
Senario Pekan Donggongon, Penampang
Satu berita menarik yang dikeluarkan oleh SabahKini hari ini. Dalam berita yang disiarkan secara online, dilapurkan bahawa kumpulan Aktivis dan Pejuang Hak Asasi Anak Asal Sabah akan mengadakan protes secara aman bertempat di pekan Donggon, Penampang pada 29 November akan datang.Kumpulan tersebut dikatakan telah menjemput pertubuhan dan NGO supaya turut menyokong satu perhimpunan protes tersebut untuk membantah beberapa perkara penting yang memberi kesan negatif secara langsung kepada rakyat jelata Malaysia khususnya di Sabah :-
- -Rang Undang-Undang Atau Akta Pindaan Perhimpunan Aman;
- -Keengganan Kerajaan Persekutuan Untuk Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja Untuk Menyiasat Pemberian IC Palsu dan Kewujudan Pengundi Hantu Di Sabah;
- -Isu Rampasan Tanah NCR Penduduk Asal Sabah Oleh Syarikat-Syarikat Yang Menjadi Kroni Pemimpin Tertentu; dan
- -Isu-Isu Ketidakadilan Lain Yang Semakin Menular Di Sabah dan Menyusahkan Rakyat Tempatan.
Perhimpunan dijangka diadakan seperti berikut:TARIKH : 29/11/2011 (Selasa)
TEMPAT : Tugu Datuk Peter J. Mojuntin, Donggongon (sebelah Megalong Shopping Complex)
MASA : 11.30 pagi
Dalam pada itu, NGO penganjur menjemput orang ramai untuk datang beramai-rami sebagai tanda sokongan kepada ’Protes Secara Aman Terhadap Akta Pindaan Perhimpunan Aman & Isu PTI Dan Tanah NCR’.
Sehingga kini 12 pertubuhan telah menyatakan sokongan kepada perhimpunan ini iaitu;
- MCLM
- SABM
- SAPP
- PACOS
- Gindol Initiative for Civil Society Borneo
- Rangkaian Mangsa-Mangsa Rampas Tanah
- AWAS
- CIGMA
- United Borneo Front (UBF)
- Borneo Heritage Foundation (BHF)
- Pergerakan Sabah Pogun Tokou
- MoCS Sabah



December 3, 2011 8:42 AM
Nampaknya budaya membuat demonstrasi masih kurang lagi di Sabah. Tidak banyak yang mengikuti protes aman ini.
December 3, 2011 8:46 AM
Harap isu-isu yang dibangkitkan oleh mereka akan diberikan perhatian.
December 3, 2011 11:04 AM
rang undang2 perhimpunan aman wajar ditubuhkan bagi melindungi kepentingan orang awam yang lain, kerajaan masih belum menjelaskan pendirian mereka berhubung dengan isu RCI, isu rampasan tanah boleh diselesaikan melalui saluran mahkamah sepertimana kejayaan anak negeri sabah bagi kes kampung Imahit..
December 3, 2011 11:06 AM
perhimpunan ini yang berlangsung pada 29 nov lepas nampaknya tidak mendapat sambutan yang menggalakkan..
December 3, 2011 11:43 AM
Selagi tidak menimbulkan kekecohan atau mengancam keselamatan orang awam, rasanya tiada masalah untuk berhimpun.
December 5, 2011 10:04 AM
demonstrasi ini tidak 'semeriah' dan 'seheboh' perhimpunan/demonstrasi di Semenanjung. apapun, diharap matlamat utama demonstrasi ini telah tercapai.
December 5, 2011 1:54 PM
Protes yang tidak mendapat sambutan dari penduduk Sabah. Rasanya protes sebegini tidak perlulah dilakukan di Sabah tidak akan membawa apa-apa kebaikkan kepada kita pun.
Post a Comment