
Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sabah, Ir Mohamad Razak Ismail berkata, golongan pekerja di sektor perladangan dan industri telah dikenal pasti berisiko tinggi terdedah kepada masalah kesihatan dan keselamatan di tempat kerja berdasarkan satu kajian baru-baru ini.Tambahnya, keadaan itu bertambah rumit sekiranya pihak majikan gagal menyediakan alat kelengkapan seperti penutup mulut dan hidung ekoran para pekerja sering terdedah kepada udara tidak sihat.
- “Keadaan ini agak berbahaya apalagi jika pihak majikan tidak menyediakan kelengkapan keselamatan seperti penutup mulut dan hidung kerana pekerja sering terdedah dengan udara tidak sihat yang mengandungi habuk dan bahan kimia,” katanya.
- Mohamad Razak berkata demikian kepada pemberita pada sidang media bersempena Seminar Sistem Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMS) 2011, Tata Amalan Industri Kualiti Udara Dalaman 2010 dan Garis Panduan Penaksiran Risiko Bahan Kimia Kepada Kesihatan Secara Generik (Generik CHRA) di Hotel Promenade di sini kelmarin.
Katanya, di Sabah sahaja telah mencatat kes kemalangan kecil dan kemalangan upaya kekal masing-masing mencatatkan angka tertinggi dalam tempoh dua tahun iaitu sebanyak 195 (2009) dan 143 (2010) manakala maut pula 46 kes bagi kedua-dua tahun.



December 3, 2011 8:28 AM
Majikan perlulah memastikan semua ciri-ciri keselamatan dipatuthi supaya keselamatan dan kesihatan para pekerja boleh dilindungi.
December 3, 2011 8:29 AM
Majikan perlulah menjadikan penyediaan pelengkapan keselamatan ini sebagai proses yang wajib.
December 3, 2011 8:48 AM
sebagai majikan, mereka harus menyediakan peralatan keselamatan dan kesihatan yang mencukupi kepada pekerja. bekerja dalam sektor perladangan mmg berisiko tinggi untuk mendapat kemalangan. oleh itu, menjadi tanggungjawab majikan menjaga kebajikan pekerjanya.
http://nungkok.blogspot.com/
December 3, 2011 9:11 AM
mmg amat berisiko bekerja di sektor perladangan, selain tu sektor lain seperti perkilangan dan pembinaan juga berisiko tinggi. oleh itu, majikan kena pastikan ada sistem keselamatan yang sistemati serta peralatan keselamatan pekerja.
December 3, 2011 10:22 AM
ambil tindakan terhadap mana2 majikan yang tidak mengutamakan kesihatan dan keselamatan pekerjanya di tempat kerja.. jangan berlembut dengan mana2 majikan jika mahu perkara ini selesai..
December 3, 2011 10:24 AM
arahkan juga majikan untuk membiayai kos rawatan atau memberikan pampasan sekiranya ada diantara pekerja mereka dijangkiti penyakit atau berlaku kemalangan ketika melakukan kerja..
December 3, 2011 10:27 AM
Majikan harus menitik beratkan tetang kesihatan pekerja2nya.
December 3, 2011 10:29 AM
majikan harus menyediakan alat kelengkapan seperti penutup mulut dan hidung kepada pekerja dan majikan juga perlu memastikan pekerja mematuhi peraturan keselamatan ketika bekerja.
December 3, 2011 10:31 AM
Bukan diladang sahaja, di mana2 pun pekerja harus diutamakan keselamatannya.
December 3, 2011 11:16 AM
Pekerja dan majikan adalah saling bergantungan. Kebajikan dan keselamatan pekerja harus diutamakan. Majikan kena ambil langkah proaktif dalam memastikan pekerjanya berada di persekitaran yang selamat untuk kesihatan.
December 5, 2011 9:21 AM
yang bekerja dalam sektor perladangan dan industri biasanya warga asing. kadang2 majikan memang tidak akan menitikberatkan soal keselamatan dan kesihatan. yang penting dapat tenaga buruh murah.
December 5, 2011 1:21 PM
Sebaiknya pastikan keselamatan dan kebajikan perkerja perlu diberikan keutamaan.
Post a Comment