SUARA BEBAS TUARAN

Tagline 'Ini Kali Lah' Versi Dr Jeffry Kitingan

Labels: ,

Bertempat di Klab Golf Tambunan (TNGC), Kota Kinabalu kelmarin petang, saya sempat menghadiri sessi 'Dr Jeffrey bersama Bloggers'. Sebanyak lebih kurang 30 orang bloggers berhampiran dengan Kota Kinabalu telah hadir pada waktu itu.
Dengan bertaglinekan 'Ini kali Lah' Dr Jeffery dijangka akan melancarkan perasmian kehadiran Parti United Borneo Alliance (UBA) di Sabah pada 6 Januari 2012; jam 1.30 pm, bertempat di Dewan Hongkod KDCA , Kota Kinabalu.

  • Antara lain, Jeffery menerangkan bahawa parti tersebut akan berganding bahu dengan Pakatan Rakyat untuk menentang Barisan Nasional(BN) pada PRU13 akan datang ini. Persetujuan kearah pakatan (Pakatan Pembangkang) itu, kini sedang rancak dibincangkan dengan puck pemimpinan PR diperingkat nasional, kata beliau.
  • Disamping itu, rundingan merupakan persefahaman dikalangan parti-parti pembangkang 'Sabah Based' juga dilakukan oleh pemimpin masing-masing. Ini bermakna, dalam PRU13 nanti dijangka formula 'satu lawan satu' yang diilhamkan oleh pehak pembangkang selama ini mungkin akan menjadi satu realiti.
  • Menurut Jeffrey selanjutnya, agenda UBA yang didaftarkan di Sarawak itu akan memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah dan Sarawak yang selama ini dianak tirikan oleh kerajaan perseketuan (BN) bermula sejak 48 tahun yang lalu.
  • Jelas beliau, banyak perkara yang dipersetujui dalam penubuhan Malaysia tetapi tidak pernah dipraktikkan oleh kerajaan perseketuan selama ini, sehinggakan negeri-negeri di kepulauan borneo (Sabah dan Sarawak) atau 'Malaysian Borneo' ini jauh ketinggalan dari segi pembangunan.
  • Mala negeri Sabah masa kini dikategorikan oleh Bank Dunia sebagai salah sebuah negeri yang termiskin dalam Malaysia.
  • Justeru, demi untuk menyedarkan kerajaan pusat bahawa rakyat di kawasan 'Malaysian Borneo' ini sudah puas dengan janji-janji yang tidak pernah dikotakan selama ini, parti-parti pembangkang akan berjuang habis-habisan untuk menumbangkan kerajaan BN pada PRU13 nanti. Dengan harapan ia nya akan merealisasikan impian rakyat 'Malaysian Borneo' yang dipingirkan selama ini.
Dalam masa yang sama, beliau merasa heran mengapa kerajaan BN seakan-akan tidak sedar bahawa Sabah dan Sarawak selaku 'fix deposit', ada lah bakal penentu komponen parti yang akan membentuk kerajaan selepas PRU13 nanti.
Beliau akhiri ceramah beliau dengan kata-kata, 'Kalau bukan kita siapa lagi dan kalau bukan sekarang bila lagi?'... Disambut dengan sorakan 'Ini kali lah'.
Sumber: Solymone
31 comments:

Seem that he has lost the support or the credential of the people of Sabah? joining hands with the Sarawakian?


Betulkah Jeffrey Kitingan akan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat? Tapi sebelum ini Jeffrey katakan UBF akan menyokong parti tempatan?


Tidak kira apa jua keputusan Datuk Jeffrey dan UBF, diharapakan perjuangan mereka tetap untuk orang Sabah.


Since they are fighting the 20 & 18 Points, maybe that is why the joining hands with Sarawakian.


Adakah JK masih relevan kepada Sabahan? Latar belakang beliau yang selalu lompat parti mungkin akan beri impak negatif. Tetapi terpulang kepada kebijaksanaan rakyat untuk menilainya. Beliau mungkin sudah berubah? Atau sekadar gimik politik?


tidak semua juga janji2 BN tidak dikotakan.. banyak yang telah dikotakan.. sama juga dengan apa yang berlaku di negeri2 yang diperintah oleh Pakatan..


apakah maksud tagline tersebut? tagline tersebut kedengarannya seprti tagline budak2.. apakan tiada tagline lain yang lagi baik.?


apa tagline sekalipun, yang rakyat nak ada pemimpin yang benar2 boleh membela mereka.


sabah dan sarawak akan menjadi penentu pada pru 13...rasanya BN/UMNO memberikan fokus yang lebih di semenanjung berbanding sabah dan sarawak disebabkan selesa dengan gelaran fix deposit.


dan yang pasti, pru13 adalah yang paling getir buat bn khasnya umno...banyak khabar angin telah tersebar mengenai ura2 akan ada beberapa pemimpin/wakil rakyat umno sabah akan keluar parti menjelang pru 13.


kita tunggu dan lihat apa akan berlaku pada pru13.


Konpom popular ni tagline.. Kalah macam di KK. hahhaha


Banyak usaha si DJK ni utk tambat semula hati rakyat. Tapi rasanya susah juga dia mahu mennag hati rakyat ni..


Biasalah ada kes lompat sana sini, jadi tak kisalah kalau sehebat mana pun is perjuangan yang dibuat tapi rakyat masih juga ragu2.


Namun kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Susah juga mahu komen. Politik kan sukar diramal:P


Sekarang ini, semuanya terpulang pada rakyat utk buat keputusan. Jadi buatlah pilihan yang tepat kalau tak mahu menyesal kemudian hari.


Its better for Sabah parties to protect Sabah rights. East Malaysian does not need to follow West Malaysian policies.


Azmin from Pakatan Rakyat wanted Jeffrey to follow their terms if they wanted to cooperate, this does not seem fair.


Berapa banyak la dia mahu tubuh ni. Jangan sampai apa2 pun tidak dapat


saya mahu tengok sejauh banyak impak Ni Kali La pada PRU13


Kebanyakan komen disini menekankan kebencian kepada Dr Jefery. Wal hal isu utama, ia lah sejauhmana kah UMNO/BN telah menangani masaalah rakyat ' Malaysian Borneo (MB)' sejak 48 tahun yang lalu.
Terutama sekali sejak Musa menjadi KM.

Ada kah dengan tiada nya Jeffrey dan pembangkang dalam arena politik, rakyat MB akan lebih maju saperti yang terdapat di semenanjung?

Sepatut nya parti pembangkang tidak perlu ujud kalau semua rakyat berfikiran saperti kebanyakan pengomen disini yang terlalu taksub dengan Musa dan UMNO/ BN... Ala2 kerbau dicucuk hidung disamping menempatkan Musa sebagai Nabi Akhir Zaman.

Realiti nya, rakyat luar bandar maseh miskin dan tidak cukup bantuan untuk memperbaiki kemudahan asas dan kehidupan harian anak2 mereka.

Kalau tidak percaya datang lah ke Tuaran, saya akan bawah kalian meninju pembangunan yang dikatakan banyak telah dibuat oleh kerajaan pemerentah dikawasan yang terpencil.Especially di pedalaman Tamparuli dan Kiulu.

Antara nya;
1) Pengangguran belia bukan nya berkurangan mala bertambah.
2) Tanah Adat dirampas ( permohonan tanah LA tidak diproses ke NT)
3) Jalan2 kg maseh teruk saperti sediakala
4) Bangunan sekolah dan klinik luar bandar banyak yang tidak dinaik taraf
5) YB jarang masuk kg untuk bertanya secara serius masaalah rakyat...Janji hanya tinggal janji

Ini kah sistem kerajaan yang pelawat(pengomen) disini agung2kan dengan membuta tuli.

Justeru kerajaan BN sekarang ada lah 'the best of the best' (terlalu baik) sehinggakan tidak perlu teguran lansung dari sesiapa termasuk pembangkang? kerana mungkin sesiapa yang menegur akan masuk nereka?

Fikir2 kan lah.


Penduduk Sabah sendiri perlu menilai sesuatu perkara. PRU13 penentu untuk memastikan BN Sabah masih untuk mereka.


Kita tengok sampai mana kekuatan JK untuk memastikan dapat disokong oleh rakyat.


apapun, samada parti pembangkang atau kerajaan yang penting perjuangan itu untuk membela nasib rakyat Sabah.


Perjuangan Jeffrey harus mengutamakan rakyat Sabahan juga.


kalau tidak dapat menunaikan janji, lebih baik jgn membuat perjanjian tersebut agar rakyat kecewa dengan kerajaan.


Jeffrey masih berjaya menambat hari orang Sabahan? harus juga memperbaiki prestasi dan imej melompat parti.


Will soon the slogan will spreading around via internet and sms.


The slogan will bring some impact to the people too.


Let see how thing going on to Jeffrey.


BN do bring some development also but Sabah not only like what happen now.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails