Pengerusi Sedcovest Holdings Sendirian Berhad, Datuk Awang Sham Amit berkata ramai usahawan bumiputera bijak bertindak merancang perniagaan secara teori, bagaimanapun gagal dari segi praktikal.Kekurangan ilmu pengetahuan dalam bidang keusahawanan dikenal pasti antara kelemahan di kalangan kontraktor bumiputera.Punca kegagalan kebanyakannya lebih dipengaruhi oleh kelemahan mengurus selain sikap peniaga itu sendiri.
Dan berdasarkan satu kajian yang dijalankan terhadap usahawan bumiputera yang terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan, mendapati 91 peratus kegagalan golongan itu akibat dari kelemahan pengurusan sama ada mentadbir, masalah peribadi, kecuaian dan penipuan, kata beliau.
- “Lebih ketara adalah kelemahan dalam pengurusan kewangan iaitu 43 peratus yang meliputi penyediaan akaun terutama perbelanjaan kewangan tanpa sempadan,”katanya.
- Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Kursus Kontraktor Bangunan di Sanbay Hotel di sini, kelmarin. Seramai 37 peserta mengikuti kursus anjuran Sedcovest Holdings yang diadakan selama tiga hari itu.
- Menurut Awang Sham, kelemahan dalam menguruskan perniagaan merupakan satu isu yang kritikal.
- Oleh itu, katanya, meskipun mendapat pelbagai sokongan, bantuan kerajaan atau pinjaman dan bantuan kewangan, ia tidak membawa erti sekiranya tiada kemampuan mengurus perniagaan secara cekap.
Tambahnya, meskipun ramai kontraktor bumiputera telah berjaya, tetapi masih ada juga segelintir mereka yang bersikap mahu cepat kaya.Apabila mereka diberikan lesen tetapi ia dijual dan mengharap mendapat kontrak hanya untuk keuntungan atas angin, jelasnya.



December 13, 2011 3:19 PM
nampaknya para kontraktor tempatan perlu lebih byk belajar dari segi praktikal, jgn terlalu tumpukan pada teori sahaja.
December 13, 2011 4:25 PM
Harus ikut kursus untuk memantapkan lagi segala kelemahan.
December 14, 2011 1:58 PM
Harap mereka akan mempertingkatkan kemahiran mereka dalam segi praktikal. Walaupun perancangan adalah penting, tapi tidak berguna jika tidak dipratikalkan.
December 14, 2011 1:59 PM
Harap melihat kontraktor bumiputra menjadi lebih berkemampuan dalam bidang mereka itu.
December 14, 2011 2:13 PM
kontraktor tempatan perlu banyakkan belajar secara praktikal dan mungkin kongsi dari pengalaman2 kontraktor yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan.
December 14, 2011 2:29 PM
usaha untuk meningkatkan kemampuan dan memperbaiki kelemahan perlu dilakukan seperti mendapatkan nasihat, bimbingan atau mengikuti kursus tertentu.
December 15, 2011 9:44 AM
biasanya objektif utama kontraktor adalah untuk mengaut keuntungan sebanyak mungkin. bidang kontraktor lebih kepada aspek perniagaan dan amat bergantung kepada sistem pengurusan yang cekap, berkesan dan efisien. Di Malaysia, kemahiran perniagaan majoriti dikuasai oleh kaum bukan bumiputera. penglibatan kontraktor bumiputera dalam industri pembinaan merupakan satu cabaran bagi kaum bumiputera untuk bersaing dengan kaum bukan bumiputera.
December 15, 2011 9:49 AM
rasanya kaum bumiputera belum berpengalaman luas dan cekap dalam bidang pengurusan perniagaan berbanding kaum bukan bumiputera. kebanyakan kontraktor bumiputera tidak dapat menyelesaikan masalah menyelesaikan hutang, menjadi bankrap dan tidak dapat menghadapi krisis seperti ketika 1997/98. mungkin perlu ada satu kajian mengenai masalah2 yang dihadapi oleh kontraktor bumiputera.
December 15, 2011 10:21 AM
Itulah kebenarannya. Merancang mudah tapi sudah melakukannya itu yang menghadapi kegagalan.
bayausbh.blogspot.com
December 15, 2011 10:23 AM
Maka berikanlah kontraktor bumiputera lebih kepada praktikal bagi memastikan mereka ini dapat menjalankan apa yang dirancang.
bayausbh.blogspot.com
December 15, 2011 1:33 PM
Kesimpulannya, tiada benda yang senang kalau mahu berjaya. Determination kena kuat. Failure is part of the journey to succeed. Must be strong to bounce back.
Post a Comment