
Tengku Razaleigh Hamzah , ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.
Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.
- Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.
- Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.
- Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung.
Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat."Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya.
Dalam pada itu, beliau meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party (UMNO) akan menerima kekalahan lagi.



December 29, 2011 10:13 AM
ini hnya ramalan, bagaimanapun ia perlu diberi perhatian untuk BN memperbaiki kelemahan mereka.
December 29, 2011 11:40 AM
Kerajaan negara perlulah mengambil perkara dengan isu-isu yang dibangktikan ini supaya cara penyelesaian boleh diambil untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.
December 29, 2011 11:43 AM
PM Najib perlu melaksanakan konsep 1 Malaysia beliau itu untuk mendapatkan sokongan rakyat berlainan bangsa dan agama.
December 29, 2011 1:24 PM
Confuse dengan pendirian dan perjuangan Ku Li. Apa2 pun, jika teguran yang diberi ini ada asasnya, tidak salah pemimpin negara ambil teguran ini dengan hati terbuka dan perbaiki kelemahan.
December 29, 2011 3:57 PM
masing-masing ada pandangan sendiri. apa pun, usaha untuk memastikan ekonomi dan negara dalam keadaan stabil perlu sentiasa dilakukan.
December 30, 2011 9:23 AM
dengan mengatakan BN dan juga PR tidak akan memiliki majoriti yang meyakinkan, adakah ianya bermaksud beliau akan bertanding dibawah tiket NGO?
December 30, 2011 11:12 AM
Ni cuma pendapat Ku Li. Mungkin ada baiknya dipikir oleh pemimpin Negara.
December 30, 2011 11:14 AM
Rakyat memerlukan pemimpin negara yang bijaksana dan berpandangan jauh agar segala dasar dapat dilaksana sebaik mungkin.
December 30, 2011 2:27 PM
Ku Li beranggapan kepimpinan Datuk Najib akan mengundang negara kita kearah krisis. Pengundi bukan melayu mula menyokong Pakatan disebabkan kurang yakin dengan Datuk Najib. Maka Datuk Najib perlu membetulkan masalah seperti ini.
December 30, 2011 2:28 PM
Datuk Najib perlulah mengurus kewangan negara dengan berhati-hati. Belajar dari mereka yang berpengalaman.
December 30, 2011 3:46 PM
dari Badawi sampai Najib ada saja yang cakap lemah, letak jawatanlah..harap kata2 ini mendorong semangat PM lebih berusaha dan memperbaiki kelemahannya.
January 5, 2012 10:20 AM
The government must pay attention to these sort of warnings and advices so that they are able to make the necessary prevention.
January 5, 2012 10:20 AM
Hope that the country will not be facing a crisis, the government must assure that it does not happen.
Post a Comment