
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam ahad lalu, hujan lebat sejak lebih dua jam sebelum itu menyebabkan bahagian dapur asrama Masjid Bandar Kota Kinabalu runtuh dibawa arus deras air.Kini asrama 50 pelajar-pelajar tahfiz seperti berada di hujung tanduk apabila ia betul-betul terletak di tepi runtuhan tanah itu yang pada bila-bila masa boleh runtuh sekiranya hujan lebat sekali lagi turun.
- Sekiranya ia berlaku, bukan sahaja nyawa pelajar-pelajar berkenaan diancam maut tetapi ia turut akan membahayakan beberapa buah rumah dan kedai yang berada di tepi lereng bukit itu.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin yang melawat masjid itu hari ini melahirkan rasa kebimbangannya kerana runtuhan itu agak teruk dan ia boleh bertukar menjadi lebih serius memandangkan keadaan cuaca yang sering hujan sejak kebelakangan ini.- Beliau yang juga pengerusi masjid itu meminta Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat memantau keadaan runtuhan itu dan melakukan tindakan segera bagi mengelak ia menjadi lebih serius hingga boleh mengorbankan nyawa.
Jabatan Kerja Raya patut melihat keadaan runtuhan ini termasuk segera bertindak bagi mengawal runtuhan ini supaya tidak merebak, ia amat penting sebagai tindakan jangka pendek sebelum langkah susulan dilakukan, kata Lajim.- “Jangan apabila adanya nyawa terkorban baru hendak bertindak, apabila ia berlaku, segalanya sudah terlambat,” katanya yang meminta pihak pengurusan Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran As-Syatibiyah masjid itu memantau dan mengawal pergerakan pelajarnya seramai 55 orang itu.
Masjid ini sebenarnya sedang dalam proses pembaikan berperingkat beberapa bahagian bangunan yang uzur setelah diluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta oleh Kerajaan Pusat pada tahun lalu.Tambah Lajim, sekiranya keadaan runtuhan itu semakin serius, pihaknya akan memindahkan kesemua pelajar itu ke asrama dan pusat pengajian sementara di ibu pejabat Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia).



November 24, 2011 9:58 AM
Preventive measure should be taken to avoid any accidents from occuring. Hope that the government will give serious attention about this.
November 24, 2011 9:59 AM
The people and student's safety must be prioritized. The best thing to do is to move the houses to a more safe locations if possible.
November 24, 2011 10:53 AM
kena ambil tindakan untuk memastikan nyawa pelajar2 tersebut tidak teramcam, bukit tersebut harus diletak simen dan para pelajar2 tersebut sebaiknya dipindahkan sementara waktu.
November 24, 2011 11:25 AM
langkah segera perlu diambil bagi mengelakkan sebarang pekara tidak diingini daripada berlaku.
November 24, 2011 1:44 PM
yang penting sudah ada perancangan awal bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku.. Lajim sendiri perlu memantau perkembangan masjid itu dari masa ke semasa.
November 24, 2011 3:22 PM
mungkin lebih baik jika tapak masjid dan asrama pelajar2 tahfiz ini dipindahkan ke kawasan lain. nampak sangat bahaya sudah keadaan di lereng bukit tu.
November 25, 2011 2:30 PM
Harap perhatian akan diberikan mengenai runtuhan ini.
November 26, 2011 8:53 AM
Kawasan yang mungkin berlakunya tanah runtuh patut dilarang daripada pembinaan rumah untuk mengelakkan perkara seperti ini daripada berlaku.
Post a Comment