SUARA BEBAS TUARAN

Peningkatan Kos Sara Hidup Tingkatkan Kemiskinan

Labels:

Ekoran daripada keadaan ekonomi global dan peningkatan kos sara hidup di negara ini, kadar kemiskinan dijangka terus meningkat, kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Negeri Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah (gambar kanan).
Kata beliau, Sabah, Sarawak dan Kelantan merupakan negeri yang mencatat kadar kemiskinan tertinggi dan dijangkakan kadar kemiskinan pada tahun ini (2011) akan terus meningkat berikutan keadaan ekonomi global yang sudah berubah dan kos sara hidup yang semakin tinggi seperti harga makanan dan sebagainya.
  • Justeru beliau yang bercakap kepada pemberita juga menjangkakan bilangan pemohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak akan terus meningkat dari tahun ke tahun.
  • Menyedari hakikat tersebut, beliau memberitahu JKM akan memperkukuhkan kerjasama dengan rakan-rakan kongsi JKM untuk memastikan masyarakat yang memerlukan bantuan tidak akan dipinggirkan.
Menurut Fatimah, JKM menjangkakan bilangan pemohon bantuan seperti melalui e-Kasih ini akan meningkat justeru, JKM amat berharap sokongan yang padu daripada rakan-rakan kongsi agar pelbagai bentuk bantuan daripada semua aspek kehidupan dapat disalurkan kepada masyarakat yang memerlukan.
Sumber: Utusan Borneo
11 comments:

Harap tiada rakyat miskin yang akan dipinggirkan. Mereka yang memerlukan bantuan perlulah dibantu.


Kerajaan juga perlulah cuba mengawal masalah inflasi supaya kos sara hidup tidak terus meningkat.


kerjasama JKM dengan rakan-rakan kongsi JKM diharap akan dapat membantu golongan yang memerlukan.


teruskan usaha untuk membanteras kemiskinan agar taraf hidup rakyat akan sentiasa dapat dipertingkatkan..


semakin lama kos hidup kita makin meningkat, tapi ia tak selaras dgn pendapatan kita.


setiap program bantuan untuk orang2 miskin wajar dipergiatkan dengan turun kesetiap perkampungan di negeri ini.. laksanakan proses pendaftaran secara bergerak bukan hanya melalui talian internet.. majoriti penduduk miskin tidak mampu menikmati kemudahan ini melainkan ada inisiatif dipihak kerajaan untuk turun bertemu dengan mereka.


setiap agensi pelaksana perlu sentiasa dipantau bagi memastikan mereka dapat menjayakan program tersebut dengan jujur, teliti, telus dan bersungguh2..


kalau kos sara hidup meningkat sepatutnya gaji juga dinaikkan. selaraskan kedua-duanya agar kadar kemiskinan tidak meningkat. mungkin cadangan gaji minimum perlu dipertimbangkan.


apa yang saya dapat lihat, kadang2 ada segelintir mereka yang mendapat bantuan sebenarnya masih mampu untuk berdiri sediri tanpa bantuan seperti e-kasih.


kerajaan bertanggungjawab membantu rakyat mengurangkan beban yang ditangguh akibat ekonomi yang semakin tidak menentu.


Itu sudah pasti berlaku. Jika tidak ada kawalan dalam peningkatan taraf hidup pasti akan berlaku peningkatan dalam kadar kemiskinan. Ini kerana pendapatan tidak dapat menampung perbelanjaan yang semakin tinggi.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails