Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengakui bahawa beliau sudah menerima tawaran secara sukarela daripada beberapa wakil rakyat parti itu yang menyatakan kesediaan untuk memberi laluan kepada muka-muka baru bertanding pada pilihan raya akan datang.Sambil menyifatkan ia sebagai perkembangan yang sihat, Presiden Umno itu berkata ini akan membuka ruang kepada lebih ramai muka baru untuk diketengahkan.
- "Ada juga yang sudah jumpa saya secara peribadi, dan saya tak perlu sebut siapa. Tapi ada yang sudah sahut (saranan) untuk memberi laluan agar kita kemukakan muka-muka baru.
- "Ini memang biasa kita lakukan, bila masa pilihan raya memang ada perubahan dan bagi sesetengah tempat kita dapati memang perlu ada pembaharuan.
- "Mungkin kali ini barisan yang kita ketengahkan daripada muka-muka baru bilangan lebih ramai sebab kita kena memperlihatkan Umno sebagai parti yang ada muka baru serta menampakkan Umno sebagai parti yang dinamik dan sentiasa sanggup melakukan pembaharuan," katanya pada sidang media selepas majlis penutupan Perhimpunan Agung Umno 2011 di PWTC, Sabtu.
Saranan agar pemimpin lama memberi laluan kepada muka-muka baru yang dikategorikan sebagai calon boleh menang bertanding pada pilihan raya akan datang disuarakan Najib pada majlis Taklimat Presiden secara tertutup Selasa lalu.Ditanya mengenai peratusan calon lama yang berkemungkinan tidak dipilih semula, Najib berkata beliau akan menilai prestasi penyandang sedia ada kerana mereka berkemungkian masih berada dalam kategori calon boleh menang.
- "Penyandang juga mesti diberi peluang...jika prestasi mereka baik, berkemungkinan mereka di beri peluang (tanding semula).
- "Sebab bila kita ajukan konsep calon boleh menang, kita tak kata seseorang itu (ada tempoh) dua atau tiga penggal lepas itu kita ganti atau tidak," katanya.
- Berhubung sama ada beliau akan memberi peluang kepada calon lama yang pernah tewas pada pilihan raya umum yang lalu, Najib berkata; "Ia bergantung kepada kriteria calon boleh menang."
Bagaimanapun Najib berharap pemimpin dan ahli Umno akan terus memberi sumbangan kepada parti itu walaupun tidak dipilih sebagai calon."Saya harap mereka akan sokong calon baru sebab masa mereka naik orang sokong mereka. Dia naik sebab ada orang memberi laluan kepada dia. Kalau tidak, dia pun tak boleh naik.
"Jadi bila sampai masanya, dia perlu mengundur atas kepentingan parti. Saya harap dia faham dan akan sokong parti serta terima hakikat bahawa satu ketika dahulu dia dapat sokongan daripada orang lain juga," katanya.



December 7, 2011 9:28 AM
Baik jugalah orang lama memberi peluang kepada orang baru untuk mendapatkan pengalaman. Harap mereka masih akan membantu dan memberi nasihat kepada muka-muka baru ini.
December 7, 2011 9:29 AM
Harap setiap parti akan memilih calon yang terbaik untuk mewakili parti mereka dalam PRU-13 selepas ini.
December 7, 2011 10:45 AM
Lebih baik undur diri dengan terhormat daripada kalah pada PRU13 nanti. Ia bukanlah beerti seseorang pemimpin itu mengaku kalah sebelum berjuang tetapi 'ukur baju di badan sendiri'. Ukur tahap kemampuan masing2 kerana rakyat mahukan pemimpin yang boleh dan ikhlas berjuang untuk rakyat.
December 7, 2011 10:54 AM
Buatlah pemilihan calon dengan bijak. Elakkan daripada memilih mereka yang suka menajadi 'tukang kipas'.
December 7, 2011 10:55 AM
Buatlah pemilihan calon dengan bijak. Elakkan daripada memilih mereka yang suka menajadi 'tukang kipas'.
December 7, 2011 11:21 AM
nampaknya dan wakil rakyat yang bersedia untuk undur diri dan meberi peluang kepada muka baru. mmg wajar muka2 baru diberi peluang, harp muka2 baru akan membawa perubahan dan idea2 baru mereka.
December 7, 2011 11:43 AM
jangan tersilap pilih calon.. muka baru tidak semestinya mampu membawa perubahan baru yang positif..
December 7, 2011 11:46 AM
perkembangan ini juga merupakan satu petanda bahawa pemimpin2 umno/BN sehaluan dengan seruan Najib..
December 8, 2011 8:52 AM
baguslah jika ada yang sedia berundur untuk memberikan laluan kepada muka baru. Muka baru juga diharapkan dapat memberikan idea-idea baru.
December 8, 2011 9:27 AM
satu tindakan yang wajar. kalau rasa diri bukan winnable candidate atau memang mahu memberi peluang kepada orang baru,teruskan saja. daripada ada wakil rakyat yang tidak sedar dengan diri, mahu juga bertanding walaupun tahap kemampuan sudah lemah dan penerimaan oleh rakyat juga semakin kurang.
December 8, 2011 1:23 PM
Rasanya mereka yang merasa diri menjadi beban perlulah mengundurkan diri dengan rela hati. Rasanya itu tidak ada masalah kerana kita juga mahukan muka baru untuk tampil menjadi pemimpin dan wakil rakyat.
Post a Comment