Dalam satu siding media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor baru-baru ini, Presiden Malaysian Civil Leberties Movement (MCLM) atau Pergerakan Kebebasan Awam Malaysia, Haris Ibrahim berkata, pihaknya dan Puluhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berazam untuk mengambil pelbagai langkah sewajarnya untuk menghalang Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 diadakan sebelum perubahan proses pilihanraya dilaksanakan oleh kerajaan BN.
Turut hadir pada sidang media itu, Pengerusi Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Cikgu Bard; Pengerusi League Unemployed Graduates, Devadas Silvaraju; Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr Rohana Ariffin dan Pengerusi India Justice Party (IJP), PS Jenapala.- Mereka sebulat suara menegaskan, PRU 13 tidak boleh diadakan selagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen belum melaksanakan kerjanya dengan berkesan bagi perubahan proses pilihanraya untuk membolehkan pilihanraya yang bersih dan adil dilaksanakan di negara ini.
- Menurut Haris selanjutnya, rakyat negara ini tidak lagi boleh menerima percubaan Umno BN untuk kekal berkuasa sehingga sanggup melakukan penipuan secara terang-terangan dalam pilihanraya.
“kami telah menerima maklumat yang boleh dipercayai bahawa Perdana Menteri akan melakukan pembubaran Parlimen pada 11 November ini bagi membolehkan PRU Ke-13 diadakan pada 10 Disember 2011 ini.- "Jika benar, kita lihat ini sebagai satu langkah sekali lagi oleh Umno dan Barisan Nasional untuk memegang kuasa sama ada di peringkat persekutuan dan negeri melalui cara penipuan," katanya.
Dengan tindakan itu, menurut beliau, Umno dan Kerajaan BN jelas sekali lagi menafikan hak rakyat untuk melakukan perubahan rejim ke Putrajaya melalui pilihanraya yang adil dan bersih.- Katanya, tindakan tersebut jelas bertentangan dengan beberapa ketetapan dan peraturan, tetapi ia tidak mustahil berlaku memandangkan penyelewengan terhadap proses pilihan raya di negara ini telah sekian lama dilakukan oleh kerajaan BN.
"Akibat penyelewengan itu, rakyat telah turun ke jalan raya dengan mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu, bagi mengemukakan beberapa tuntutan kepada pihak kerajaan supaya mengadakan pilihanraya dengan bersih dan adil.- "Walaupun dihalang dengan pelbagai cara oleh pihak kerajaan dan polis, rakyat tetap juga turun ke jalan raya pada hari itu dan ini jelas melambangkan kemarahan rakyat terhadap pihak pemerintah," katanya.
- Pihak kerajaan, tambahnya, kelihatan seperti mengalah dengan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen pada awal bulan lalu bagi melaksanakan proses perubahan pilihanraya di negara ini, tetapi perkembangan terbaru tetap mengecewakan rakyat.
Menurut Haris, Kerajaan BN tetap melakukan penyelewengan terhadap pilihanraya menerusi beberapa cara termasuk dengan memasukkan 42,051 nama-nama yang tidak sah dalam daftar pemilih seperti yang diakui oleh pihak SPR sendiri baru-baru ini. Pendedahan melalui Wikileaks, ujarnya, mendapati 600,000 orang asing telah diberikan kewarganegaraan dan dimasukkan dalam daftar pemilih sebagai pengundi di Sabah pada tahun 90-an, semasa tempoh mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamed.
"Satu lagi pendedahan melalui Wikileaks bahawa bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui bahawa pihaknya telah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu Malaysia kepada pekerja-pekerja asing di Sabah pada tahun 1990-an atas perintah Umno," katanya.- Satu laporan lain pula, menurut beliau lagi, mengesahkan wujud pada daftar pemilih pengundi klon yang berjumlah kira-kira 10,000 orang.
Kata Haris, Kerajaan UMNO dan BN juga kini telah mengiktiraf dan memberikan hak kepada kira-kira 700,000 orang pengundi yang dikatakan layak mengundi dan berada di luar negara untuk mengundi melalui pos. Beliau turut kesal kerana 4 juta orang pengundi muda gagal mendaftarkan diri sebagai pengundi bagi PRU Ke-13, ekoran perubahan terhadap kaedah-kaedah pendaftaran pengundi yang dilakukan oleh SPR.



November 15, 2011 9:15 AM
Harap segala perubaha boleh dicapai sebelum PRU-13 diadakan.
November 15, 2011 9:16 AM
Semoga SPR akan memastikan pilihan raya kita akan berjalan dengan adil, telus dan bersih.
November 15, 2011 11:45 AM
Chegu Bard yang memulakan ramalan 11.11.11 kononnya akan berlaku pembubaran parlimen oleh kerajaan BN, kononnya ramalan itu dibuat berdasarkan sumber2 dalaman yang boleh dipercayai. apa sudah jadi dengan maklumat yang beliau peroleh dari ‘sumber2 dalamannya yang boleh dipercayai’ itu?
November 15, 2011 11:48 AM
setakat ini belum ada pengumuman rasmi berkenaan dengan tarikh PRU13. oleh itu, jangan la buat keputusan terburu2 dan tunggu dulu apa tindakan seterusnya dari kerajaan bagi mengadakan pilihanraya yang adil dan bersih..
November 15, 2011 1:42 PM
'600,000 warganegara asing diberi kewarganegaraan dengan mengeluarkan 600,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah pada tahun 1990-an.'
maka itulah perlunya penubuhan RCI dilaksanakan bagi mengkaji punca segalanya ini berlaku dan mengenal pasti pihak2 yang terlibat.
November 15, 2011 2:06 PM
banyak spekulasi yang didengar berkaitan bila pilihanraya akan diadakan. tapi, kita sendiri pun tidak tahu bila PRU akan diadakan.
November 15, 2011 2:08 PM
banyak spekulasi yang didengar berkaitan bila pilihanraya akan diadakan. tapi, kita sendiri pun tidak tahu bila PRU akan diadakan.
November 15, 2011 2:12 PM
penambahbaikan sistem pilihan raya perlu dilakukan..apa pun, tidak perlulah menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan pekara ini pula.
November 15, 2011 2:28 PM
Kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa pilihanraya untuk membuat kajian dan soal selidik bagi menambah baik proses pilihanraya. Jadi kerajaan telah mencuba untuk menangani masalah dalam PRU.
Post a Comment