SUARA BEBAS TUARAN

'Occupy Malaysia ' Akan Berdemo Di Parlimen?

Labels:
Satu lagi Kumpulan aktivist yang dipelopori Dewan Perhimpunan Rakyat KL dijangka akan melakukan demo di hadapan bangunan Parlimen selama tiga hari berturut-turut, bermula jam 11 pagi esok.
Tujuan aktivist tersebut ada lah membawa pergerakan antarabangsa ‘Occupy’ ke bangunan Parlimen esok, sebagai bantahan terhadap Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang dijadual dibahaskan dan dibentang untuk bacaan kali kedua.
  • Dalam satu kenyataan media, kumpulan itu berkata rang undang-undang yang cuba dibentangkan kerajaan BN itu bertujuan menyekat kebebasan rakyat tanpa sebarang rundingan dengan orang ramai.Dakwa mereka, tindakan itu jelas bertentangan dengan amalan demokrasi di negara ini.
  • Anatara lain, kumpulan aktivist tersebut berpendapat bahawa kebebasan untuk berhimpun secara aman tanpa sekatan adalah asas dalam mana-mana demokrasi yang berfungsi. Malah, hak itu juga dijamin dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
  • Menurut kumpulan tersebut selanjutnya , rang udang-undang itu jelas mendiskriminasikan bukan warganegara, kanak-kanak dan belia di bawah umur 21 tahun kerana kumpulan-kumpulan berrkenan dilarang daripada menganjurkan perhimpunan.
Justeru, Occupy menuntut kerajaan menarik balik rang undang-undang itu pada kadar segera dan mencadangkan suara rakyat diambil kira sebelum mana-mana undang-undang atau polisi digubal.
Selain Occupy, Majlis Peguam juga telah mengarahkan semua peguam di bawah persatuan itu untuk turut berarak bermula dari Kelab Tasik Diraja ke bangunan Parlimen, pada jam 11 pagi bagi menyerahkan nota bantahan.
Dalam pada itu, Persatuan Dayak Iban Sarawak, sebuah NGO di Kuching pula akan mengadakan bantahan di Bangunan Lama Mahkamah di Kuching.
Sumber: MK
9 comments:

Harap kerajaan akan membuat keputusan yang terbaik mengenai perkara ini.


Harap demonstrasi ini akan diadakan dengan aman dan tiada kekecohan yang akan timbul nanti.


rang undang2 itu bukan bertujuan untuk menyekat terus kebebasan berhimpun, cuma ada kawasan2 tertentu yang tidak dibenarkan untuk dijadikan tempat berhimpun.. cuba la fikir kepentingan orang awam yang lain.. jangan terlalu ikut nafsu politik..


sebaiknya jika perbincangan dilakukan untuk mencari penyelesaian terbaik terhadap sebarang isu yang timbul.


saya juga tidak suka jika ada mana2 parti politik atau NGO yang menganjurkan perhimpunan di jalan raya, tempat2 awam seperti hospital, dan sebagainya.. kalau mahu tempat yang terbuka dan mudah mendapat liputan media, buat saja di tepi2 pantai atau mana2 tempat yang tidak mengganggu aktiviti orang awam..


Mereka hanya akan menyusahkan orang ramai yang tidak terlibat dengan demo ini.


Kerajaan perlu mengambil kira suara rakyat juga sebelum mengambil sebarang keputusan. Apa itu demokrasi? Adakah kita faham maksud sebenar demokrasi? Adakah negara kita sedang praktikkan demokrasi sebenar? Tepuk dada, tanya selera.


kenapa perlu bantah sesuatu yang mempunyai tujuan yang baik? walaupun negara demokrasi tetapi kebebasan ada hadnya juga.


Rasanya mengenai undang-undang baru untuk perhimpunan Aman ini perlu dikaji semula. Buat perbincangan mengenai apa perkara ini.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails