Menurut pandangan seorang aktivist politik dari Pas, rakyat Malaysia kecoh dengan pemberian wang sebanyak RM 100 dan juga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM 500. Ada yang datang seawal pagi lagi menunggu di hadapan pejabat kerajaan hanya untuk mendapatkan borang bantuan tersebut.Menurut altivist tersebutselanjutnya, bantuan RM100 kepada setiap pelajar Sekolah seharusnya diberi secara systematic atau yang lebih baik lagi kerajaan memberi bantuan buku teks atau pun buku latihan percuma kepada setiap pelajar sekolah yang berkenaan.
Justifikasinya adanya bantuan buku teks/latihan percuma ibu bapa dan pelajar tidak perlu lagi berebut-rebut untuk mendapat borang tersebut. Apabila buka saja sesi persekolahan tahun hadapan pelajar sudah sedia dengan buku teks/latihan tersebut tanpa perlu membeli di kedai-kedai buku dengan ini dapat mengelakkan penyalahgunaan wang sebanyak RM100 kepada pelajar tersebut.- Begitu juga dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM 500 sepatutnya diberi secara berkelompok kepada setiap daerah supaya penduduk yang sepatutnya layak menerima tidak perlu berebut-rebut untuk mendapat BR1M tersebut seperti yang berlaku sekarang.
- Mungkin ada penduduk dari luar Bandar dan juga dari pendalaman terpaksa berbelanja besar semata-mata untuk mendapat RM 500. Adalah tidak berbaloi hanya untuk mendapat BR1M terpaksa mengeluarkan lebih belanja dari mendapat BR1M tersebut.
- Pada pandangan aktivist tersebut, pemerintah yang bakal memerintah akan datang perlu mengambil semua aspek perancangan dengan teliti sebelum sebarang perancangan dilaksanakan. Akibat perancangan yang tidak teratur dengan baik mengakibatkan rakyat jadi kecoh dan kelam kabut hanya untuk mendapat sedikit bantuan dari pihak pemerintah.
- Juga disarankan agar segala bantuan tersebut seharusnya diberi kepada mereka yang betul-betul layak dan bukan hanya kepada golongan tertentu saja. Bantuan RM100 sepatutnya digantikan dengan buku teks/latihan percuma dan BR1M adalah lebih baik digantikan dengan sijil simpanan memandangkan bantuan tersebut berbentuk 'hanya sekali' atau 'once off'.
Perkara ini perlu diambil perhatian oleh pihak pemerintah dan jangan jadikan rakyat sebagai mangsa akibat pengurusan yang tidak cekap, kata nya.
Hanya kerajaan yang benar-benar ikhlas dan perihatin saja yang akan memberi bantuan kepada rakyat dalam jangka panjang bukan hanya bersifat sementara dengan agenda tertentu saja. Kepada kerajaan yang bakal memerintah dan memimpin pada masa hadapan perlu mengambil kira kebajikan rakyat secara menyeluruh tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.



December 16, 2011 9:22 AM
Setuju bahawa bantuan buku teks dan buku latihan percuma patut disediakan daripada memberikan bantuan kewangan.
December 16, 2011 9:24 AM
Baik kerajaan menyediakan pendidikan percuma kepada semua para pelajar dalam negeri, subsidi yuran sekolah, baju seragam, buku teks, buku latihan, alat tulis, beg sekolah percuma kepada semua.
December 16, 2011 9:47 AM
Pengurusan yang teratur amat penting untuk melancarkan setiap program dan agar setiap yang layak mendapatkanya tanpa mengalami kesulitan.
Jemput:
U Say Bah, I Say Bah. Sabah Bah......
December 16, 2011 9:48 AM
Harap kerajaan memberi bantuan secara berterusan dan kosisten.
December 16, 2011 10:33 AM
saya paling tak suka bersesak2 dan berebut2 ketika berurusan. pemberian bantuan ni buatlah secara terurus dan sistematik supaya tidak berlaku kesesakan.
December 16, 2011 10:38 AM
bantuan harus sentiasa diberikan kepada rakyat.
December 16, 2011 10:38 AM
selepas bantuan itu diberi mungkin kerajaan perlu mengkaji semula samada bantuan RM100 dan RM500 itu benar2 berkesan.
December 16, 2011 12:33 PM
Terima kasih kerajaan. Selain SKIM PINJAMAN BUKU TEKS yg telah lama dipraktikkan, bantuan kewangan ini byk membantu ibu bapa.
Harap ibu-bapa2 BIJAK dlm menguruskan bantuan ini agar ianya benar2 memberi manfaat pada keluarga.
December 16, 2011 3:33 PM
Dan lagi bertambah kecoh bila bantuan ini dijadikan isu sebagai membeli undi rakyat. Siapa2 yang layak patut ambil bantuan itu. Undi tetap rahsia juga.
December 19, 2011 9:00 AM
bukankah kerajaan telah menyediakan bantuan buku teks secara percuma??
December 19, 2011 9:02 AM
setahu saya isu bantuan ini bukannya kecoh disebabkan rakyat berebut untuk mendapatkannya, tetapi kecoh disebabkan ada pihak yang mempolitikkan bantuan ini..
December 19, 2011 10:36 AM
terukan memberikan bantuan kepada rakyat. Harap dengan bantuan ini akan dapat mengurangkan beban kepada mereka yang memerlukannya.
December 19, 2011 10:36 AM
terukan memberikan bantuan kepada rakyat. Harap dengan bantuan ini akan dapat mengurangkan beban kepada mereka yang memerlukannya.
Post a Comment