SUARA BEBAS TUARAN

SAPP Dan UPKO Palu Gendang Serentak- UMNO Tidak Senada?

Labels:

Sekali lagi isu Penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja di perbesarkan. Kali ini Parti maju Sabah (SAPP) melalui kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda Pusat nya, Edward Ethan Dagul mengalu-alukan usaha Presiden United Pasokmomogun Kadazandusun dan Murut Organization (UPKO), Tan Sri Bernard Giluk Dompok mahu berjumpa Perdana Menteri demi untuk menyelesaikan isu PATI melalui Penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (SSD) sebagai jalan terbaik bagi menyelesaikan isu PATI.
  • Tegas Edward (gambar kanan), misi SAPP memungut kira-kira 100 ribu tandatangan rakyat Sabah sejak beberapa bulan lalu adalah bertujuan untuk mendesak kerajaan Persekutuan, khususnya Menteri Dalam Negeri supaya menubuhkan segera SSD, namun usaha SAPP itu seolah-olah diremehkan oleh pihak berkenaan.
  • Bagaimana pun kata beliau, SAPP agak kecewa kerana usaha tersebut tidak mendapat sokongan padu daripada pemimpin BN Sabah, termasuklah UMNO Sabah.
  • Beliau merasa heran kenapa UMNO Sabah tidak senada dengan UPKO dan SAPP dalam memperjuangkan SSD, sedangkan kesan buruknya bakal hadapi bersama oleh segenap rakyat Sabah.UMNO disebaliknya terus membisu dalam isu PATI dan SSD
Sungguh pun begitu, Dagul turut bersyukur kerana nampaknya sekarang ini sudah ada kecenderungan pemimpin KDM dalam Barisan Nasional (BN) berminat memperjuangkan masalah tersebut, namun beliau kurang pasti sama ada usaha mereka berterusan selepas pilihanraya umum kali ke-13 atau terhenti selepas itu.Sumber:
Sumber: SabahKini
7 comments:

Harap pemimpin kita juga akan cuba mencari cara penyelesaian yang bersesuaian untuk menangani masalah PATI dalam negeri selain daripada mengharapkan SSD.


Kita tunggulah dan lihat bagaimana kerajaan Persekutuan akan membuat keputusan mengenai isu SSD ini.


jika umno bersuara, adakah sapp tidak akan mempertikaikan atau mempersoalkan suara umno itu seperti mana mereka mempersoalkan usaha upko kononnya adakah usaha itu berterusan selepas pru13??


kenapa tidak sama2 bersatu memperjuangkan penubuhan SSD jika ia melibatkan kepentingan seluruh rakyat Malaysia dan kesan buruknya juga bakal dihadapi bersama?


pemimpin-pemimpin Sabah menyuarakan hasrat mereka agar SSD ditubuhkan..jika SSD dapat membantu menyelesaikan isu pati, maka ianya wajar untuk ditubuhkan.


harap masalah pati yang telah lama berlaku akan dapat diselesaikan dan semua pihak akan bekerjasama mengatasi masalah ini.


SAPP mula mengatur langkah..Harap pun akan terus mengatur pelbagai rancangan untuk mendekati rakyat. Kita sudah nampak pergerakkan BN dibeberapa tempat di Sabah seperti di Sandakan, Tenom, Beaufort..


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails