
Justeru , Jawatankuasa siasatan mengesyorkan pegawai-pegawai yang mengesahkan kesempurnaan bekalan yang diterima dikenakan tindakan tata tertib kerana mengesahkan bekalan telah diterima secara sempurna, dan mendorong bayaran dibuat bagi bekalan yang belum diterima melibatkan amaun RM708,220.00 kata Ketua Setiausaha Kesihatan Malaysia (KKM, Datuk Kamarul Zaman Md Isa.
- Menurut Kamarul Zaman, kementerian mengeluarkan surat tuntutan bertarikh 27 Okt 2011 berhubung denda berkenaan.
Dalam pada itu, beliau berkata kementerian mengenakan denda RM2.196 juta terhadap kontraktor berhubung kelewatan penyerahan peralatan bagi perolehan 'Next Generation Communication System' (NGCS) bertujuan menaik taraf sistem komunikasi di hospital dan institusi KKM.Pada pendapat Audit, perolehan NGCS tidak menguntungkan kementerian kerana sistem itu lewat disiapkan serta tidak dapat digunakan secara optimum di 13 hospital atau institut. Kementerian juga terpaksa membayar RM3.22 juta untuk perkhidmatan lesen yang tidak dapat digunakan.



Post a Comment