
Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, PAKATAN pembangkang tidak mahu memberi laluan kepada generasi muda untuk mengambil alih kepimpinan mereka. Ini jelas terbukti daripada kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam yang mengesahkan akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.Menurut Mohd Shafie, pendirian Nik Abdul Aziz, 80, ini bertentangan dengan langkah Barisan Nasional (BN) yang bersedia meletakkan lebih ramai calon muda dalam pilihan raya umum akan datang.
BN sudah bersetuju untuk mengetengahkan calon muda supaya dapat menjadi barisan pelapis kepada kepimpinan yang sedia ada, katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek bekalan air luar bandar di Kampung Kuala Sibuti di Miri.- Katanya hanya rakyat yang akan dapat menentukan sama ada akan terus menyokong pemimpin yang sudah berumur ataupun memilih mereka yang lebih muda.



December 13, 2011 4:17 PM
Kasi keluar la tu muda-mudi agar ada pelapis, idea2 dan corak kepimpinan yang lebih mantap dan sesuai pada zaman ini.
December 14, 2011 11:33 AM
golongan muda harus diberi peluang, mereka adalah pelapis kepimpinan negara.
December 14, 2011 1:48 PM
Generasi mudah sepatutnya digalakkan bertanding dan diberikan peluang untuk membuktikan kebolehan diri.
December 14, 2011 1:49 PM
Sudah tiba masa untuk memberi jalan kepada generasi muda, pemimpin yang berpengalaman perlulah memberi bantuan dan didikan kepada orang baru.
December 14, 2011 2:32 PM
terpulanglah pada pembangkang. masing2 ada strategi untuk berjuang. nanti kita lihat hasilnya.
December 15, 2011 10:09 AM
biarlah mereka dengan cara mereka.. jika dengan cara itu mereka mampu mendapatkan sokongan, teruskan saja..
December 15, 2011 10:38 AM
Pembangkang masih tidak yakin dengan golongan muda untuk mewakilkan mereka. Sampai bila peluang untuk generasi muda disekat. Seharusnya peluang diberikan kepada mereka supaya mereka dapat mencari pengelaman dan sebagainya.
bayausbh.blogspot.com
December 15, 2011 1:46 PM
Setiap parti ada strategi masing2. Kalau mereka masih mahukan Nik Aziz, biarkanlah. Tetapi masih diharap supaya lebih banyak golongan muda tampil menjadi calon baru pada PRU13 ini.
Post a Comment