
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata kerajaan negeri di seluruh Malaysia maseh berhutang kepada kerajaan perseketuan sebanyak RM82.5 billion.Pinjaman dari negeri-negeri tersebut bagi tahun 2006 adalah RM14.870 bilion, 2008 (RM17.767 bilion), 2009 (RM18.155 bilion) dan RM15.565 bilion tahun lepas.
- katanya, ketika menjawab soalan daripada Senator Dr . S. Ramakrishnan di Dewan Negara hari ini, pinjaman yang disalurkan kepada kerajaan negeri ada lah bertujuan untuk projek-projek pembangunan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan ini bekalan air bersih yang termasuk, perumahan kos rendah, sistem pelupusan kumbahan dan penyediaan infrastruktur untuk industri.
- Awang Adek berkata antara langkah-langkah yang diambil untuk mendapatkan kembali hutang tersebut ia lah dengan mengeluarkan notis peringatan enam bulan sebelum pinjaman matang serta notis dua bulan sebelum tempoh matang kemudahan.
- Beliau berkata kegagalan untuk membayar balik pinjaman akan menyebabkan pinjaman baru ditahan sehingga negeri-negeri berkenaan serahkan jadual pembayaran balik atau meminta untuk penyusunan semula pinjaman.
- Beliau menambah bahawa potongan juga akan dibuat kepada geran tahunan kepada negeri-negeri sebagai satu cara untuk mendapatkan semula hutang.



December 21, 2011 10:48 AM
Hutang ini daripada semua negeri di Malaysia?
December 21, 2011 10:52 AM
Diharap bajet 2012 yang besar tu dapat penampung keperluan projek2 pembangunan dan sebagainya. Peruntukan projek2 harus diteliti dan digunakan sebaik mungkin. Perancangan dan pengurusan harus bijaksana supaya tiada out of budget.
December 21, 2011 1:09 PM
Sabah dan Kelantan antara yang termiskin di Malaysia tapi mujurlah hutangnya paling sedikit.
December 21, 2011 1:46 PM
itu adalah jmlah hutang seluruh negeri kepada kerajaan persekutuan. bagimanapun, Sabah adalah negeri yang mempunyai rekod hutang yang sedikit dan paling baik konsisten dalam membayar hutang.
December 21, 2011 2:26 PM
Harap hutang negeri semakin berkurang dan peruntukan2 harus pandai rancang peruntukan projek tidak terkeluar dari bajet.
December 22, 2011 9:37 AM
Kalau tak silap aku, Sabah adalah salah satu antara negeri yang mampu membayar balik kebanyakan hutang Kerajaan Persekutuan.
December 22, 2011 11:05 AM
Nasib baik Sabah bukan di ranking top. Kepimpinan yang baik mampu membawa kemajuan kepada sesebuah negeri tanpa perlu berhutang dengan banyak.
December 22, 2011 12:00 PM
rasanya kerajaan negeri Sabah tidak mempunyai masalah untuk membayar semula hutang itu..
December 22, 2011 12:39 PM
Berasaskan cukai yang dikutip oleh kerajaan perseketuan dari sabah ia itu lebih kurang 15 billion setahun, sepatut nya Sabah tidak berhutang lansung.
Namun dari agihan wang tersebut Sabah hanya mendapat RM2 billion setahun?
Justeru, kalau dinaikan agihan tersebut kepada RM4 billion setahun, bermakna Kerajaan Perseketuan yang berhutamg sebanyak (RM4 bil-RM 0.7 bil) RM3.7 billion dari Sabah...itu logik nya.
Persoalan nya, bila lagi kerajaan perseketuan kaji semula untuk menaikkan kadar agihan tersebut? Setelah memenangi PRU13 kah?
Fikir-fikirkan lah
December 24, 2011 10:29 AM
Memang Sabah dan kelantan yang paling kurang berhutang. Sabah tetap yang terbaik dalam pengurusan kewangan dan ekonomi.
Post a Comment