SUARA BEBAS TUARAN

Dewan Negara Lulus Rang Undang-Undang Perhimpunan Awam 2011


Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 lulus menerusi undian semua ahli dewan, baru-baru ini. Undian itu yang diminta sendiri oleh pihak pembangkang menyaksikan 39 anggota Dewan Negara menyokong manakala hanya lapan yang tidak bersetuju rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua.
Undian belah bahagian dibuat selepas Senator Saiful Izham Ramli mengemukakan usul itu kepada Yang DiPertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang, yang kemudiannya membenarkan undian itu selepas berpuas hati usul itu memenuhi syarat Peraturan Mesyuarat yang memerlukan persetujuan lapan anggota Dewan Negara.
  • Terdahulu, ketika membentangkan rang undang-undang itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata ia bertujuan membenarkan warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata dengan sekatan-sekatan yang difikirkan perlu dan demi kepentingan, ketenteraman dan keselamatan awam.
  • "Sesungguhnya penggubalan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 merupakan suatu langkah ke arah memperkukuhkan kedaulatan undang-undang dan memartabatkan kebebasan asasi di Malaysia khususnya hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata.
  • "Ia dilihat akan dapat membantu mencapai matlamat untuk pelaksanaan dan pentadbiran sistem perundangan yang lebih adil di samping memelihara kebebasan asasi individu sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Pada 29 November lepas, Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang itu dengan enam pindaan dibuat membabitkan Fasal 9(1) untuk meminda tempoh yang ditetapkan kepada penganjur untuk memberikan notis mengadakan perhimpunan kepada polis dari 30 kepada 10 hari.
Sumber: mStar
10 comments:

Rang undang-undang tersebut telah diluluskan, rang tersebut bertujuan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin.


Harap keputusan ini adalah berdasarkan sokongan majoriti.


Dalam negara yang demokrasi, rakyat berhak menyuarakan pendapat mereka.


lepas ni tiada lagi demo/perhimpunan2 jalanan sesuka hati tanpa permit polis.


kepada pihak2 yang tidak bersetuju, akur saja la dengan keputusan Dewan Negara.


Keputusan muktamad. Take it or leave it.


Harap2 rang undang2 ini dipatuhi dan menjamin keselamatan orang awam pada bila2 masa perhimpunan aman. keselamtan harus diutamakan.


Ini bagi memastikan perhimpunan aman dapat dilaksanakan tanpa ada perkara yang tidak diingini berlaku ketika perhimpunan tersebut.


Setiap apa yang dirancang pasti dikaji terlebih dahulu. Maka apa pun keputusan diharapkan adalah persetujuan dari pihak majotiri.


Baguslah kalau sudah ada kelulusan dari Dewan Negara. Maka undang-undang baru ini perlulah dimaklumkan kepada rakyat.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails