
Nampak nya aktiviti mecuri kabel bukan sahaja beroperasi di Sabah. Kerana baru-baru ini di negeri Sarawak Pencuri kabel semakin berani apabila menjadikan kabel bawah tanah sebagai sasaran terbaru kegiatan haram mereka di Bandar Sibu.Dalam kejadian yang dikesan oleh para juruteknik Telekom Malaysia (TM), kabel tembaga bawah tanah yang dianggarkan sepanjang 150 meter telah ditemui hilang di kawasan Kampung Bahagia Jaya, Teku dekat sini pagi Jumaat lepas.
- Menurut seorang sumber yang enggan namanya disiarkan, kehilangan kabel bawah tanah tersebut telah menyebabkan ramai pengguna internet merungut kerana internet tidak berfungsi sejak beberapa hari sebelum itu.
- Katanya, kawasan Teku di sini menempatkan pelbagai jenis bidang perindustrian terutama limbungan kapal selain kawasan-kawasan kediaman.
- Katanya, masalah kecurian kabel sering berlaku di kawasan yang agak jauh dari bandar seperti di kawasan Teku kerana kurang pengawasan atau rondaan dilakukan pihak berkuasa.
- “Pencuri-pencuri kabel pula semakin pandai mencari rezeki haram sekarang, kalau dahulu modus operandi mereka ialah memotong kabel yang berada di atas tiang, kini kabel bawah tanah pula menjadi sasaran mereka,” katanya.
- Beliau berharap pihak berkuasa seperti polis atau para anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang telah diserapkan menjadi anggota sukarelawan polis (PVR) mengadakan rondaan yang lebih kerap di kawasan yang terletak agak jauh dari bandar.
Namun, jangka masa memulihkan sambungan penggunaan Internet di kawasan terjejas bergantung kepada stok kabel dan setelah laporan polis dibuat.



December 29, 2011 10:07 AM
kecurian kabel ini kena dibanteras, pengguna yang merasakan kesannya dari kecurian tersebut.
December 29, 2011 11:44 AM
Pencuri kabel ini menyusahkan pembayar bil elektrik yang terlibat. Harap pemantauan mengenai kes seperti ini akan dilakukan supaya boleh memberhentikan pencurian elektrik.
December 29, 2011 11:46 AM
Hukuman serius patut dikenakan kepada pencuri dan perosak barang awam. Tidak kira kabel, penutup longkang, penutup manhole dan lain lain.
December 29, 2011 1:21 PM
Mereka ni tidak pandai jera. Ketulahan nanti tiada guna mahu menyesal. Masalah ini terjadi sebab permintaan pun ada. Rondaan harus kerap dibuat. Ambil tindakan mereka yang membeli kabel curi.
December 29, 2011 3:49 PM
walau pun kegiatan mecuri kabel merbahaya tapi ada yang sanggup melakukannya kerana wang.
December 29, 2011 3:52 PM
usaha untuk membanteras masalah ini perlu dipergiatkan lagi dan pemantauan perlu sentiasa dibuat.
December 29, 2011 4:25 PM
selain meningkatkan kekerapan rondaan, baik cari alternatif lain bagi mengatasi masalah ini..
December 30, 2011 11:07 AM
Semakin pintar pula tu pencuri2. Harap polis cepat tangkap tu pencuri dan sentiasa memantau tempat2 kabel ditanam.
December 30, 2011 11:08 AM
kepandaian mencari rezeki disalurkan pada tempat yang salah. Kalau pandai sangat buatlah bisness ka
December 30, 2011 1:50 PM
Pencuri kabel inilah yang menyusahkan orang ramai. Kerana mereka orang ramai tidak dapat melayari internet. Harap pihak berkuasa akan terus membuat pemantauan mengenai perkara sebegini.
December 30, 2011 1:52 PM
Ini akan merugikan pihak TM dan akan merugikan pengguna kerana tidak mustahil ini akan menyebabkan kenaikan akan berlaku terhadap penggunaan internet.
December 30, 2011 3:40 PM
pencuri kabel ni ada strategi tersendiri@memang mungkin pakar tentang elektrik sebab tu tidak kena renjatan elektrik. harap2 mereka akan dapat pengajaran nanti.
January 5, 2012 10:22 AM
Stealing public property and disrupting the Internet service is a serious crime. Hope that strict actions will be taken against those who are involved.
January 5, 2012 10:23 AM
They should be charged under thievery, vandalism and public disruption.
Post a Comment