SUARA BEBAS TUARAN

Keputusan PRU13 Bakal DiTentukan Oleh Pengundi Hantu?


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng beranggapan keputusan pilihan raya umum akan datang akan ditentukan oleh ‘pengundi hantu’.
"Kalau kita tidak bercakap mengenai hantu, kita akan dihantui dengan keputusan pilihan raya yang tidak mencerminkan kehendak rakyat. Amat bahaya jika cadangan PSC tidak dilaksanakan,” katanya pada wacana anjuran akhbar Sinar Harian yang berjudul ‘PRU-13: Undi siapa jadi penentu’ di Shah Alam, kelmarin.
  • Lim, yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang berkata jika ‘pengundi hantu’ itu ditangkap kuasa sebenar adalah pengundi di Sabah dan Sarawak.
  • "Mereka akan tentukan sama ada kita boleh dapatkan angka ajaib - 112 (bagi majoriti di Parlimen),” katanya.
  • Selain Lim, anggota lain pada panel lima anggota hari ini adalah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Presiden parti KITA Datuk Zaid Ibrahim dan pensyarah pengajian media Universiti Malaya Prof Abu Hassan Hasbullah.
Sumber: SabahKini
12 comments:

JPN perlulah memastikan pendaftaran pengundi adalah tepat dan bersih sebelum PRU-13.


Harap kita boleh melihat PRU-13 yang adil, bersih tanpa berat sebelah. SPR perlulah memastikan perkara ini.


Harap syor2 PSC akan dapat membantu dalam penambahbaikan pilihran raya kelak. Terutamanya dalam menangani masalah pengundi hantu.


Harap2 parlimen akan meluluskan syor2 demi penambahbaikan sistem pilihanraya yang akan menentukan nasib rakyat dan nasib parti memerintah.


SPR kena pastikan tiada lagi pengundi hantu wujud dalam pilihanraya. kena pastikan senarai pengundi tiada masalah


40,000 pengundi diragui telah dikenalpasti oleh SPR oktober lalu. pastikan perkara2 seperti ini telah diselesaikan bila menjelang PRU nanti. samada penggunaan dakwat kekal atau sistem biometrik, pastikan tiada penyelewengan dan manipulasi.


di Sabah saya risau ada antara PATI/warga asing yang akan keluar mengundi nanti. jangan pula Sabah jadi fixed deposit sebab kehadiran PATI warga asing yang dapat IC melalui Projek IC.


Jika benar wujudnya pengundi hantu, apa gunanya pengundian diadakan kalau keputusannya sudah ditentukan? Mana hak rakyat tulen yang sebenar?


selagi pakatan tidak berjaya merampas kerajaan selagi itu mereka akan nafikan kelemahan mereka dengan menimbulkan isu pengundi hantu..


Rebirth

Kurangkan sifat membenci sehinggakan komen kamu lari dari tajuk yang dipaprkan.

Dalam artikel ini kita bukan membincangkan soal kekuatan atau kelamahan pembangkang tetapi benar kah pengundi hantu ujud sehinggakan mengubah keputusan PRU13 nanti...Matang lah sikit bro?


PSC dan SPR akan memastikan nama yang mencurigakan itu akan disiasat sepenuhnya. SPR telah mengesan nama-nama yang mencurigakan sebagai seorang pengundi.


PSC dan SPR akan memastikan nama yang mencurigakan itu akan disiasat sepenuhnya. SPR telah mengesan nama-nama yang mencurigakan sebagai seorang pengundi.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails