
Apa yang kita selalu dengar beberapa buah agensi atau pun individual dari luar negera cuba menyeludup wang haram ke Malaysia dengan pelbagai cara. Ini termasuk menggunkan khidmat diplomat asing.Namun apa yang di lapurkan baru-baru ini, Malaysia menyaksikan sejumlah besar RM150 bilion (AS$47 billion) wang haram keluar daripada negara ini pada 2009, menjadikannya antara yang tertinggi dalam masalah pelarian modal.
Jumlah ini sebagai tambahan kepada kerugian mengejutkan RM927 bilion (AS$291 billion) dalam tempoh sembilan tahun dari 2000 hingga 2008, menurut laporan terkini badan pemerhati kewangan Washington Global Financial Integrity (GFI).
Pada Januari, GFI dalam laporannya ‘Aliran Kewangan daripada Negara Membangun’ meletakkan Malaysia di tangga kelima negara dengan pelarian modal yang besar.- Bagaimanapun, dalam laporan terkini dilengkapkan dengan jumlah pada 2009 - GFI berkata, Malaysia yang mengalami pengumpulan kerugian sebanyak RM1,077 bilion (AS$338 bilion) dalam tempoh sedekat, mengekalkan kedudukan di tangga kelima.
- Kedudukan di empat tangga ke atas masih sama, China (kerugian AS$2,500 bilion) di tangga teratas, diikuti Mexico (AS$453 bilion), Rusia (AS$427 bilion) dan Arab Saudi (AS$366 bilion).
- Laporan terkini GFI itu disediakan oleh ahli ekonomi Sarah Freitas dan Dev Kar, yang juga ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa.



December 21, 2011 10:49 AM
Harap aliran wang haram ini mampu dihentikan, ini tidak baik untuk eknomi negara jika dibiarkan berterusan kerana berkuranglah duit yang beralir dalam eknomi negara sendiri.
December 21, 2011 10:57 AM
ranking M'sia harus diturunkan. Ranking ini bukan yang harus dibanggakan. Negara2 maju tiada dalam senarai teratas, mungkin ada kaedah yang boleh dipelajari dari negara2 maju.
December 21, 2011 1:22 PM
mungkin perlu tubuhkan SSD untuk menyiasat kegiatan aliran keluar wang haram ni. rugi Malaysia kalau macam ni.
December 21, 2011 1:48 PM
begitu banyak wang negara yang dialirkan keluar. hal ini kena diambil perhatian. kerajaan kena bijak dalam mengawal aliran wang.
December 21, 2011 2:23 PM
Memang bukan yang boleh dibanggakan dengan ranking M'sia yang ni. Mungkin kerajaan perlu menubuhkan badan khas untuk membendung masalah ini.
December 22, 2011 9:35 AM
Jenayah ekonomi seperti ini patut disiasat supaya dapat mengambil tindakan yang terbaik untuk menanganinya.
December 22, 2011 11:01 AM
Kenapa ranking2 untuk isu yang positif, M'sia jauh di belakang? Tetapi berbeza bila isu negatif, M'sia antara yang top. Kena ambil serius masalah ini.
December 22, 2011 11:58 AM
me gusta
Masaalah di sini bukan terletak pada ranking, tetapi pada kurang kepercayaan kepada kestabilan dan pengawalan ekonomi negara Malaysia.
Justeru, mereka salurkan wang di negara yang mereka rasa duit mereka selamat.
Kalau aliran ini berterusan, Wang di Dana Negara kita akan kekeringan...Merunsingksn, ya?
December 22, 2011 1:09 PM
jabatan siasatan jenayah komersil seharusnya menjalankan siasatan siapa yang bertanggungjawab melarikan wang dan khianat kepada Negara.
December 24, 2011 10:30 AM
harap perkara ini akan disiasat sebaiknya. Janga biarkan perkara ini berterusan.
Post a Comment