
Seorang lelaki yang berhasrat untuk mendaftarkan namanya sebagai pengundi terkejut apabila mendapati nombor kad pengenalannya telah didaftarkan atas nama individu lain.Lelaki berkenaan yang berusia 38 tahun dan kini menetap di Petaling Jaya, Selangor berkata, sebaik beliau melakukan semakan di laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati nombor kad pengenalannya telah didaftarkan sebagai pengundi di Kuala Krai, Kelantan.
Lebih menimbulkan tanda tanya apabila nama individu yang tertera dalam senarai itu, dipaparkan sebagai Zulkifly Mohamed Yusof dan turut meletakkan status jantinanya sebagai perempuan.
Perkara berkenaan didedahkan ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong, ekoran lelaki berkenaan ke Pejabat Pusat Perkhidmatan DAP Melaka berhubung masalah itu.- Menurut Khoo, ketika semakan pada laman rasmi SPR, didapati nombor kad pengenalan lelaki berkenaan didaftarkan sebagai seorang pengundi di Kuala Krai, Kelantan, dengan menggunakan nama 'Zulkifly Mohamed Yusof,' sedangkan lelaki itu mendakwa tidak pernah menetap di Kelantan.
- "Apabila mendapati nombor kad pengenalan barunya telah didaftarkan, kami memeriksa nombor kad pengenalan lamanya pula kerana memikirkan ini mungkin satu kesilapan.
- "Bagaimanapun, nombor kad pengenalan lamanya juga turut didaftarkan atas nama orang berkenaan," katanya.
Khoo berkata, satu aduan rasmi telah dibuat semasa pertemuannya dengan pegawai SPR Melaka bagi membolehkan SPR menyiasat perkara berkenaan."SPR perlu menyiasat dan memperjelaskan bagaimana perkara ini boleh berlaku.
"Pada masa sama, saya juga menyarankan kepada semua pengundi berdaftar supaya memeriksa daftar pemilih yang terbaru bagi memastikan nama mereka masih ada," katanya.
Sementara itu, seorang jurucakap SPR, ketika mengesahkan laporan berkenaan, berkata, satu siasatan akan dijalankan sebelum sebarang tindakan susulan diambil.



December 3, 2011 8:21 AM
Diharapkan masalah pendaftaran pemilih ini boleh diselesaikan oleh SPR sebelum PRU-13 diadakan.
December 3, 2011 8:21 AM
Pastikan pendaftaran pengundi ini adalah tepat dan bersih.
December 3, 2011 8:42 AM
nampaknya ada masalah dalam senarai daftar pemilih, SPR kena memberi penjelasan dan memgemaskini senarai daftar pemilih mereka. pastikan tidak wujud masalah seperti ini lagi.
http://nungkok.blogspot.com/
December 3, 2011 9:14 AM
bagaimana boleh timbul hal seperti ini, hal ini pasti akan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap SPR.
December 3, 2011 9:46 AM
Banyak lagi kelemahan yang harus diperbaikki oleh SPR.
December 3, 2011 9:49 AM
Kepada yang belum lagi menyemak status mengundi mereka, adalah disarankan untuk berbuat demikian. Ini adalah untuk mengelak berlakunya kejadian seperti ini.
December 3, 2011 9:51 AM
sudah terang2 nama lelaki, kenapa letak jantina perempuan.. memang jelas la wujud penipuan..
December 3, 2011 9:54 AM
saya harap spr akan menyiasat dan memperbetulkan kesilapan ini secepat mungkin.. kemaskini semua daftar pemilih.. seperkara lagi, kenapa pengadu tidak rujuk terus dengan spr untuk dapatkan penjelasan??
December 3, 2011 10:14 AM
sebarang isu yang berlaku haruslah disiasat untuk mengetahui kebenarannya dan tindakan yang bersesuian dapat diambil.
December 3, 2011 11:00 AM
Senarai daftar pengundi harus dikemas kini dan dibersihkan daripada pengundi hantu. Mengundi adalah hak dan suara rakyat. Seharusnya hak itu terjaga daripada sebarang manipulasi.
December 3, 2011 12:01 PM
Macam mana nombor kad pengenalan didaftarkan atas nama orang lain? SPR, JPN perlu siasat dan beri penjelasan.
December 5, 2011 11:54 AM
Perkara sebegini perlulah disiasat sebaiknya.
Post a Comment