SUARA BEBAS TUARAN

Risda Terima Peruntukan Tahun Depan RM327 Juta

Labels:

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) menerima peruntukan sebanyak RM327 juta untuk tahun depan bagi melaksanakan program pembangunan pekebun kecil termasuk program penanaman semula getah di kawasan kira-kira 40,000 hektar di seluruh negara.
Ketua Pengarah Risda Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad (gambar kanan) berkata, peruntukan itu turut meliputi bantuan berturut yang diberikan kepada pekebun kecil iaitu bayaran secara ansuran untuk penjagaan kebun, pembelian benih dan baja.
"Bantuan tersbut diharap dapat meningkatkan produktiviti pekebun kecilseluruh negara, dalam usaha kerajaan mencapai sasaran penghasilan 1,600 kilogram getah bagi setiap hektar kebun untuk setahun, berbanding 1,153 kilogram pada masa sekarang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Kayuhan Ceria Risda 2011 di sini, Sabtu.
  • Wan Mohamad Zuki berkata, jika sasaran penghasilan getah itu dapat dicapai,maka hasrat kerajaan untuk melihat keluarga pekebun kecil menerima pendapatan sebanyak RM2,500 sebulan menjelang 2015 dan RM4,000 sebulan menjelang 2020 dapat direalisasi. "Jadi kita minta semua pihak, warga Risda, pekebun kecil dan kumpulan sasar kita sendiri untuk beri sokongan terhadap usaha ini," katanya.
  • Untuk tahun ini, Wan Mohamad Zuki berkata, pencapaian organisasi itu amat memberangsangkan di mana 88 peratus daripada sasaran penanaman semula getah yang ditetapkan iaitu 14,000 hektar telahpun dilaksanakan sehingga November lalu dan yakin sasaran itu dapat dicapai 100 peratus menjelang akhir tahun ini.
Gerakan mengutip biji getah yang dilaksanakan bagi menghasilkan benih bermutu juga telah melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu 300 metrik tan, dan jumlah yang diperoleh itu adalah mencukupi untuk program penanaman biasa dan penanaman semula getah untuk tahun depan, katanya.
Sumber: BERNAMA
9 comments:

peruntukan yang diterima RISDA ini kena digunakan dgn sebaiknya untuk pembangunan RISDA, jika ia digunakan dgn baik, pasti RISDA akan makin membangun.


banyak pekebun kecil getah di Sabah yang amat memerlukan peruntukkan itu..


peruntukan yang diberikan ini perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk membangunkan para pekebun kecil.


yang penting perlaksanaannya dilakukan dengan teliti agar peruntukan tersebut dapat digunakan dengan sebaiknya..


Harap2 bantuan tersebut dapat mebantu para pekebun. Harap2 pekebun2 menggunakan peluang tu sebaik mungkin.


Hello semua,

Bagus juga apa yang diumumkan ini. Peruntukan akan diberikan pada tahun depan. Maka kita mahu RISDA akan mengurus peruntukan tersebut dengan sebaiknya. jangan ada penyelewengan dan sebagainya berlaku.

bayausbh.blogspot.com


getah, komoditi yang tidak tetap. pekebun kecil getah ada yang akan menghasilkan getah mengikut harga pasaran semasa. kadang2 tiada semangat bila harga getah jatuh dan ada antara mereka yang meninggalkan kerja sebagai penoreh getah dan mencari pekerjaan di bandar.


Hope that the allocations will be used for the development of the organization.


Please make sure that the local industries will be able to benefit as well.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails