Mangsa banjir di Johor semakin meningkat apabila hampir 300 orang lagi dipindahkan ke pusat pemindahan menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,437 orang pagi ini berbanding 1,143 orang malam tadi.Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), setakat 10 pagi ini, kesemua mangsa ditempatkan di 25 pusat pemindahan dengan 12 di Segamat, tujuh di Mersing dan enam di Batu Pahat.
Menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dua batang sungai masih melebihi paras bahaya iaitu Sungai Muar di Bukit Kepong mencatatkan aras 3.34 meter dan Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat, 9.47 meter.- Beberapa batang sungai lagi melebihi paras amaran iaitu Sungai Bekok di Empangan Bekok, Batu Pahat (17.04 meter), Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat (19.92 meter), Sungai Simpang Kiri di Seri Medan, Batu Pahat (2.19 meter), Sungai Senggarang, Batu Pahat (3.28 meter) dan Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat (5.60 meter).
Manakala di Sarawak, beberapa kampung di kawasan rendah di Samarahan di sini, dilanda banjir bermula malam tadi berikutan hujan lebat sejak dua hari lepas yang diburukkan dengan fenomena air pasang besar.Jurucakap Bilik Gerakan Banjir negeri ketika dihubungi, berkata setakat pagi ini, dua kampung iaitu Kampung Asajaya Hulu dan Kampung Serpan Ulu terjejas dengan bencana itu.
- Daripada pihak Pejabat Daerah Samarahan terdapat kira-kira tujuh keluarga telahpun dipindahkan ke pusat penempatan banjir setakat ini, katanya.
- Beberapa jalan kampung di pinggir bandar raya ini juga dilaporkan telah dinaiki air, namun masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan, katanya.



December 27, 2011 9:26 AM
kejadian banjir kini makin teruk terutamanya di semenanjung. byk kerugian dan kemusnahan harta benda. harap ia dpt dikawal.
December 27, 2011 3:16 PM
mahu tidak mahu kita terpaksa juga menghadapi bencana ini.. kepada semua mangsa banjir, banyakkan bersabar.. dan kepada orang awam yang lain, ambillah langkah berjaga2..
December 27, 2011 3:45 PM
pemantauan dan persediaan awal penting dalam berhadapan dengan situasi banjir.
December 27, 2011 3:49 PM
sentiasalah mematuhi arahan yang dikeluarkan dari masa ke masa dan sentiasa peka perkembangan semasa.
December 28, 2011 1:03 PM
Harap2 bantuan yang diberi benar2 sampai ke mangsa2 banjir. Jangan ada yang ambil kesempatan dengan bantuan mangsa banjir.
December 29, 2011 9:56 AM
Nampaknya banjir masih lagi tidak memberikan berita yang baik. Apa pun diminta kepada mangsa banjir agar mendengar arahan dari pihak yang berkuasa untuk memastikan tidak ada perakra yang tidak diingini berlaku.
bayausbh.blogspot.com
December 29, 2011 10:24 AM
Diharap sebuah jawatankuasa untuk menangani masalah banjir ditubuhkan di kawasan2 yang sering dilanda banjir sebagai persediaan menghadapi kecemasan seperti ini. Sistem perparitan juga harus dipastikan dalam keadaan yang baik. Jaga kebersihan dan kesihatan sewaktu banjir ini kerana masa2 inilah penyakit mudah merebak.
December 29, 2011 10:27 AM
kejadian banjir ini memang sentiasa berlaku setiap tahun. mungkin penduduk yang tinggal di kawasan2 berkenaan sudah sentiasa bersiap sedia memandangkan kejadian banjir ini bukan dihadapi sekali dua di kawasan mereka malah setiap tahun.
December 30, 2011 1:29 PM
Places that are prone to floods should be given attention by the government.
Post a Comment