Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jika rakyat Malaysia memahami dengan mendalam apa yang diperlukan untuk membina negara ini, mereka menyedari betapa pentingnya mempunyai sebuah negara yang kukuh dan akan terus menyokong kerajaan yang mempunyai pengalaman lama dan terbukti.Dalam pada itu Najib juga menekankan bahawa falsafah 1Malaysia bukan hanya slogan tetapi ia mencakupi minda rakyat Malaysia ke arah membina sebuah negara yang maju pada 2020.
- Beliau percaya Malaysia boleh capai sebagai sebuah negara yang makmur dan kukuh jika semua rakyat Malaysia berpegang kepada falsafah 1Malaysia, katanya pada majlis pecah tanah bangunan Hua Zong, Persekutuan Persatuan Cina Malaysia baru-baru ini.
- Najib berkata Malaysia menghadapi perjalanan yang masih jauh dan untuk mencapai hasratnya, "Kita perlu mempunyai dasar-dasar jangka panjang yang boleh memberikan manfaaTetapi kita boleh ada dasar-dasar yang berdasarkan jangka pendek, kita tidak boleh menjanjikan matahari dan bulan.
- Kata beliau, sebagai kerajaan bertanggungjawab dan akan terus membantu rakyat. Sebagai sebuah negara, sebagai satu bahasa, 1Malaysia, ia memberikan kekuatan untuk mengatasi cabaran akan datang.
Perdana Menteri berkata dasar-dasar jangka panjang kerajaan telah membuktikan dalam membantu rakyat Malaysia menghadapi krisis ekonomi pada 1997 dan 2009."Perjalanan itu penuh dengan cabaran dan pelbagai halangan, tetapi setiap kali berdepan sesuatu krisis besar kita berjaya menempa cabaran itu kerana kita memberi keyakinan kepada cara kerajaan menyelesaikannya.
"Kejayaan itu juga disebabkan rakyat mendokong dasar-dasar jangka panjang yang membawa kestabilan dan kemakmuran negara," katanya.
Sumber: Agensi



December 21, 2011 10:45 AM
Najib perlulah mengambil tindakan untuk membuktikanbahawa falafah 1 Malaysia ini bukan hanya slogan.
December 21, 2011 10:48 AM
Setiap perancangan untuk masa depan negara harus nyata dan logik bukan hanya janji2 kosong.
Jemput,
U Say Bah, I Say Bah. Sabah Bah......
December 21, 2011 1:14 PM
baguslah kalau bukan sekadar slogan. isu2 sensitif seperti kaum dan agama harus tidak diperbesar2kan oleh pihak2 tertentu.
December 21, 2011 1:43 PM
falsafah 1Malaysia harus kita terapkan dalam jiwa, falsafah ini ingin memupuk semangat kerjasama dan bersatu padu dikalangan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan budaya.
December 21, 2011 2:28 PM
Sekiranya bukan sekadar slogan maka ia perlu dibuktikan. Penerapan 1M'sia harus dilakukan dengan positif.
December 22, 2011 9:38 AM
Bertindaklah untuk mencapai 1 Malaysia! Cakap sahaja tidak berguna.
December 22, 2011 11:12 AM
Easy to say but hard to implement isn't it? Najib has to put a lot more effort to walk his talk. But you can find the real 1Malaysia in Sabah.
December 22, 2011 11:48 AM
rakyat lebih mudah memahami falsafah 1Malaysia melalui pelaksanaan pentadbiran kerajaan.. oleh itu nasihatkan kepada semua jentera2 kerajaan untuk tidak melakukan sebarang tindakan yang bertentangan dengan falsafah 1Malaysia..
December 24, 2011 10:27 AM
1 Malaysia adalah satu gagasan yang terbaik untuk kita. Jangan biarkan perkara ini dimainkan oleh pihak pembangkang.
Post a Comment