
Kelihatan Brigadier Jeneral Profesor Datuk Seri Panglima Kamaruzaman Ampon (duduk dua dari kiri).
Menurut Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Brigadier Jeneral Profesor Datuk Seri Panglima Kamaruzaman Ampon, Sabah yang memiliki kawasan luar bandar yang agak luas memerlukan penduduk kawasan berkenaan didedahkan dengan kesedaran dan pendidikan perubatan yang berkualiti.Belia berkata demikian pada Majlis Makan Malam Persidangan “The 3rd International Conference on Rural Medicine (ICORM) 2011 di salah sebuah hotel terkemuka di sini, pada Selasa.
- Kamaruzaman berkata, untuk membudayakan aktiviti kesihatan serta penyediaan kemudahan kesihatan bagi penduduk luar bandar di negeri ini, pihak UMS melalui Sekolah Perubatannnya telah mewujudkan Klinik Kesihatan Masyarakat UMS di Sikuati, Kudat.
- “Ini adalah usaha kerajaan untuk memperbaiki dan meningkatkan perkhidmatan kesihatan di luar bandar khususnya di Sabah yang masih agak ketinggalan dan statistik telah menunjukkan bahawa peratusan penyakit-penyakit berjangkit di kawasan itu masih belum memperlihatkan sebarang penurunan.
- “Justeru, pembinaan Klinik Kesihatan Masyarakat UMS ini dijangka dapat meningkatkan keberkesanan dari segi penjagaan kesihatan di kawasan Kudat, Kota Marudu dan kawasan sekitarnya,” tambahnya.
Persidangan ICORM itu juga, kata Kamaruzaman, memberi ruang dan peluang kepada para ahli akademik daripada seluruh negara yang mengambil bahagian untuk berkongsi idea serta bertukar pendapat berkaitan isu perubatan desa.Pertukaran pandangan dan idea dalam kalangan pakar-pakar perubatan adalah perlu kerana akhirnya pendekatan seumpama itu akan memberi manfaat dan memperkayakan pengalaman dan keupayaan masing-masing serta menyumbang kepada kesihatan dan penyelidikan perubatan sejagat, katanya.



November 26, 2011 8:44 AM
Usaha untuk meningkatkan kualiti kesihatan dan perkhidmatan perubatan di luar bandar adalah sangat diperlukan. Ada banyak kawasan pedalaman yang tidak mempunyai klinik ataupun hospital.
November 26, 2011 8:52 AM
Harap kerajaan akan meletakkan perhatian tinggi dalam isu kualiti kesihatan rakyat.
November 26, 2011 12:05 PM
usaha untuk menyediakan kemudahan kesihatan bagi penduduk luar bandar di negeri ini perlu sentiasa dilakukan.
November 29, 2011 9:52 AM
kesedaran bagi memperbaiki dan meningkatkan perkhidmatan kesihatan di luar bandar patut telah wujud lebih awal..
November 29, 2011 9:55 AM
bagimanapun, pastikan perkhidmatan kesihatan itu berkualiti, bukannya sekadar menjadi bahan kajian untuk pelajar2 UMS.. good luck dan teruskan menyumbang kepada masyarakat dan negeri Sabah..
November 29, 2011 2:00 PM
satu usaha yang baik dan wajar dilakukan. klinik kesihatan memang sangat diperlukan terutama penduduk yang tinggal jauh di pedalaman dan luar bandar. dahulu di kampung kami ketika belum wujud klinik kesihatan yang berhampiran, penduduk begitu sukar untuk mendapatkan rawatan.
November 30, 2011 9:20 AM
Jika mereka yang berkemahiran dalam bidang ini bersama-sama dan bersatu pasti akan dapat jawapan yang terbaik.
November 30, 2011 9:22 AM
Mutu dan kualiti perubatan perlulah dipertingkatan. Kajian perubatan itulah yang perlu untuk mencari jalan penyelesaian.
Post a Comment