SUARA BEBAS TUARAN

Pakatan Rakyat tidak bincang kurangkan kakitangan awam

Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah membincangkan pengurangan jumlah kakitangan awam, tegas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Kata beliau, kalau ada-mana pihak yang membangkitkan perkara itu, itu adalah pandangan peribadinya dan tidak mewakili PR.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menekankan kepada perlaksanaan pengurusan bijak dan berkesan bagi mengoptimumkan pulangan dari kakitangan awam yang ada kini.
  • Menurut beliau, Jika pulangan tidak optimum demi kesejahteraan rakyat, adalah tidak bermakna dan sia-sia jumlah kakitangan awam yang banyak. Disebaliknya, sia-sia sahaja dikurangkan jumlah kakitangan awam jika pulangan tidak optimum demi kesejahteraan rakyat.
  • Mahfuz berkata, banyak yang boleh dipelajari dari sektor korporat dan swasta mengenai kaedah-kaedah mengoptimumkan pulangan dari jumlah pekerja yang ada.
  • "Setakat ini, kita tidak pernah mendengar sebarang berita tentang tenaga kerja yang ada diagih-agihkan secara bijaksana dan berkesan mengikut keperluan dan tuntutan tenaga kerja untuk mengoptimumkan pulangan.
  • "Yang tidak henti-henti kita dengar ialah aduan-aduan awam yang berterusan tentang tindakan yang lambat, "red tape" yang berlebihan dan ada jabatan-jabatan tertentu yang seolah-olah sudah menjadi dinosaur yang besar tetapi lambat bergerak sedangkan pada masa yang sama ada jabatan-jabatan yang agak kritikal dari segi tenaga kerja," katanya.
Semua itu, kata Mahfuz, bukan salah kakitangan awam tetapi salah pentadbiran dan pengurusan negara yang tidak cekap dan tidak bijak. Lebih penting dari itu, tegas beliau, ialah memastikan ditamatkan segera campur tangan politik dalam urusan kakitangan awam.
Dalam pada itu, menurut beliau, dalam urusan membabitkan sektor awam tidak sepatutnya ada campur tangan politik.
  • Beliau yakin, pengurusan bijak dan berhemah tanpa campur tangan politik akan membantu mengatasi banyak masalah ketirisan dan kebocoran sehingga menjadi teguran Ketua Audit Negara setiap tahun.
  • "Banyak kakitangan awam yang mengadu bahawa kebocoran, ketirisan dan pembaziran serta amalan rasuah berpunca dari campur tangan ahli-ahli politik yang berkuasa," kata beliau.
  • Mahfuz berharap rakyat bersungguh-sungguh memainkan peranan mengatasi perkara itu.
Selanjutnya menurut beliau, amalan rasuah dan penganiayaan kakitangan awam seperti pendakwaan beberapa Ketua Setiausaha kementerian akibat kerja jahat ahli-ahli politik tidak akan berhenti selagi parti perasuah menjadi pemerintah.
Katanya, kakitangan awam sendiri mestilah memilih sama ada untuk terus menjadi mangsa seperti yang berlaku ke atas beberapa Ketua Setiausaha kementerian atau memilih era baru dengan usaha bersungguh-sungguh untuk mewujudkan undang-undang yang memastikan kerajaan dihalang dari menganiayai rakyat.
Sumber: Agensi
8 comments:

Isu pengurangkan kakitangan awam ini perlulah dipertimbangkan dengan teliti untuk memastikan cara ini adalah apa yang terbaik.


Diharapkan kadar kakitangan awam ini boleh dibincang dengan baik dan mengambil pandangan daripada semua pihak terlebih dahulu.


ini menunjukkan pemimpin2 Pakatan Rakyat suka buat kenyataan media tanpa membincangkan perkara itu terlebih dahulu.. bukankah tindakan itu boleh mengelirukan rakyat?


ada baiknya jika selepas ini pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat menasihatkan para ahli atau pemimpinnya supaya tidak menggunakan nama Pakatan Rakyat apabila membuat kenyataan atau pandangan peribadi.. rakyat boleh tersilap samada kenyataan itu mewakili pandangan semua pemimpin2 Pakatan Rakyat atau sebaliknya..


bukankah kenyataan untuk 'mengurangkan kakitangan awam' merujuk pada tindakan yang akan PR lakukan bila mengambil alih tampuk pemerintahan negara?


pandangan seorang pemimpin PR yang telah menimbulkan isu pengurangan kakitangan awam ini..


sebagai pemimpin tidak kira mana parti sekali pun, perlulah berhati-hati dalam memberikan pandangan. ini kerana pandangan seorang pemimpin dianggap sebagai pandangan parti oleh rakyat.


Nampaknya PR berasa takut dan terus menarik balik kata-kata pengurangan penjawat awam dan cuba menutup dengan tuduhan yang bukan-bukan.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails