Ikan kembong kini RM15 sekilo, sotong RM22 sekilo, udang pula RM22 sekilo dan ketam sudah mencecah harganya RM25.00 sekilo. Manakala harga ayam di pasaran belum dikira lagi.
Dalam pada itu ada yang meramalkan bahawa 5 tahun akan datang harga ikan kembong akan mencecah RM30 dan sotong mungkin RM40 sekilo dan kemungkinan-kemungkinan ramalan sebegini tidak mustahil akan berlaku kerana sebelum ini pun telah pun menjadi kenyataan.- Rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah pasti akan berterusan mengeluh pendam dalam diam.
- Hal saperti ini seakan-akan menjadi tradisi. Mereka ini tidak mahu menunjukkan kesusahan, apatah lagi mengadukan nasib kepada orang luar selain dari lingkungan keluarga.
Demi menjaga maruah diri dan kerana tabah dan mungkin serta keberkatan hasil pendapatan yang halal itu mereka berani mengharungi hidup dengan tenang dan rasa bersyukur dengan apa yang ada.Dalam satu sudut yang lain, nasib mereka ini sepatutnya terbela dan diambil perhatian sewajarnya.
Sumber dan Rujukan: Syed Abdullah Jamalulail
Ampangan, Seremban



December 13, 2011 4:19 PM
Kerajaan bertanggungjawab dalam membantu meringankan beban rakyat.
December 14, 2011 11:29 AM
harga barangan ni semakin naik, jika begini berterusan. rakyat akan terus terbeban dalan kehidupan.
December 14, 2011 1:50 PM
Masalah harga barang naik ini mestilah diselidik dan harap kerajaan mampu mengawal harga inflasi dalam negara supaya kenaikan harga tidak akan membebankan rakyat.
December 14, 2011 1:51 PM
Polisi gaji minima patut dilaksanakan dan kenaikan gaji serentak dengan kenaikan inflasi perlulah diselaraskan. Susah jika harga barang naik, tapi gaji tidak naik.
December 14, 2011 2:28 PM
kalau begini, carilah alternatif lain agar kenaikan harga barang basah tidak membebankan rakyat. mungkin ganti pengambilan ikan dengan pengambilan makanan yang mempunyai sumber protein seperti yang terdapat pada ikan.
December 15, 2011 10:05 AM
sebab itu KR1M ditubuhkan.. tapi masih ada pihak yang mempertikaikan pemberian subsidi oleh kerajaan terhadap KR1M ini sedangkan tujuannya adalah untuk meringankan beban rakyat..
December 15, 2011 10:35 AM
Apa sebab kekurangan ini berlaku sehinggakan menyebabkan harga meningkat. Kerajaan perlulah bijak menangani isu sebegini.
bayausbh.blogspot.com
December 15, 2011 1:39 PM
Semua pun mahu naik, gaji saja tidak pandai naik2. Sekarang pun perbelanjaan melebihi pendapatan.
Post a Comment