
Menurut kajian yang dikendalikan oleh PKR antara 22 Ogos dan 15 September lalu di kalangan 1,000 pengundi di Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Johor., Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lebih popular berbanding Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi lemah dalam membuat keputusan konkrit dan bukannya seorang komunikator baik. Hasil kajian diperolih The Malaysian Insider mempamerkan;
Datuk Seri Najib Razak
Najib dilihat positif oleh 53 peratus pengundi berbanding 38 peratus melihatnya secara negatif.- Menunjukkan sebahagian besar sokongan bagi Najib datang daripada komuniti Melayu — sekitar 71 peratus melihatnya secara positif.
- Pengundi-pengundi di Johor, kubu kuat Barisan Nasional (BN), menyokong kuat Presiden Umno itu dengan 61 peratus melahirkan sokongan positif. Ia disusuli dengan sokongan di Perak (52 peratus), Selangor (49 peratus) dan Kuala Lumpur (47 peratus).
- Najib pula di kalangan mereka berumur 30-39 tahun (55 peratus).
- Najib pula disambut baik oleh bukan pemegang ijazah (61 peratus).
Anwar mencatatkan sokongan positif daripada 40 peratus pengundi manakala 48 peratus melahirkan pandangan sebaliknya ke atas Ketua Umum PKR itu.- Hanya 32 peratus pengundi Melayu memihak kepimpinan Anwar, bekas timbalan presiden Umno. Seramai 61 peratus pengundi tidak mempamerkan sokongan memihak kepada beliau.
- Pengundi-pengundi wanita nampaknya tidak memihak Anwar dengan seramai 53 peratus berkata demikian berbanding 47 peratus pengundi menyokong kepimpinan beliau.
- Dalam pada itu paras kaum wanita Melayu yang tidak menyokong kepimpinan Anwar lebih tinggi iaitu 69 peratus.
- Bagaimanapun Anwar mempunyai sokongan positif di kalangan pengundi Cina dengan 43 peratus melahirkan pendirian demikian.
- Anwar juga diterima dengan baik di negeri pimpinan Pakatan Rakyat — Selangor dan juga Kuala Lumpur (44 peratus) berbanding di Perak (38 peratus) dan Johor (35 peratus).
- Anwar popular di kalangan mereka berusia 40 tahun dan ke atas (43 peratus) .
- Anwar juga popular di kalangan graduan dan bukan graduan, masing-masing 42 dan 40 peratus.
Kajian itu juga menekankan bahawa Anwar boleh menaikkan imej sebagai seorang pemimpin yang tegas dalam membuat keputusan dengan mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dan kebolehan memahami isu-isu ekonomi untuk berhadapan dengan "penerimaan secara permukaan" ke atas kepimpinan Najib.Bekas menteri kewangan itu mencatatkan sokongan dalam ketiga-tiga aspek itu berbanding Najib.
Sementara itu, belum ada lapuran kajian yang dibuat di Sabah dan Sarawak.



November 15, 2011 9:52 AM
Hanya rakyat sahaja yang boleh menentukan sama ada mereka lebih suka dengan Anwar ataupun Najib.
November 15, 2011 9:52 AM
Kita tunggulah PRU-13 untuk menunjukkan pilihan rakyat.
November 15, 2011 10:45 AM
kedua2nya popular.. dan kedua2nya juga memiliki ciri2 seorang pemimpin.. tetapi kadang kala penilaian rakyat bukan bergantung dengan kedua2 faktor tersebut, tetapi bergantung kepada apa sumbangan mereka kepada rakyat..
November 15, 2011 11:48 AM
nampaknya ramai yang masih memberi sokongan dan kepercayaan kepada Najib. sokongan Anwar memang kurang akibat kontroversi dan isu2 yang timbul berhubung beliau akhir2 ni.
November 15, 2011 1:19 PM
setiap orang ada pilihan mereka sendiri..apa pun, sebagai PM tidak hairanlah jika Najib lebih popular daripada Anwar.
November 15, 2011 1:20 PM
yang penting mereka sebagai pemimpin perlu sentiasa memastikan tanggungjawab dilaksanakan dengan sebaiknya.
November 15, 2011 2:06 PM
NAmpaknya perbandingan telah dilakukan antara Datuk Najib dan Datuk Anwar..Rasanya ebih baik saya memilih Datuk Najib.
Post a Comment