SUARA BEBAS TUARAN

Bapa Kurung Dua Anak Dalam Bilik Air

Labels:

Seorang lelaki berusia 40-an tergamak mendera anak-anak beliau dengan mengikat kaki anak perempuannya berusia enam tahun dan anak lelaki berusia dua tahun dengan rantai besi sebelum keluar bekerja pada 3 petang baru-baru ini.
Dua beradik itu dipercayai berlapar lebih lima jam selepas bapa mereka keluar rumah di Taman Mawar di Raja Uda di Butterworth.
Dalam pada itu, lelaki itu telah di tahan Polis akibat perbuatan beliau tersebut.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, ACP Zulkifli Alias berkata, Lelaki, yang bekerja dengan sebuah syarikat penghantaran di sini, telah berpisah dengan isterinya seorang warga Thailand sejak sebulan lepas.
  • Zulkifli berkata kedua-dua beradik itu ditemui dalam keadaan sangat letih kerana kelaparan dan mereka hanya memakai baju dan seluar dalam dengan kaki berantai besi.
  • Siasatan awal mendapati bapa kanak-kanak itu bertindak demikian kerana tidak mempunyai penjaga dan anaknya pula dikatakan nakal, katanya.
  • Lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak yang jika bersabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Seorang jiran keluarga itu, yang enggan namanya disiarkan, berkata beliau mendengar jeritan kanak-kanak berkenaan yang meminta tolong pada pukul 8 malam.
Apabila saya bertanya apa yang berlaku, kanak-kanak perempuan itu menjerit dan memberitahu yang mereka telah dikurung dalam bilik air,kata jiran tersebut
Beliau terus memaklumkan perkara itu kepada pasukan ronda sukarela Taman Mawar dan juga polis.
Sumber: BERNAMA
7 comments:

kanak2 mmg nakal, tapi tak perlulah nak mengurung dan mengikat mereka. perbuatan ini amat teruk.


anak-anak harus dijaga dan dididik dengan baik dan bukannya didera.


Hope that the parent will be able to take care of his children better after this.


Carilah penjaga daripada kena denda atau kena penjara.


nasib baik ada orang awam yang perihatin dengan apa yang berlaku di sekitar mereka.. jika tidak, entah apa yang akan berlaku kepada anak2 kecil ini..


Walau senakal mana pun anak-anak janganlah sampai merantai anak didalam tandas.


ibubapa kena sabar walaupun anak2 mereka berkelakuan nakal. jika benar bapa ini bertanggungjawab dan sayang dengan anaknya tidaklah sampai mengikat dan membiarkan mereka kelaparan. bagaimana jika kanak2 ini mati kelaparan? pasti hukuman lebih berat lagi.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails