Kenyataan akhbar Ketua Menteri pada 6 Disember 2011 yang menyatakan bahawa pembangkang menggunakan RCl sebagai mencari ‘political mileage’ telah mengundang kontroversi. Datuk Eric Mojimbun dari parti SAPP menuduh Musa sebagai tidak bertanggung jawab.kerana kata beliau, Isu masalah pendatang tanpa izin dan isu projek lC adalah satu isu yang dekat di hati rakyat Sabah. Rakyat Sabah telah menunggu berpuluh tahun untuk mengatasi masalah ini. Terbukti bahawa keadaan ini bertambah parah setelah banci penduduk dijalankan pada tahun 2010. Penduduk Sabah bertambah secara mendadak kepada 3.2 juta orang berbanding dengan jiran negeri Sarawak hanya 2.4 juta.
Hampir kesemua parti politik di Sabah termasuk beberapa parti komponan BN telah menyatakan sokongan untuk meminta kerajaan Persekutuan mewujudkan RCl.- Pemuda SAPP telah menjalankan pungutan suara melalui kempen 100 ribu tanda tangan dan Memo tersebut telah diserahkan kepada Perdana Menteri di Parlimen dan juga kepada Ketua Menteri di Dewan Undangan Negeri.
- SAPP juga telah membuat usul RCI di Dewan Undangan
Negeri pada bulan November 2011 tetapi telah ditolak oleh Speaker DUN. - Pada sesi pendengaran awam Parliament Select Committee (PSC), isu RCI juga dibangkitkan untuk membersihkan daftar pemilih. lni menunjukkan bahawa rakyat Sabah sudah satu hati untuk mendesak kepada pihak kerajaan untuk bertindak tetapi apa yang mengecewakan ialah pihak kerajaan tidak melayan dan mengabaikan permasalahan kedaulatan negeri Sabah dan kebimbangan rakyat Sabah.
Justeru Erik mencabar parti Umno untuk membuat pendirian dalam isu RCI dan meminta Ketua Menteri sebagai pengerusi Barisan Nasional dan pengerusi keselamatan dalam negeri membuat pendirian kerajaan negeri dalam hal ini. Pada persidangan Umno baru-baru ini tidak ada seorang wakil Umno dari Sabah yang berucap untuk menyokong pengwujudan RCI.
Kata Erik, kalau isu Teo Beng Hock seorang dan isu peguam Linggam seorang dapat diwujudkan RCI mengapa tidak kepada masalah kedaulatan negeri Sabah dan ancaman pendatang asing yang beratus ribu di bumi Sabah yang secara ‘segera’ dapat Mykad tidak boleh diwujudkan RCI?Pendirian SAPP ialah RCI harus diwujudkan sebelum PRU13 supaya daftar pemilih sekaligus boleh dibersihkan dan orang-orang yang terlibat jenayah projek lC juga harus dibawa kemuka pengadilan mengikut undang-undangan Negara yang sedia ada. Mereka adalah pengkhianat kedaulatan Negara dan khasnya negeri Sabah.



December 8, 2011 9:57 AM
RCI cuma satu penyiasatan untuk projek IC, jika RCI ini ditubuhkan, ia masih tidak dapat menyelesaikan masalah PATI. Ia cuma boleh mengenal pasti masalah tersebut, tindakan masih diperlukan.
December 8, 2011 9:58 AM
Dengar kata V.K Liew, RCI ini mungkin akan diluluskan tahun depan, baik kita tunggu dan lihat bagaimana nanti.
December 8, 2011 10:17 AM
Imagine if you are the CM, what would you say? A big issue that needs a lot of thinking and preparation !!
December 8, 2011 2:43 PM
PCSB
In response to you question; if I am a CM and BN chief in Sabah, I will rather refrain myself from making sensitive statements, pertaining to RCI, PATI or illegal immigrants. Especially concerning forged IC etc.
By right he should support the move by the people and the parliament to sort the PATI problem by whatever mean. This include the forming of RCI or equivalence.
However, Musa has not done anything much for the people of Sabah, so far...In fact he is not even protecting the natives lands right from being taken forcefully by big plantation companies.
On top of that, he doesn't have any clear vision on how to tackle the overall and continous jobless problem burdened by our youths of Sabah.
Other than that I don't much to say
Thanks
December 8, 2011 4:17 PM
keputusan mengena RCI akan diputuskan tahun depan setelah laporan lengkap PSC. ini tak menunjukkan bahawa RCI ditolak. mungkin ia akan diluluskan.
December 8, 2011 4:40 PM
kerajaan harus luluskan sahaja RCI ini jika ingin sokongan padu dari rakyat Sabah di PRU akan datang
December 8, 2011 4:41 PM
kerajaan harus luluskan sahaja RCI ini jika ingin sokongan padu dari rakyat Sabah di PRU akan datang
December 8, 2011 4:41 PM
yang penting masalah PATI ini harus ditangani secepat mungkin sebelum ianya bertambah rumit untuk diselesaikan
December 8, 2011 4:42 PM
isu 'phantom voters' harus ditangani secepat mungkin oleh pihak penguatkuasa yang terlibat sebelum tibanya PRU-13
December 8, 2011 4:42 PM
menggembar-gemburkan isu penubuhan RCI ini oleh kerajaan tanpa tindakan hanya akan menggelirukan rakyat
December 8, 2011 4:42 PM
kerajaan negeri/pusat harus buktikan kepada rakyat bahawa kerajaan
benar-benar prihatin terhadap masalah projek IC dan PATI yang kritikal
di Sabah
December 8, 2011 10:56 PM
Bagi saya pada mulanya permintaan untuk RCI ditubuhkan memang untuk tujuan yang baik, namun lama kelamaan tujuan itu makin 'berkembang'.. huhu
December 8, 2011 10:57 PM
Saya menyokong sepenuhnya penubuhan RCI tapi kalau ia dipolitikan benda baik sebegini akan musnah juga.
December 8, 2011 10:58 PM
Mungkin ada yang tak puas hati dengan statement CM tapi logik fikir sekalipun CM tak salah.. Lihat sajalah sendiri belum pun gov cakap tolak RCI ramai dah yang fikir bukan-bukan.
December 8, 2011 10:59 PM
Tak dinafikan ia agak mencurigakan namun jika hal ini asyik diperbesarkan ia hanya akan mengeruhkan suasana saja.
December 8, 2011 11:00 PM
So kita nantikan saja hasi PSC, amna tau lepas ni RCI ditubuhkan :)
December 9, 2011 8:35 AM
dan amat diharap agar RCI ditubuhkan.
December 9, 2011 2:03 PM
apa yang penting sekarang ini adalah usaha perlu dilakukan dari masa ke masa menyelesaikan masalah pati.
December 9, 2011 2:16 PM
semasa YTL menduduki kerusi ketua menteri Sabah, adakah pendirian beliau pada waktu itu sama dengan pendirian beliau dan juga pemimpin2 SAPP hari ini?
December 9, 2011 2:20 PM
jika sewaktu YTL memegang kerusi ketua menteri Sabah, beliau tidak mempunyai kesungguhan untuk menyelesaikan projek IC di Sabah sedangkan masalah itu sudah wujud pada waktu itu, bermakna memang betullah kata2 MA bahawa kesungguhan pembangkang untuk menyelesaikan masalah ini hanyalah gimik politik.
December 9, 2011 4:15 PM
Harap2 keputusan Najib mengenai RCI dapat mengembirakan rakyat Sabah.
December 9, 2011 4:19 PM
marilah kita lihat sendiri apa yang pembangkang telah lakukan untuk selesaikan isu PATI ni. kalau benar bukan sekadar gimik politik, sama2lah untuk perjuangkan tuntutan penubuhan RCI dan usaha penyelesaian PATI secara berterusan tanpa mengikut 'musim'.
December 9, 2011 4:21 PM
Tidak bertanggungjawab atau itu adalah kebenarannya.
December 9, 2011 7:27 PM
Isu yang sensitif untuk semua natives Sabah saperti kes PATI atau pun PTDI(pendatang telah diizinkan) ada lah tersangat-sangat serius untuk difikirkan bersama tanpa mengira perbezaan idelogi politik dalam jangka masa yang panjang.
Dengan mempertahankan kritikan Musa terhadap RCI dan disebalik nya mempersalahkan YTL kerana pernah menjadi KM selama 2 tahun bukan lah satu resolusi yang bijak untuk semua.
Kalau difikirkan, kes ini bukan nya isu politik sembarangan yang hanya diperhangatkan kerana semata-mata bertujuan memancing undi. Realiti nya masaalah ini ada lah komplek dan tanggung jawab semua Pati politik di Sabah.
Saya pun kurang pasti apa kah disebalik kritikan Musa terhadap penubuhan RCI ini. Atau pun selaku seorang Sabahan yang perihatin, Musa mungkin mempunyai satu formula yang lebih berkesan untuk menangani PATI, Projek Mykad dan sebagainya?
Pasti nya kita semua tidak sabar-sabar menunggu pengumunan Musa itu nanti...Itu pun kalau ada atau hanya sekadar gimik juga dari Musa.
December 9, 2011 11:06 PM
Bung menyatakan bahawa tidak perlu RCI untuk menyiasat projek IC tetapi kementerian2 berkenaan harus komited untuk menjalankan tugas mencari jalan untuk membasmi pendatang asing di sabah khasnya PATI..mungkin ini hanya pendapat Bung seorang..
December 9, 2011 11:08 PM
sama ada tidak bertanggungjawab atau tidak, mungkin ianya hanya pandangan peribadi musa aman..tidak semestinya mengambarkan pendirian kerajaan negeri dan BN sabah..kerana seperti yang kita tahu parti2 komponen BN sabah seperti UPKO dan PBS menyokong kuat penubuhan RCI..
December 9, 2011 11:09 PM
VK Liew juga ada menyatakan bahawa kerajaan hanya akan membuat keputusan sama ada perlu RCI atau tidak untuk menyiasat projek IC di sabah pada tahun depan..iaitu selepas PSC menyerahkan laporan penuh..
December 9, 2011 11:11 PM
dan amat diharapkan agar RCI ditubuhkan untuk menyiasat projek IC..sama ada gimik politik atau tidak, akan kita ketahui nanti..
December 9, 2011 11:12 PM
dan diharapkan para pengundi akan memilih dan mengundi dengan bijaksana pada PRU akan datang..
December 10, 2011 12:09 AM
but we still can't deny that the opposition do love using the RCI matter to create controversy.
December 10, 2011 12:10 AM
I hope the opposition is really sincere in dealing with the project ic and not just an act to get the people support.
December 10, 2011 1:12 AM
Jason
Unlike governing party like Barisan Nasional (BN), the opposition is just a coalition of parties with no executive power and public funding to spend. They can only talks and talks... So there is nothing much they can do to help the people materially speaking.
Therefore they shouldn’t be totally blame for talking because talking is their only tool that they have to reach people. Where as, the governing parties have every things at the tips of their fingers.
Actually even if we don't bother listening to the opposition, there is nothing much they can do about it. In simple words, they have nothing.
In fact if the government is really doing their jobs especially the CM, we don’t need any opposition to muddle in cases like RCI etc.
On the other hands, Musa as a head of the Government in Sabah should direct all the component parties in BN to work with him so sort out the illegal immigrant problems in Sabah once and for all.
Instead from what we heard or read, he and his friends in Sabah UMNO, skeptically goes against a mean to resolve the PATI problem through RCI? Why? Does it mean that he have a better alternative formula as an ultimatum to resolve this damn and complex problem? Or may be he has his own an hidden agena instead?
On the same token, does it means that all the oppositions and what they say are evil and deserve to go to hell? In other words, BN are the only good guys and whether what they did are right or wrong, they are always going to heaven and all the people who votes for them are also going to heaven with them? I wonder !!!
December 10, 2011 3:38 PM
RCI harus ditubuhkan untuk mengenalpasti masalah PATI ini.
December 10, 2011 3:39 PM
Jika tidak menubuhkan RCI untuk menyelesaikan masalah PATI, sudah pasti ramai akan melompat pati untuk menunjukkan ketidak puasa hati dengan kerajaan.
December 10, 2011 3:40 PM
PRU tidak akan bersih jiak masalah undian hantu tidak dikenal pasti dan diselesaikan.
December 10, 2011 3:43 PM
JPN & SPR should bare for the responsibility. They are given the ID to those illegal immigrants, given them right to vote.
December 10, 2011 3:45 PM
Its all depends on federal decision now. Im sure BN will do brilliant decision about the PATI issues.
December 13, 2011 1:15 PM
Apa yg penting, masalah PATI ini dapat di selesaikan dengan segera..
Post a Comment