
Berita sensasi lagi menarik minggu ini ia lah Datuk Bung Mokhtar Radin dilapurkan berjaya menceraikan isteri pertama beliau, Nor Asidah Alimuddin.Dengan itu, Zizie Ezette kini dengan resminya bergelar Datin. Dengan perkembangan terbaharu itu, Zizie ‘naik pangkat’ demekian menurut siaran Berita Minggu semalam... Gelaran datin hanya boleh digunakan oleh isteri pertama sahaja.
Perceraian itu dikatakan berpunca sikap Bung dan Zizie yang melanggar perjanjian dulu. Dikatakan Bung dan Zizie berjanji pada Nor Asidah tidak akan meuwar-uwarkan berita perkahwinan mereka. Bekas isteri minta mereka kahwin senyap-senyap supaya tidak menimbulkan persoalan. Tapi, malangnya berita perkahwinan Bung dan Zizie dapat dihidu wartawan dan menjadi berita besar. - Kebanyakan akhbar meletakan cerita perkahwinan mereka di muka depan. Jadi Bung dan Zizie dianggap melanggar janji, demekian dilapor akhbar berkenaan.
Perkahwinan dengan Zizie pula berlangusng pada 16 Disember 2009. Kedua mereka (Zizie dan Bung) kemudian telah didakwa di Mahkamah Syariah kerana berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah dan kesalahan pernikahan tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk.Apa pun, akhirnya impian Zizie tercapai.



Post a Comment