
BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada di landasan untuk membawa Malaysia mencapai Wawasan 2020.Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata Najib berdepan ‘kesukaran’ berikutan mempunyai majoriti kecil di Parlimen dan perlu menguruskan krisis.
Menurut Mahathir, Beliau tidak mempunyai majoriti sepertimana yang beliau ada. Beliau mempunyai (lebih besar) majoriti yang membolehkan beliau mengendalikan pembangkang.
Justeru, Najib berdepan kesukaran, katanya kepada pemberita selepas menganjurkan majlis makan tengah hari untuk perwakilan yang menghadiri Forum Antarabangsa bertema ‘Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial Dalam Era Krisis Global’ sempena Perhimpunan Agung Umno 2011 di sini.
- Mengenai Umno, Dr Mahathir berkata parti itu semakin berkembang maju dan "jauh lebih baik daripada pada 2008".
- "Pada (pilihan raya umum) 2008, saya tahu banyak anggota Umno mengundi pembangkang bukan kerana mereka "kurang sayangkan Umno" tetapi mereka tidak sukakan kepimpinan pada masa itu," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir menggesa semua negara bersiap sedia menangani krisis global yang ‘berjangkit’ akibat globalisasi."Hakikat yang kita perlu terima ialah kita tidak lagi boleh mengasingkan diri kita daripada apa yang berlaku di seluruh dunia.
"Malaysia cuba melakukan banyak transformasi. Saya berharap kerajaan akan berjaya dalam mentransformasikan ekonomi dan masyarakatnya sendiri. Saya harap dengan berbuat demikian, mereka akan terus mendapat sokongan rakyat dan negara kekal makmur," katanya.



December 3, 2011 8:34 AM
Najib Razak perlulah berusaha lagi jika ingin membawa Malaysia ke arah Wawasan 2020.
December 3, 2011 8:36 AM
Semuanya terpulanglah kepada para pengundi dan juga kebolehan pemimpin kita.
December 3, 2011 8:55 AM
Wawasan 2020 adalah matlamat negara kita untuk menjadi negara maju, Najib sebagai PM kena berusaha untuk memastikan matlamat ini tercapai. kita harus memberi sokongan dalam mencapai wawasan tersebut.
December 3, 2011 9:41 AM
wawsan 2020 adalah matlamat kita dlam mencapai negara maju, kita semua harus bekerjasama dalam merealisasikan matlamat tersebut.
December 3, 2011 10:39 AM
baguslah jika Najib mampu untuk melaksanakan pembangunan dan mampu untuk mencapai wawasan 2020.
December 3, 2011 10:40 AM
apa pun, yang penting tanggungjawab kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
December 3, 2011 10:41 AM
jika benar Najib berada dilandasan yang tepat membawa Malaysia mencapai wawasan 2020, rakyat akan tetap menyokong kepimpinan beliau..
December 3, 2011 10:43 AM
malang bagi Najib mewarisi tampuk pemerintahan negara ketika negara ini berhadapan dengan pelbagai masalah disebabkan oleh pemimpin2 terdahulu.
December 3, 2011 11:27 AM
Jika sesebuah parti sudah terlalu lama memerintah sesebuah negara, para pemimpinnya mudah alpa dengan kuasa yang mereka ada. Oleh itu, mereka harus sedar dan kembali ke objektif yang sebenar. Zaman berubah, begitu juga pemikiran rakyat.
December 5, 2011 9:44 AM
Mahathir memberi pendapat mengikut pengalaman dan pandangannya. mungkin bagi pemimpin lain, lain lagi pandangan mereka. semuanya bergantung pada Najib sendiri bagaimana untuk mendapat sokongan rakyat bagi merealisasikan wawasan 2020.
December 5, 2011 1:33 PM
Teruskan usaha untuk mencapai wawasan 2020.. Datuk Najib pasti dapat memastikan wawasan ini tercapai.
Post a Comment