
Tiga Naib Presiden Umno pada Khamis, menyatakan kesediaan mereka untuk berundur sekiranya disenaraikan sebagai calon tidak boleh menang pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Afdal menyatakan kesanggupan itu pada sidang media yang diadakan selepas ucapan dasar oleh Presiden parti tersebut, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung parti itu di sini.
Ahmad Zahid Hamidi yang juga menteri pertahanan berkata, presiden parti telah secara lembut dan berhemah memberitahu agar pemimpin bersedia untuk berundur jika diri bukan seorang calon boleh menang.- "Ini satu indikasi bahawa presiden tidak mahu meletakkan parang yang tajam untuk memenggal leher orang yang tidak boleh memberi kemenangan kepada parti," katanya dan menambah pemimpin hendaklah menilai prestasi diri sendiri.
Hishammuddin pula berkata, jika melihat kepada sejarah Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah berundur daripada jawatan presiden dan perdana menteri bagi memastikan kelangsungan parti terjamin.- "Jika perdana menteri sanggup melakukannya, siapalah kita yang sekadar wakil rakyat?," katanya dan menambah kesediaan untuk berundur membuktikan semangat sayang kepada parti.
Mohd Shafie Afdal pula berkata, pengunduran tersebut tidak bermaksud perkhidmatan pemimpin tersebut tidak lagi diperlukan, cuma ia tidak lagi berada di hadapan."Cinta kita, sayang kita dan perkhidmatan kita pada parti berterusan dan yang utama agar kuasa untuk memerintah kekal kepada Barisan Nasional," katanya.



December 3, 2011 8:26 AM
Baik kita tunggulah dan lihat bagaimana keputusan PRU-13 nanti. Jika mereka betul-betul tidak dapat menang, maka janji ini perlulah ditunaikan.
December 3, 2011 8:26 AM
Undian terletak dalam tangan rakyat, harap mereka akan mengundi dengan sebaik mungkin.
December 3, 2011 8:45 AM
ya.. adalah lebih baik jg mereka berundur jika tidak boleh menang. ini untuk memberi laluan kepada pemimpin lain. kita perlukan pemimpin yang benar2 berkaliber.
December 3, 2011 9:16 AM
jika tak boleh menang, lebih baik berundur dan beri peluang kepada pemimpin lain.
December 3, 2011 9:57 AM
Apapun keputusan yang mereka ambil, harap semuanya akan baik2 sahaja, dan tidak memberi kesan negatif kepada parti.
December 3, 2011 9:58 AM
Keyakinan harus ada dan harus menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan dengan jayanya.
December 3, 2011 10:13 AM
saya harap 'kesediaan' mereka itu bukan hanya dimulut, tetapi dihati..
December 3, 2011 10:17 AM
antara mereka bertiga, salah satu dari mereka saya yakin tidak akan menang sekiranya dicalonkan.. sejak kebelakangan ini banyak pendedahan media berkenaan dengan reputasi dan prestasi buruk beliau..
December 3, 2011 10:22 AM
mana-mana pemimpin pun perlu mengutamakan kepentingan rakyat dan parti melebihi diri sendiri.
December 3, 2011 11:13 AM
Pemimpin kena profesional. Kalau tidak dicalonkan, kemudian buat hal..nampak sangat tidak ikhlas mahu berjuang. Sedia maklum bahawa ramai yang ikut politik sebab wang dan kedudukan. Kalau ada pemimpin yang benar2 ikhlas berjuang, memang beliau adalah one in a million.
December 5, 2011 9:12 AM
mereka yang penting diri sendiri dan keras kepala saja tidak akan berundur walaupun bukan calon 'winnable'. jadi, berundurlah secara terhormat. bukan perlu dipaksa2 atau 'merajuk'.
December 5, 2011 1:19 PM
Berundurlah dengan rela hati..
Post a Comment