
Cuaca tidak menentu diramalkan berlaku di kebanyakan negeri di seluruh negara sepanjang sambutan Hari Natal Ahad ini dengan hujan diramal pada sebelah pagi dan malam manakala ribut petir pada sebelah petang.Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, keadaan cuaca yang tidak menentu itu disebabkan monsun peralihan yang biasanya dikaitkan dengan hujan atau ribut petir pada sebelah petang.
Keadaan cuaca di kebanyakan tempat pada sebelah pagi dijangka baik kecuali di Kelantan, Terengganu, Kudat, Sandakan, Wilayah Persekutuan Labuan dan pedalaman Sabah yang diramalkan hujan di beberapa tempat.
- Selain itu, hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di Pahang, Johor, serta beberapa bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Betong dan Mukah.
Pada sebelah petang, beberapa kawasan dijangka mengalami hujan iaitu di Pahang, Johor, Kelantan, Terengganu dan beberapa tempat di Sabah serta Sarawak manakala hampir semua kawasan diramal mengalami ribut petir di beberapa tempat terutama Selangor, Sibu, Bintulu, Miri dan Limbang.- Kenyataan itu turut menyebut Wilayah Persekutuan Labuan dan Tawau diramalkan hujan sementara di satu dua tempat pada sebelah petang.
- Pada sebelah malam pula beberapa kawasan di Pahang, Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Sarawak serta beberapa kawasan di pedalaman Sabah seperti Sandakan dijangka mengalami hujan.
Sementara itu, hujan lebat dijangka berlaku di satu dua kawasan di Pahang dan beberapa tempat di Johor serta bahagian lain Sarawak yang dijangka berterusan sehingga Selasa, 27 Disember ini.Keadaan ini boleh mengakibatkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.



December 23, 2011 8:29 AM
penduduk kena ambil langkah berjaga-jaga atas keadaan cuaca yang tidak menentu. persediaan kena ada bagi menghadapi sebarang ancaman ribut atau banjir.
December 23, 2011 9:20 AM
Harap rakyat akan berhati-hati sepanjung bulan ini dan bersiap sedia menghadapi cuaca buruk selepas ini.
December 23, 2011 9:21 AM
Mereka yang tinggal dekat kawasan perairan ataupun tanah rendah perlulah berwaspada.
December 23, 2011 11:24 AM
harap2 tidak teruk sangat. segala aktiviti laut harus dihentikan. mereka yang tinggal perhampiran dengan laut harus dipindahkan secepat yang mungkin.
December 23, 2011 12:06 PM
kita sedia maklum bahawa cuaca pada hujung tahun setiap tahun sering tidak baik. kalau ikut pengalaman dari tahun2 yang lepas, banyak bencana alam berlaku pada bulan Disember. Ribut Greg di Sabah dan Tsunami di Thailand berlaku pada tarikh yang sama iaitu 26 Disember.
December 23, 2011 2:15 PM
di musim2 perayaan ni jangan terlalu leka. sentiasa berjaga2 dan berwaspada.
December 23, 2011 3:02 PM
Musim cuaca tidak menentu ini harus la sentiasa berhati-hati. kalau hujan lebat dan angin kencang tidak payah la keluar lebih berada di dalam bangunan/rumah.
December 28, 2011 10:07 AM
Setakat ini cuaca di kawasan Kota Kinabalu agak baik. Harap perkara yang tidak diingini tidak berlaku.
Post a Comment