
Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Dr Muhiddin Yusin berkata hasil pemantauan dan pemeriksaan pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) pada 22 Februari 2010, mendapati seramai 117 guru dari 11 sekolah tidak hadir bertugas, manakala pada 25 Mei 2010 pula seramai 157 guru dari 14 sekolah juga tidak hadir bertugas.Muhiddin menegaskan walaupun kejadian itu mungkin terpencil, namun hal berkenaan tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia mampu melumpuhkan sistem pendidikan negara jika tidak ditangani sewajarnya.
“Dengan itu, juga difikirkan keperluan untuk JPNS mewujudkan satu lagi program iaitu Program AKUN yang bakal dilaksanakan pada tahun 2012-2016.- “Ia bertujuan meningkatkan peratusan kehadiran guru di sekolah sekaligus memantapkan lagi keberkesanan penyampaian serta penyebaran maklumat pekeliling dan peraturan di semua peringkat, menerusi empat strategi pelaksanaan iaitu e-Cerap, Pemantauan Silang, Pemantauan Bersepadu dan e-Hadir,” katanya.
Menurut Muhiddin lagi, program itu yang bersifat serampang empat mata akan menekankan pemantapan kualiti perkhidmatan di peringkat sekolah yang menjadi cermin kejayaan dan pencapaian sebenar pendidikan.Beliau memaklumkan e-Hadir dan e-Cerap membolehkan pemantauan kehadiran guru dan anggota kakitangan sokongan serta pelaksanaan proses pencerapan dilakukan secara online.



December 27, 2011 9:21 AM
mana2 guru yang sering ponteng kena diberi tindakan tegas, kita tak perlukan guru yang malas, ikhlas dalam mendidik.
December 27, 2011 3:04 PM
ambil tindakan tegas terhadap guru2 yang ponteng mengajar.. itu sahaja cari paling berkesan berbanding dengan sekadar memberikan amaran atau nasihat..
December 27, 2011 3:07 PM
JPNS perlu buat kajian tentang guru mana yang asyik ponteng mengajar.. jika majoritinya adalah guru2 dari semenanjung, baik kurangkan jumlah mereka di negeri ini.. seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini, ada guru2 semenanjung yang telah membeli tiket lebih awal untuk balik ke negeri asal mereka setiap kali musim cuti sekolah..
December 27, 2011 3:33 PM
guru yang ponteng perlu dikenakan yang tegas.
December 27, 2011 3:34 PM
sebagai guru, tanggungjawab terhadap pelajar perlulah dilaksanakan dengan sebaiknya.
December 28, 2011 12:58 PM
Lebih baik berhentikan guru2 tu. Ramai lagi orang mahu mengisi kekosongan guru.
December 29, 2011 9:52 AM
Guru yang ponteng perlulah kesan bagi memastikan perkara ini tidak menjadi serius dalam pendidikan di Sabah. Kenapa ada kes guru yang ponteng. Tapi lain kes jika ada kebenaran dari pengetua dan sebagainya. Itu tidak dikira ponteng.
bayausbh.blogspot.com
December 29, 2011 10:16 AM
agaknya guru yang berkhidmat di bandar atau luar bandar yang sering ponteng?
December 29, 2011 10:19 AM
Guru yang suka ponteng ni, niat asal mahu jadi guru sekadar untuk dapatkan kerja atau memang niat mereka untuk mendidik anak bangsa? Ketatkan lagi proses pengambilan guru.
December 30, 2011 1:32 PM
It is definitely a serious issue, teachers should not abandon their duties.
December 30, 2011 1:33 PM
It is definitely a serious issue, teachers should not abandon their duties.
December 30, 2011 1:34 PM
Hope that actions will be taken to prevent this sort of behavior from happening again.
Post a Comment