SUARA BEBAS TUARAN

Polis Berjaya Patahkan Aktiviti Judi 'Ketam Ketam'


Sofi (kanan) bersama alatan judi yang berjaya dirampas dan beberapa not wang tunai, hasil daripada tangkapan berkenaan.
Baru-baru ini pihak polis berjaya mematahkan satu aktiviti perjudian di sekitar ibu negeri dengan tertangkapnya lapan lelaki warga tempatan di sebuah premis di pekan Menggatal baru-baru ini.
Menurut Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, hasil pemeriksaan, lapan lelaki tempatan telah ditahan kerana melakukan aktiviti perjudian haram yang lebih dikenali oleh masyarakat setempat sebagai ‘Ketam-Ketam di sebuah premis di pekan Menggatal.
Dalam masa yang sama Polis juga turut merampas satu set yang digunakan semasa perjudian itu dan sejumlah wang tunai bernilai RM1,720.
  • Suspek, kesemuanya berumur dalam lingkungan 21 hingga 42 tahun telah ditahan polis dalam satu operasi pada 4 Disember lepas kira-kira jam 7.00 petang hasil daripada makluman orang awam.
  • Kata Ahmad Sofi dalam satu sidang akhbar kelmarin, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu (IPD), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah melakukan serbuan keatas sebuah premis di lokasi berkenaan.
  • “Ketika serbuan dilakukan, difahamkan tiga suspek adalah penjaga di premis itu manakala lima suspek lagi adalah pelanggan permainan judi haram di lokasi kejadian,” katanya.
Sofi menambah, hasil kejayaan polis percaya telah menumpaskan perjudian haram yang baru beroperasi dua hari. “Dengan tertangkapnya kelapan-lapan suspek itu, mereka akan disiasat mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka, ” katanya.
Sumber: Utusan Borneo
9 comments:

Jangan mengamalkan judi, lebih tu duit simpan dalam bank/ASB ka/menabung ada juga faedah.


aktiviti judi adalah aktiviti yang tidak baik, byk perkara buruk berlaku kerana judi.


Aktiviti perjudian haram seperti ini sememangya wajar dipatahkan kerana perjudian tidak membawa manfaat kepada masyarakat.


Mereka yang terlibat dalam perjudian haram seperti ini ada kemungkinan meminjam daripada Ah Long dan juga terlibat dalam aktiviti yang haram untuk mendapatkan duit untuk berjudi.


perjudian inilah juga antara yang menyebabkan berleluasanya kegiatan Ah Long.


teruskan usaha untuk membanteras kegiatan perjudian seperti ini.


tahniah atas kejayaan ini, tapi jangan lupa masih banyak premis judi haram yang belum diserbu oleh pihak polis.. ada yang sudah bertahun2 beroperasi..


Menggatal main Ketam-Ketam..Judi akhirnya diberkas polis. Itulah siapa suruh main judi.

bayausbh.blogspot.com/


Biasanya bila ada kematian, baru ada main ketam2. Sekarang jadi aktiviti harian pula.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails