Tiga daerah di negeri ini dikenal pasti sebagai berprofil tinggi berlakunya kes kemalangan yang mendorong Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Sabah dan agensi berkaitan seperti polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Puspakom terus memperhebatkan kempen keselamatan jalan raya terutama pada musim perayaan.Pengarah JKJR Sabah, Herdianshah Abdul Karim, berkata statistik pada tahun lepas menunjukkan terdapat 10 kes kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian berlaku di Tawau, Lahad Datu dan Sandakan.
Oleh itu, katanya usaha secara serampang dua mata perlu dilakukan memandangkan ketiga-tiga daerah itu berisiko tinggi dari segi berlaku kemalangan jalan raya.
Herdianshah berkata, bagi mengurangkan kadar kemalangan sempena musim perayaan, pihaknya sedang meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman kepada pengguna-pengguna jalan raya dengan cara mendidik serta meningkatkan tahap kesedaran melalui pelbagai pelaksanaan.
- Katanya, pelaksanaan yang boleh meningkatkan kesedaran dan kefahaman kepada pengguna jalan raya adalah seperti mengedarkan risalah-risalah berbentuk panduan keselamatan di samping tips menjadi pemandu yang berhemah semasa berada di jalan raya.



December 27, 2011 9:24 AM
jalan di ketiga daerah tersebut berisiko tinggi. sebaiknya jalan2 tersebut harus sentiasa dipantau baigi memastikan risiko kemalangan berkurangan.
December 27, 2011 3:11 PM
selain mendidik para pengguna jalan raya bagi mempertingkatkan tahap kesedaran mereka, pihak yang berkenaan perlu juga ambil perhatian terhadap keadaan jalan raya di negeri ini..
December 27, 2011 3:39 PM
kempen kesedaran perlu sentiasa dibuat bagi membantu mencegah kemalangan daripada berlaku.
December 27, 2011 3:41 PM
sikap berhati-hati juga amat penting dan perlu sentiasa diamalkan oleh para pemandu.
December 28, 2011 1:00 PM
Musim perayaan dan hujung tahun ini harap2 semua pengguna jalan raya berhati-hati ketika memandu dan jangan hanya mengikut hati saja.
December 29, 2011 9:54 AM
Itu sudah semestinya. Di 3 kawasan ini kerap kali berlaku kemalangan. Mungkin penyebabnya adalah kerana jalan jauh, memandu laju, memotong secara merbahaya dan banyak lagi.
December 29, 2011 10:20 AM
bukankah ketiga-tiga daerah ni paling terkenal dengan kenderaan2 berat yang banyak yang mengangkut hasil2 ladang kelapa sawit?
December 29, 2011 10:22 AM
Keadaan jalan raya yang kurang baik, memandu terlalu laju atau mengantuk, jalan raya gelap adalah salah satu faktor mengapa kemalangan sering berlaku. Selain mengingkatkan lagi kualiti keadaan jalan raya, sikap berhati-hati pemandu sendiri ketika memandu adalah penting.
December 30, 2011 1:30 PM
It is wise to be careful in accident prone areas. Better safe than sorry.
December 30, 2011 1:31 PM
The JKR must do what they can to improve the safety of our roads.
Post a Comment