ini mempunyai elemen yang boleh menentukan penguasan BN dimasa kini dan dimasa akan datang? Saya maseh kurang faham!
Walau macammana pun, kalau Sabah negeri dibawah bayu ini mendapat mandat kerana negeri ini kaya dengan hasil mashul nya; tiada seorang pun boleh nafikan.
Selaku seorang Jurutera yang mula berjinak-jinak dengan dunia politik, agak susah juga bagi saya memahami sepenuhnya mengapa pemimpin UBN Sabah atau pun dari semenanjug gemar sangat kategorikan Sabah sebagai ‘Fixed Deposit’.Ada kah kerana rakyat dan hasil mashul di sini merupakan ‘asset’ yang boleh di guna pakai sebagai bahan perniagaan(Banking)...Hak milik boleh di tukar ganti bila perlu. Atau pun dalam istilah politik, negeri ini mempunyai elemen yang boleh menentukan penguasan BN dimasa kini dan dimasa akan datang? Saya maseh kurang faham!
Walau macammana pun, kalau Sabah negeri dibawah bayu ini mendapat mandat kerana negeri ini kaya dengan hasil mashul nya; tiada seorang pun boleh nafikan.
Hasil apa yang tiada di Sabah? Hasil laut; maka lihat lah berapa banyak pelantar milik Syarikat minyak Gergasi di pesisir pantai Sabah.- Petronas dan juga Shell pelabur utama industri cari-gali minyak di bumi ini. Selain minyak, hasil mahsul laut yang lain seperti industri penternakan ikan misalannya yang berkembang pesat sesuai dengan gelaran " Negeri Di Bawh Bayu" dimana ciri muka bumi pesisir pantai Sabah yang berteluk serta terlindung dari angin kencang dan ribut.
Laut turut menyumbang seribu macam perusahaan dan industri yang mempunyai prospek masa hadapan yang sangat baik. Lihat sahajalah kedudukan geografi Sabah itu sendiri, yang mana ia sangat sesuai dibangunkan sebagai port persinggahan kapal-kapal perdagangan dan peperangan dari seluruh dunia.
- Itu baru laut, belum lagi kita bicara pasal industri pelancongan serta potensinya. Sedarkah anda bahawa gunung tertinggi di Asia tenggara terletak di mana? Di mana satu-satunya Pusat pemuliharaan Orang utan di negara ini? Di mana pulau yang mempunyai terumbu karang tercantik di dunia?
- Di mana hutan simpan yang telah diiktiraf oleh UNIESCO sebagai khazanah pra-sejarah katanya?
- Di mana negeri yang mempunyai suku etnik teramai dengan bermacam budaya serta rencam bahasa? Semua jawapan ini akan anda jumpai di Sabah.
Kalau lah hypothesis ini logik dan mempunyai asas yang boleh diterima akal, sepatut nya Sabah dan rakyat nya mendapat ganjaran yang seimbang agar kaedah ‘Fixed Deposit’ itu dapat dimercukan sepanjang zaman.Namun kalau diperincikan keadaan persekitaran disini; dengan mengambil kira jumlah masa Sabah bersama Malaysia( selama 49 tahun) disamping lapuran Bank Dunia sebagai negeri yang termiskin dan hak-hak tanah adat penduduk kampung dirampas; ada lah sangat membimbangkan...Tidak stabil sapertimana yang dijangkakan.
- Fenomena pembangunan yang tidak seimbang di antara negeri-negeri di semenanjung dan negeri di ‘Malaysian Borneo', khas nya Sabah sungguh menekan rakyat di sini.
- Kerana negeri tumpah darah mereka tidak dapat menjanjikan peluang pekerjaan yang baik serta terjamin. Itu sebabnya kita melihat penghijraan besar-besaran anak-anak muda Sabah ke semenanjung terutamanya di Kuala-Lumpur.
- Saya difahamkan, perjuangan yang ideal setiap parti politik bukanlah mengarah kepada kuasa dan nama semata-mata, tetapi kebajikan rakyat, pembangunan dari segi rohani, jasmani, sosial, ekonomi dan sebagainya ditanamkan sebagai elemen-elemen yang penting.
- Realiti yang perlu seluruh kepimpinan sedar adalah, di bawah pemimpin, adanya rakyat...
- Rakyat mempunyai hak memilih.
- Kuasa di tangan mereka.
- Undi juga milik mereka.
- Mentaliti Rakyat lebih matang kalau dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya
- Negara Malaysia adalah negara demokrasi yang diiktiraf dunia, setaraf dengan negara-negara membangun yang lain, sudah pastinya rentak dan corak pemerintahan juga akan mengalami perubahan bak ombak yang mampu mengubah pantai.
Apa yang jelas kini, pemimpin-pemimpin disini, telah lama lupa pada amanah yang perlu ditunaikan. pengalaman yang lalu tidak diiktibarkan sebagai pedoman sehinggkan perjuangan murni telah melayang dari dasar dan tuntutan nya.Kegagalan menyampaikan gambaran suasana yang sebenar disini kepada Puterajaya ada lah juga kegagalan kreadibiliti pemimpin itu untuk terus berkhidmat.
Percaya lah, Allah dan hukum karma senentiasa membayangi kita sapertimana yang berlaku dinegara-negara yang dilandah tsunami politik yang membara dengan kehancuran.
*Artikel ini sinonim dengan "Disebalik Derita Mu Sabah Ku"



Post a Comment