
Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusof, Pengurusan pelarian Filipina di Sabah adalah di bawah tanggungjawab Pasukan Petugas Khas Persekutuan, Sabah, Labuan iaitu di bawah agensi Majlis Keselamatan Negara di mana ia adalah di bawah JPN. Ini menunjukkan bahawa selain daripada KDN, JPN berkuasa penuh ke atas ’Pelarian’ di Sabah, termasuk memberikan MyPR kepada semua pemegang IMM-13 di Sabah dan Labuan.
- Abu Seman turut menyentuh kriteria prosedur pemberian kewarganegaraan kepada warga asing di bawah peruntukan Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan.
- ”Dari jumlah yang dinyatakan, pemberian kewarganegaraan di bawah Perkara 16, adalah berjumlah 428,144 orang sehingga 15 Oktober 2011. Pemberian taraf kewarganegaraan adalah berdasarkan kepada syarat prosedur dan kelayakan yang telah ditetapkan di Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan,” kata Abu Seman.
- Selain dari itu, Abu Seman mendedahkan bahawa bajet rumah transit pelarian Filipina di Sabah dan juga Labuan ada lah terletak di bawah Majlis Keselamatan Negara dan bukannya di bawah Kementerian Dalam Negeri.
- Dengan itu, Abu Seman membuka ruang minda rakyat Sabah berhubung misteri OPS Gambeling yang merekrut seramai 322,903 orang warga asing Indonesia, Filipina, India dan Pakistan telah diberikan KAD PENGENALAN PROJEK melalui peruntukan nombor kad pengenalan biru:
- H 0288001 hingga H0384000
- H 0480001 hingga H0576000
- H 0609601 hingga H0610000
- H 0658001 hingga H0658200
- H 0658401 hingga H0659000
- H 0666001 hingga H066640
menurut sumber, tidak ada seorang pun kaum Cina atau India yang memegang kad pengenalan yang bernombor siri di atas, seolah-olah ketika itu tidak ada kaum Cina atau India yang boleh memiliki nombor keramat yang dikhususkan untuk PATI yang memborong semua Kod 12.


December 3, 2011 8:38 AM
Lebih baik jika kerajaan Sabah sajalah yang menguruskan kemasukan orang asing ke negeri kita daripada bergantung pada KL untuk mengurus bagi pihak kita.
December 3, 2011 8:39 AM
Pengurusan PATI ini perlulah diserahkan kepada kerajaan Sabah sendiri kerana kita paling jelas keadaan di sini.
December 3, 2011 9:43 AM
tak kira KDN tau JPN, semua pihak kena bekerjasama dalam menguruskan PATi2 yang berlambak di negara kita.
December 3, 2011 9:44 AM
jika semua bekerjasama, pasti masalah ini akan selesai.
December 3, 2011 10:53 AM
masalah pati sudah lama berlaku di Sabah. komitmen dan kerjasama daripada semua pihak diperlukan untuk menyelesaikan pekara ini.
December 3, 2011 10:58 AM
tubuhkan RCI supaya semua yang terlibat dapat diheret ke muka pengadilan..
December 3, 2011 11:36 AM
Jangan gadai keselamatan negeri Sabah semata-mata untuk penuhi agenda tersendiri. In the end, rakyat yang jadi mangsa. Masih ada sinar harapankah untuk menangani masalah PATI ini? Pemimpin tidak kira fahaman politik perlu bersatu hati dalam hal ini. Kita perlukan tindakan, bukan omong kosong atau bukan masanya mahu menyalahkan antara satu sama lain.
December 5, 2011 9:59 AM
memang tidak dinafikan isu Projek IC ni memang benar2 wujud. sekarang terserah kepada pihak2 yang berkenaan untuk mengurus PATI2 ini. tapi ada baiknya jika Sabah diberi kuasa autonomi untuk mengurus semua ini.
December 5, 2011 1:49 PM
Maka sebaiknya berkerjasama untuk menguruskan kedatangan PATI dan IMM13 ini. Memang yang memainkan peranan sepenuhnya mungkin satu jabatan saja tapi pasti juga jabatan tersebut memerlukan pertolongan lain bagi menguruskannya.
Post a Comment