

”Saya percaya, Ketua Menteri Sabah mampu menyelesaikan masalah kebanjiran PATI di Sabah jika dikembalikan ’Kuasa Imigresen’ sebagaimana yang dijamin dalam 20 Perkara,” kata Bumburing yang bercadang untuk menghantar ’Altimatum’ kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah berhubung isu ini.
Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing sekali lagi mengesa KERAJAAN Persekutuan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (SSD) atau mengembalikan kuasa Imigresen kepada Ketua Menteri Sabah bagi menangani ibu kepada segala masalah di Sabah iaitu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).Beliau berkata demikian dalam pertemuan khas dengan Sabahkini.net di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebentar tadi mengesahkan beliau telah menerima jawapan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada jam 6 petang kelmarin, 23 November, 2011.
”Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Dalam Negeri kerana prihatin dengan masalah Sabah sekalipun terpaksa mengambil masa hampir setahun untuk menjawab memorandum saya,” kata Bumburing sambil menunjukkan surat ’RAHSIA’ daripada KDN. - Bagaimanapun kata Bumburing, jawapan yang
diberikan KDN lebih banyak menimbulkan persoalan baru daripada menjawab memorandum yang beliau kemukakan pada 16 Disember 2010. - ”Rakyat Sabah mahu Kerajaan Persekutuan menubuhkan SSD dan itulah jawapan yang saya harapkan daripada memorandum
berkenaan dan bukannya menjawab isu yang saya kemukakan di dalam memorandum tersebut secara ’Sindrom Penafian’,” tegas Bumburing yang menekankan hanya rakyat Sabah yang tahu dan mengalami masalah PATI dan kerakyatan songsang di Sabah. - Dengan menjawab memorandum yang dikemukakan beliau, kata Bumburing, seperti menambah garam ke luka di hati rakyat Sabah yang semakin
menderita akibat kehadiran lebih sejuta PATI termasuk yang mendapat kerakyatan melalui jalan songsang dan masuk secara haram ke Sabah. - Penafian demi penafian, kata Bumburing, tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat Sabah kerana semua tahu bahawa isu PATI itu benar; MyKad projek itu benar; Pengundi hantu itu benar dan kebanjiran mereka itu benar sehingga mengancam keselamatan rakyat Sabah secara kesuluruhannya.
Mojilip kesal kerana nyawa seorang rakyat Malaya, Teoh Beng Hock diluluskan penubuhan SSD; lebih bernilai daripada nyawa 1.3 juta rakyat tulen Sabah yang bukan sahaja takut untuk berjalan ketika malam, malah takut untuk turun mengundi kerana dibanjiri warga asing yang lebih dahulu mengundi bagi pihak mereka.


December 3, 2011 8:44 AM
Saya setuju dengan cadangan MP ini, baik kembalikan kuasa imigresen kepada kerajaan Sabah dan biar kerajaan negeri sahaja yang mengatasi masalah PATI.
December 3, 2011 8:45 AM
Harap kerajaan pusat akan meluluskan penubuhan SSD.
December 3, 2011 9:05 AM
kita perlukan keduanya, iaitu SSD dan Kuasa Imigresen. SSD perlu untuk selesaikan masalah PATI di Sabah dan kuasa imigresen jg bagi mengawal kemasukan orang luar ke Sabah.
December 3, 2011 9:46 AM
SSD dan kuasa imigresen diperlukan untuk selesaikan masalah PATI di Sabah.
December 3, 2011 10:57 AM
banyak pihak yang mahukan SSD ditubuhkan. ini bagi membant menyelesaikan isu pati yang sudah lama berlaku di Sabah.
December 3, 2011 11:00 AM
harap pekara ini akan dipertimbangkan dengan sebaiknya untuk mencari penyelesaian terhadap isu pati yang berlaku selama ini.
December 3, 2011 11:30 AM
jika kerajaan persekutuan tidak mampu selesaikan masalah ini, serahkan saja kuasa imigresen 100% kepada kerajaan negeri..
December 3, 2011 11:33 AM
tidak ada gunanya kerajaan persekutuan memperuntukkan berjuta2 ringgit untuk menyelesaikan masalah ini jika keadaannya bertambah rumit dan kritikal.. saya yakin pemimpin2 Sabah tahu apa penyelesaian terbaik untuk masalah PATI ini..
December 3, 2011 11:45 AM
Bagi saja kedua-duanya. SSD dan kuasa imigresen.
December 5, 2011 10:18 AM
sudah berulang-ulang kali gesaan ini dibuat tapi sampai sekarang tuntutan SSD masih juga tertangguh. buat kesabaran tercabar pula..
December 5, 2011 1:56 PM
"menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (SSD) atau mengembalikan kuasa Imigresen kepada Ketua Menteri Sabah"...
Jadi kerajaan persekutuan perlulah membuat keputusan mengenai menangani masalah PATI di Sabah ini.
Post a Comment