
Pendaftar ROS, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, tidak ada gunanya pakatan pembangkang membuat `bising di luar’ dengan mendakwa kononnya ROS mempunyai `muslihat politik’ dengan enggan meluluskan permohonan mereka untuk menjadi sebuah parti gabungan.Justeru, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) hari ini mencabar pakatan pembangkang supaya segera mengemukakan permohonan baru untuk membentuk gabungan parti secara rasmi seperti Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, dengan permohonan pertama tidak lagi terpakai setelah Datuk Zaid Ibrahim keluar dari PKR pada 14 November 2010, maka adalah wajar pembangkang menamatkan polemik dengan ROS dengan menghantar wakil mereka, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar bertemu ROS untuk kelulusan tersebut.
- “Kalau betul-betul serius, kemukakanlah permohonan…ROS boleh luluskan hanya dengan gabungan tiga parti pun (DAP, PKR dan Pas). Tapi yang hairannya saya sudah periksa dengan staf saya, memang Datuk Kamaruddin tak pernah datang ke ROS kemukakan permohonan.
- “Mereka (pembangkang) ada ramai bijak pandai dari kalangan lawyer-lawyer terkemuka…sampai boleh ambil kes hebat-hebat di mahkamah tapi bila timbul perkara asas seperti ini, buat-buat tak faham. Atas nama kuasa, kita bohong orang…tak bolehlah macam itu,” kata beliau di sini.
Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke baru-baru ini mendakwa pakatan pembangkang mengesyaki terdapat muslihat politik apabila ROS enggan meluluskan permohonan mereka untuk menjadi satu parti.Menurut Loke, ROS sengaja tidak mahu meluluskan pendaftaran pakatan pembangkang kerana takut mereka menjadi gabungan yang kuat pada pilihan raya umum ke-13.
Loke membuat dakwaan itu bersama Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr. Hatta Ramli pada sidang akhbar di lobi Parlimen 3 November lalu.



November 15, 2011 9:48 AM
Diharapkan ROS ini akan menjalankan tugas mereka dengan adil dan saksama terhadap semua pemohon yang datang.
November 15, 2011 9:53 AM
Diharapkan ROS ini akan menjalankan tugas mereka dengan adil dan saksama terhadap semua pemohon yang datang.
November 15, 2011 9:54 AM
Yang penting semua parti dibenarkan membuat pendaftaran parti mereka dengan lancar.
November 15, 2011 11:02 AM
ROS ada muslihat politik ka atau pemimpin2 pembangkang sengaja mahu tarik ROS untuk terlibat dalam persaingan politik?? sudah pun dijelaskan oleh pihak ROS.. jika tidak puas hati baik anjurkan saja debat..
November 15, 2011 12:01 PM
bukankah kerajaan telah menetapkan sekurang-kurangnya tujuh parti mesti bergabung bagi membentuk pakatan?
November 15, 2011 1:31 PM
citeripenjelasan yang diberikan oleh pihak ROS ini menjawab isu yang timbul berkaitan permohonan pakatan untuk menjadi sebuah parti gabungan.
November 15, 2011 1:31 PM
penjelasan yang diberikan oleh pihak ROS ini menjawab isu yang timbul berkaitan permohonan pakatan untuk menjadi sebuah parti gabungan.
November 15, 2011 1:33 PM
apa pun, harap pekara ini akan diuruskan dengan sewajarnya..
November 15, 2011 2:10 PM
Itulah masalah sendiri tidak mahu tahu, tapi memaksa mahu meluluskan permohonan. Kalau sudah melanggar syarat rasanya ROS ada kuasa membatalkan permohonan tersebut.
Post a Comment