SUARA BEBAS TUARAN

Kerajaan Sabah Salah Gunakan Kuasa Imigresen?

The United Borneo Front (UBF) merasakan keputusan untuk mengharamkan aktivis Harris Ibrahim daripada memasuki negeri ini adalah satu penyalahgunaan kuasa imigresen.
Dalam satu kenyataan, pengerusi UBF, Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata ia adalah keputusan keterlaluan Ketua Menteri, Datuk Seri Aman Aman untuk mengharamkan Presiden Pergerakan Hak Assasi Manusia Malaysia (MCLM) kerana kononnya menjadi ancaman keselamatan kepada negeri ini. Namun musa gagal menghuraian selanjutnya.
  • "Harris hanya seorang aktivis yang menggalakkan kebebasan sivil dan kebebasan untuk bersuara berlandaskan peraturan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
  • Oleh itu, berapa banyak ancaman yang dia boleh buat untuk negeri ini? Apakah gerakan untuk menegakkan demokrasi juga satu ancaman? " kata nya.
  • Beliau berkata bahawa dengan mengharamkan Harris, Musa sebenarnya membuktikan bahawa Kerajaan Negeri takut bayang-bayang sendiri, disamping membuktikan bahawa kerajaan tidak mempunyai kuasa imigresen.
  • "Oleh kerana Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa jitu, maka ia tidak sepatutnya menghalang kehadiran seorang warga negara yang hanya menggalakkan kebebasan awam.
Disebaliknya membiarkan pendatang tanpa izin (PTI) keluar masuk negeri ini. Sedangkan mereka ada lah dalang sebenar nya yang menjadi ancaman kepada keselamatan di negeri ini," kata nya
Jelas sekali, Kerajaan Negeri menumpukan keutamaan kepada sasaran yang salah. Justeru, kita boleh tafsirkan bahawa ini adalah disebabkan kepentingan politik dan bukannya untuk kepentingan rakyat secara keseluruhannya, kata Jeffery.
Sumber: SabahKini
9 comments:

Sabah mempunyai kuasa dalam immigresen, penahanan Harris dari memasuki sabah adalah untuk mengelakkan dia dari membawa pengaruh luar ke Sabah yang tidak sesuai dgn budaya kita.


Sekiranya orang untuk bakal mendatangkan / menimbulkan hura-hara baik dihalang masuk Sabah. Dia tidak masuk pun sudah kecoh apa lagi kalau masuk, Ntah apa jadi.


Kuasa imigresen ini wajar digunakan untuk menyekat kemasukan pendatang tanpa izin dan juga mereka yang disyaki sebagai pengganas.


Bukan pertama kali Harris Ibrahim ini disekat memasuki sesuatu negeri, sebelum ini beliau juga pernah disekat daripada memasuki Sarawak.


kuasa imigresen itu memang tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. dalam kes Haris ni memang wajarlah imigresen buat sekatan kalau kedatangan beliau boleh mengancam keselamatan.


adakah demonstrasi jalanan tersenarai dalam perlembagaan persekutuan??


tidak adakah pemimpin2 politik atau NGO di Sabah yang layak memberikan kesedaran tentang kebebasan awam di negeri ini? kenapa perlu mengagung2kan orang luar sedangkan SAPP sering mempertikaikan kesungguhan orang atau parti luar??


Benarkah apa yang dikatakan mengenai halangan Harris masuk Sabah?Tapi pasti ada sebab kenapa Harris dihalang bukan. Mungkin Harris membawa pengaruh negatif kepada penduduk Sabah.

bayausbh.blogspot.com


Praktikkanlah tindakan tegas ini terhadap kemasukan PATI ke Sabah.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails