
Ketua Zon Pedalaman merangkap Penyelaras Parlimen P.180 Keningau, Thomas Anggan berkata Parti Kita telah bersedia di semua kawasan pedalaman iaitu Tenom, Pensiangan dan Keningau.
- Mantan Wakil Rakyat Bingkor itu memberitahu, calon-calon yang berpotensi telah dikenal pasti oleh kepimpinan parti itu yang akan mencabar calon-calon lawan pada pilihanraya yang akan datang.
- Bagaimanapun Thomas enggan mendedahkan nama bakal calon tersebut yang hanya akan diumumkan apabila tiba masa yang sesuai.
- “Kita tidak akan berpakat dengan mana-mana parti pembangkang dan Presiden Kita (Zaid Ibrahim) juga memberi restu untuk Kita bertanding di kesemua kawasan Parlimen dan Dun di pedalaman,” kata Thomas selepas mempengerusikan mesyuarat persediaan majlis Pemimpin Bersama Ahli dan Pelancaran Parti Kita yang akan diadakan pertengahan bulan Disember ini.
Thomas berkata, Parti Kita adalah parti yang komited kepada rakyat dan merupakan landasan kepada rakyat di pedalaman yang masih terpinggir di bawah kerajaan yang ada.Kita akan memainkan peranan penting di kawasan pedalaman dan menyuarakan isu-isu yang penting untuk masa depan masyarakat di pedalaman, kata Thomas.
Katanya, Kita juga menuntut perjalanan pilihanraya yang bersih, adil dan tidak ada penipuan.



December 4, 2011 12:16 AM
demokrasi masih "subur"
December 7, 2011 9:30 AM
Harap KITA akan membuktikan dulu bahawa mereka ada kemampuan untuk memimpin dan membawa transformasi.
December 7, 2011 9:31 AM
Tidak kira bagaimanapun, adalah kebebasan untuk parti mereka untuk menanding beberapa kerusi yang mereka hendak. Tapi keputusan tetap terletak dalam tangan rakyat. Kita tunggulah dan lihat samada mereka berjaya mendapatkan sokongan daripada rakyat bila PRU-13.
December 7, 2011 10:57 AM
KITA kena lebih realistik dengan pengaruh dan sokongan yang mereka ada di Sabah.
December 7, 2011 10:58 AM
Tidak salah untuk KITA bertanding tapi mereka kena sedia dari segi mental untuk menerima keputusannya nanti.
December 7, 2011 11:07 AM
Kita masih baru di Sabah, kena bersaing dgn byk parti yang lebih dikenali, mgkin laluan Kita sukar di Sabah.
December 7, 2011 11:48 AM
tidak salah untuk parti KITA bertanding di Sabah, tapi bagi saya tindakan itu hanya membazir masa dan wang ringgit. memandangkan KITA masih baru, kenapa tidak fokus saja di tempat sendiri?
December 8, 2011 9:34 AM
Saya tak pernah dengar tentang KITA di Sabah sebelum ini. mungkin juga sama seperti Gerakan yang mahu mencuba nasib di Sabah. nampaknya makin sengitlah PRU tahun ni.
December 8, 2011 1:25 PM
Tidak ada larangan untuk KITA bertanding..
Post a Comment